Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Nutrisi yang di perlukan si kecil

Salam ceria semua. Aku nak kongsi pulak nutrisi yang diperlukan untuk si kecil berusia 6 bulan. Info ni aku dapat dari sebuah blog. (Bidanku.com). Antara nutrisi yang diperlukan ialah:

Protein: Membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga bayi mampu mengawal fungsi tubuh oleh enzim.

Lemak : Sebagai energi untuk bayi. Lemak yang dihasilkan dari ikan sangat baik untuk perkembangan bayi.

Karbohidrat : Sumber energi pertama diperlukan bayi.

Vitamin dan Mineral : Vitamin boleh didapati pada sayuran seperti bayam, labu, brokoli, carot, kentang. Buah-buahan yang disarankan pada bayi berusia 6 bulan ialah betik, epal, pisang.

Ok, ni je info aku nak share dengan semua.

Menu untuk si kecil...jom cuba!


Salam ceria semua pembaca. Aku nak kongsi menu untuk si kecil yang dari baru nak mula makan hingga yang dah besar. Menu ni aku dapat dari pengalaman kekawan aku dan aku sendiri. Terima kasih pada kekawan yang sudi kongsi resepi pada aku, maka terhasillah penulisan kat blog aku ni. Di harap dengan adanye menu yang aku sediakan ni, sedikit sebanyak akan dapat membantu para ibu yang tengah excited nak sediakan makanan buat pertama untuk si comel mereka. Okey, jom kita mulakan!

1- Bubur nasi berlauk ikan bilis/ayam/daging
    Cara-cara:
   
    Ambil beras segenggam, campurkan sayur seperti brokoli/kobis bunga/ carrot/kentang.
  
    Masak sampai lembut.
   
    Kemudian nasi diblend bersama ikan bills yang di goreng

2- Bubur kurma dan kismis
    Bahan-bahan:
    Beras perang
    Kurma 2 bijik
    Kismis 6 ke 7 biji

    Cara2 rebus semua dan siap

3- Tauhu kukus
     Bahan-bahan:
     2 biji tauhu biasa
     1 paket tauhu jepun (tauhu telur)
     Sedikit carrot (cincang)
     2 biji telur
     6 ekor Ikan bilis (dipanggang tanpa minyak dan blend kering)
     Sedikit isi ayam/udang

     Cara-cara:
    
     Gaulkan kesemua bahan kecuali telur(masukkan satu biji dulu, lagi satu biji letak tepi dlu)

     Kemudian kukuskan dalam tempoh 1 5 minit ke 20 minit (atau tgu hingga masak)

     Blender. Siap.

4- Puree apple
    Bahan-bahan:
    1 biji Apple hijau
    1 biji apple merah
    Sedikit serbuk kayu manis

    Cara-cara:

    Potong apple buang kulit kemudian  kukus kedua2 apple tersebut
   
    Kukus dalam 5 ke 10minit... dah lembut blend dan cmpur sedikit serbuk kayu manis

5- Pasta baby (boleh cari kat cold storage bahagian makanan baby)
    Bahan-bahan:
    Carrot (agak2)
    Ikan salmon (agak2)
    Cream (dairy cream utk masak tu)/susu dia pun blh
    Tomato (agak2) 
    Cendawan (agak2)
    Unsalted butter/minyak zaitun
    Bawang holland ( agak2)
    Bawang putih ( satu biji kecik)

    Cara-cara:

    Rebuskan pasta dlm air mendidih lebey kurang 10 minit atau hingga masak.

    Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun untuk x nak bg dia melekit.

    Masukkan unsalted butter hingga cair

    Tumiskan bawang, tomato dan cendawan sampai naik bau dan menjadi keperangan.

    Masukkan pulak carrot tumis smpai lembut carrot tu pastu masukkan ikan salmon yg dah dibuang tulang tumiskan skali.

    Kemudian baru masukkan cream atau susu td n kacau lg smp agak2 pekat

    Barulah masukkan pasta yg dah direbus sehingga sebati... kemudian blend kan semua

6- Bubur salmon
    Bahan-bahan:
    Senggenggam beras biasa/beras perang
    Ikan salmon ( ikan ape2 pun blh)
    1 biji kentang
    Minyak zaitun

    Cara-cara:

    Basuh beras kemudian masukkan kentang yg dipotong dadu atau besar2 pun xpe sebab nanti nak blend jugak ndan biarkan seketika di atas api.

    Kemudian panggang kan sedikit ikan salmon tdi dgn titikkan sikit minyak zaitun

    Kemudian bila rebusan tadi agak mendidih masukkan isi salmon dan biarkan smp bubur masak habis.

