Friday 4 July 2014

Pemakanan bayi pada usia 6 bulan

Salam ceria semua pembaca!

Kali ni aku nak kongsi topik berkenaan pemakanan bayi pada usia 6 bulan. Seperti yang kita ketahui, bila anak berusia 6 bulan kita akan mula berikan makanan pejal. Persoalannya disini, kenapa perlu tunggu 6 bulan, dan kenapa bukan sebelum tu? Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum matang lagi untuk menghadamkan makanan. Tapi ada juga kita tengok ada ibu2 yang dah bagi baby diorang makan masa umur 2 bulan, alasannya, bayi tu asyik menangis sebab nak makan. Selain dari tu ada juga yang kata kononnya bayi tu akan tidur nyenyak kalau bagi makan terutama waktu malam dengan memasukkan nestum ke dalam susu bayi. Kalau nak lebih info tentang ni korang boleh ke link ni ( http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/memberi-bayi-makanan-pejal-terlalu-awal.html) ( http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/sebab-bayi-tidak-dibenarkan-makan.html)

Sebenarnya kalau kita terlalu awal memberi makanan pejal padi bayi, ini boleh membahayakan kesihatan bayi pada masa akan datang. Sekarang mungkin kita x nampak kesannya, tapi bila bayi meningkat dewasa mungkin kita akan nampak kesannya. Kalau kita beri terlalu awal, sistem penghadam bayi masih terlalu fresh, belum matang lagi. Tubuh bayi masih belum lagi boleh memproses lemak dan secara x langsung akan effect pada buah pinggang bayi.

Apakah pula nutrisi yang diperlukan si kecil yang berusia 6 bulan ni? Korang boleh baca link yang aku tulis ni (Nutrisi yang diperlukan si kecil)

Ok, sekarang kita bercakap pula tentang makanan pejal yang sepatutnya kita mula beri pada bayi kita. Sebenarnya bukanlah terlalu pejal makanan tu, tetapi cair.  Kementerian kesihatan juga menyarankan kita menyediakan bubur nasi yang di masak sendri. Biasanya bagi ibu2 yang memang selalu buat pemeriksaan kat klinik kesihatan kerajaan, memang akan dimaklumkan hal ni oleh nurse. Nurse akan guide ibu yang baru pertama kali berpengalaman nak bagi bayi mereka makan. Macam pengalaman aku pon, nurse memang sarankan bagi bubur nasi berbanding nestum, sebab nestum ni manis dan agak muak, jadi sebaiknya kita sediakan sendiri.

Makanan lain yang boleh diberi antaranya buah seperi pisang, epal yang dipurikan. Selain tu sayur seperti lobak merah, labu, bunga kobis, kentang, keledek.

Untuk menu si kecil, korang boleh baca entri yang aku tulis ni ( http://armilastyle.blogspot.com/2014/07/menu-untuk-si-keciljom-cuba.html?spref=fb) Harap menu yang aku tulis ni dapat membantu korang untuk si baby korang.

Untuk info lebih lanjut berkenaan kuantiti bahan yang disyorkan, korang boleh klik kat blog ni. Banyak info yang di tulis kat blog die. Sangat2 membantu.  (http://noraihanqusyairi.blogspot.com/2014/01/ibubapa-menu-makanan-bayi-6-8-bulan.html)

Ok, sekian saja info yang aku nak kongsi dengan korang semua. Harap dapat menambahkan informasi buat korang. Bye!

No comments:

Post a Comment