    Blend kan dan siap

7- Nasi goreng butter ( untuk bayi yang dah ada gigi, yang boleh kunyah sendiri)
    Bahan-bahan
    1 ulas bawang kecik (dicincang)
    1 ulas bawang putih (dicincang)
    Carrot
    Kacang peas
    1/2 biji Tomato(dicincang)
    5 ekor Ikan bilis
    2 sudu besar butter

    Cara-cara:

    Masukkan butter smpai wangi , dah cair masukkan bawang putih n bawang merah sampai naik bau dan keperangan.

    Lepastu masukkan tomato yg dicincang halus sampai naik lumat... baru la masukkan sayur2 tadi

    Setelah semua nya masak masukkan nasi dan kacau sebati dan masukkan sedikit garam

8- Ikan salmon panggang ( untuk bayi yang dah ada gigi, yang boleh kunyah sendiri)

    Boleh panggangkan dalam kuali guna mentega sikit @ myk zaitun BG bayi mkn dengan nasi skali

9- Jus epal
    Bahan-bahan:
    Epal
    Air secukupnya

    Cara-cara:

    Didihkan epal di dalam periukmsehingga epal lembut.

    Bile dah lembut lenyekkan atau blender

10- Lobak kukus 
      Bahan-bahan:
      ½ cawan lobak merah
      Air secukupnya untuk mengukus

     Cara-cara:

     Masukkan lobak merah ke dalam pengukus

     Letakkan di atas air mendidih
    
     Kukus selama sehingga lembut
 
     Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.



Pemakanan bayi pada usia 6 bulan

Salam ceria semua pembaca!

Kali ni aku nak kongsi topik berkenaan pemakanan bayi pada usia 6 bulan. Seperti yang kita ketahui, bila anak berusia 6 bulan kita akan mula berikan makanan pejal. Persoalannya disini, kenapa perlu tunggu 6 bulan, dan kenapa bukan sebelum tu? Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum matang lagi untuk menghadamkan makanan. Tapi ada juga kita tengok ada ibu2 yang dah bagi baby diorang makan masa umur 2 bulan, alasannya, bayi tu asyik menangis sebab nak makan. Selain dari tu ada juga yang kata kononnya bayi tu akan tidur nyenyak kalau bagi makan terutama waktu malam dengan memasukkan nestum ke dalam susu bayi. Kalau nak lebih info tentang ni korang boleh ke link ni ( http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/memberi-bayi-makanan-pejal-terlalu-awal.html) ( http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/sebab-bayi-tidak-dibenarkan-makan.html)

Sebenarnya kalau kita terlalu awal memberi makanan pejal padi bayi, ini boleh membahayakan kesihatan bayi pada masa akan datang. Sekarang mungkin kita x nampak kesannya, tapi bila bayi meningkat dewasa mungkin kita akan nampak kesannya. Kalau kita beri terlalu awal, sistem penghadam bayi masih terlalu fresh, belum matang lagi. Tubuh bayi masih belum lagi boleh memproses lemak dan secara x langsung akan effect pada buah pinggang bayi.

Apakah pula nutrisi yang diperlukan si kecil yang berusia 6 bulan ni? Korang boleh baca link yang aku tulis ni (Nutrisi yang diperlukan si kecil)

Ok, sekarang kita bercakap pula tentang makanan pejal yang sepatutnya kita mula beri pada bayi kita. Sebenarnya bukanlah terlalu pejal makanan tu, tetapi cair.  Kementerian kesihatan juga menyarankan kita menyediakan bubur nasi yang di masak sendri. Biasanya bagi ibu2 yang memang selalu buat pemeriksaan kat klinik kesihatan kerajaan, memang akan dimaklumkan hal ni oleh nurse. Nurse akan guide ibu yang baru pertama kali berpengalaman nak bagi bayi mereka makan. Macam pengalaman aku pon, nurse memang sarankan bagi bubur nasi berbanding nestum, sebab nestum ni manis dan agak muak, jadi sebaiknya kita sediakan sendiri.

Makanan lain yang boleh diberi antaranya buah seperi pisang, epal yang dipurikan. Selain tu sayur seperti lobak merah, labu, bunga kobis, kentang, keledek.

Untuk menu si kecil, korang boleh baca entri yang aku tulis ni ( http://armilastyle.blogspot.com/2014/07/menu-untuk-si-keciljom-cuba.html?spref=fb) Harap menu yang aku tulis ni dapat membantu korang untuk si baby korang.

Untuk info lebih lanjut berkenaan kuantiti bahan yang disyorkan, korang boleh klik kat blog ni. Banyak info yang di tulis kat blog die. Sangat2 membantu.  (http://noraihanqusyairi.blogspot.com/2014/01/ibubapa-menu-makanan-bayi-6-8-bulan.html)

Ok, sekian saja info yang aku nak kongsi dengan korang semua. Harap dapat menambahkan informasi buat korang. Bye!

Sunday, 29 June 2014

Bestnye UTC!

Salam ceria semua! Sihat? Ok, entry kali kali nak share gambar masa aku pegi UTC untuk kali kedua kat ipoh perak. Sape penah pegi UTC.? ada apa plak la dalam UTC ni kan? Selalu dengar lagu je kat tv. Heheh...ok dalam ni macam2 pusat perkhidmatan ada. Antaranya:

- tnb
- indah water
- pejabat tanah
- kedai buku
- klinik
- balai polis
- kiosk gambar
- bahagian perumahan awam

Senang citer kalau korang nak berurusan apa2, semua boleh buat dalam UTC. X perlu nak pegi banyak tempat. Boleh bayar bil air, bil elektrik, bayar saman, senang citer mudah sangat. Tempat pon  memang selesa dan cantik. Syok je masuk dalam UTC. Bangunan ni asalnya pasaraya Super Kinta. Bagi penduduk ipoh memang tau la pasaraya ni. Sebab tepi jalan je. Berhadapan bangunan ni ada mc donald. Senang sangat nak cari. Parking pulak park je dalam bangunan cume kene letak tiket. Jangan risau tiket ada dijual berdekatan dengan bangunan ni.

Ok la, sekian saje la Sana Sini aku setakat ni. Ta ta...

Monday, 2 June 2014

Zoo johor bahru

Salam ceria semua.

Sabtu lepas aku sekeluarga pegi jalan2 ke zoo. Cuaca agak panas jugak la pagi tu. Masa tu dah 11pagi. Sebelum tu, ada x sesiapa pernah pergi zoo johor bahru? Hehehe....zoo kat sini comel je. Tapi penat jugak la pusing dalam ni, tambah pulak kalau tengah panas. Lupe pulak, tiket nak masuk zoo ni untuk dewasa rm2,  kanak-kanak 2 tahun ke atas, rm 1.

Masa korang dah masuk je lepas bayar tiket, korang akan disambut oleh orang situ yang akan tawarkan korang untuk amik gambar berlatar belakang gambar binatang. Nanti korang tengok gambar yang aku letak kat bawah. Nak amik gambar memang la percuma, tapi kalau korang berminat nak beli gambar tu, ringan2 kan la nak bayar rm25. Wiiiiii....dapat la sekeping gambar.

Zoo ni memang tempat peberet basirah. Kalau kat rumah asyik request nak pegi zoo je. Bintang yang ada dalam ni x de la banyak sangat. Zirafah, gajah xada. Kalau harimau, singa, unta, kuda,tu adala. Dalam ni jugak bagi sesape nak bg anak merasa naik kida padi boleh la. Nanti pekerja zoo akan bawak anak korang keliling zoo. Mungkin kene bayar rm 5. Aku x penah lagi bawak basirah naik  sebab tiap kali nak bg basirah naik mesti dah ade yang booking, kudanye pon sekor je. Dalam ni jugak ada taman burung, kita boleh masuk dalam sangkar besar tu nak main2 dengan burung. Masuk sini rm 1. Nanti korang akan diberi makanan burung sepeket untuk bg burung tu makan. Tapi kitorang x masuk dalam ni, kitorang masuk taman arnab. Bayar rm 1 sorang. Banyak la spesis arnab. Comel2 belaka. Yang macam bulu karpet pon ada. Cume kene tahan bau sikit la. Basirah memang suke bebeno le dapat pegang arnab.

Kalau haus ke, lapar ke, jangan risau, sini ada 2-3 kedai makan. Toilet pon ada 2-3. Jangan riso ye. Nak makan jajan ke, mee goreng ke, kuih atau buah, semua ada dalam ni. Sediakan duit je.

Ok ni jela aku nak cite pasal pegi zoo. Jadi sesape yang dah masuk dalam johor bahru boleh la terus ke zoo. Zoo ni pon senang nak cari, sebab jalan nak ke danga bay, kirenya tepi laut la. Depan zoo ada masjid sultan abu bakar. Kalau nak senang google je map kat internet. Hehehe..ok, sekian dulu.