Sunday 21 September 2014

Akhirnya, aku di LEMPANG, gara-gara....

Salam ceria semua! Aku ade benda nak cite ni. Dah lame dah cite ni. Nak kata sedih tak jugak, nak kate lawak tak jugak. Tapi padan muka aku. Korang bace la tajuk atas tu. Edisi pelempang! Huhuhu....sape pernah kene lempang? Berape kali seumur hidup korang kene lempang? Korang ingat tak tarikh tepat korang kene lempang? Sebab ape korang kene lempang? Sakit tak tatkala korang dilempang? Semuanya tentang lempang. Lempang! Lempang! lempang! Nak sebut penampor pon boleh kalau bahase perak.

Semua ni berlaku tatkala aku pusing balik nak balik rumah sebab tertinggal duit. Tujuan asalnye nak pegi pasar malam dengan akak aku. Tapi tetinggal plak duitnye. Jadi pusing la balik. Lupe nak bagitau, kejadian ni berlaku mase aku form 1. Kecik lagi ko. Kirenye tahap nakal aku dah slow la sikit. Puncanye, aku konon2 nak buat mak aku terkejut. Aku ketuk pintu. Pastu aku menyorok tepi. Bila mak aku bukak pintu aku dok sergah die sekuat hati! Memang plan aku menjadi, mak aku terkejut bebenor mase tu. Tapi ape aku dapat? Korang rase? Aku pasti korang dah tau! "Pangggg! "Aku dapat pelempang! Aku terpana ketika itu. Kurasakan dunia ku gelap. Pipi aku rase kebas. Mau tak kebas, sekuat hati mak aku lempang, sebab die geram aku kejutkan die.

Waaaaaa!!! Korang dapat rase tak ape aku rase mase tu? Sob! Sob! Sob! Dah la kene lempang depan akak aku. Huhuhuhu....tu sebenarnye pelempang kedua yang aku dapat. Pelempang pertama aku dapat mase aku sekolah rendah. Aku tak ingat umur berape. Mase tu akak aku tengah tido. Punyela jahat aku mase tu, sebab aku rase macam best je kan, aku pon selimutkan akak aku macam orang mati. Pastu dengan tak bersalah aku bagitau mak aku. Lepas tu....." panggg!'   mak aku lempang buat pertama kalinye.....waaaaaaa! Sakit woooooo! Kalau tak sakit takkan aku ingat sampai sekrang. Huhuhuhuhu.....padan muke aku. Niat nak bergurau tapi dapat pelempang.

Itulah kisah aku dan pelempang. Akhirnya aku dilempang.

Saturday 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Wednesday 17 September 2014

Giveaway: segmen teka nama 11 princess disney

Salam ceria semua! Hari bukak shout blog, ade yang ajak join segmen teka 11 nama princess disney. Aku pon terus bukak blog tu. (http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/wordless-wednesday-32-segmen-teka-nama.html)     Bila bukak ramai jugak yang join. Dalam kepala otak ni dok pikir, ape jawapan nye? Mane aku tau. Pastu rase x nak la join. Tapi rase nak join plak. Jadi ape lagi, aku decide aku nak jumpe mr google jap. Sebab dah memang kenal lame dengan mr google jadi aku x yah buat appointment sebab tau die memang akan ade mase dengan aku. Bila tanye punye tanye kat mr google aku pon dapat jawapan. Tapi entah betul entah tidak. Tapi, ape de hal. X rugi pon kan, dapat gak aku beramah mesra dengan owner blog yang buat segmen ni. Makanya, ini die jawapan aku.

11 nama princess disney:

1) Princess Snow White - Snow White and the Seven Dwarfs 
2) Princess Aurora - Sleeping Beauty 
3) Princess Ariel - The Little Mermaid 
4) Belle - Beauty and the Beast
5) Princess Jasmine - Aladdin 
6) Princess Pocahontas - Pocahontas 
7) Princess Melody - The Little Mermaid II: Return to the Sea 
8) Princess Tiana - The Princess and the Frog 
9) Cinderella - Cinderella
10)Princess Minnie - Mickey, Donald, Goofy: The Three Musketeers 
11) Princesses Mei, Ting-Ting & Su - mulan 11

Monday 15 September 2014

1st-giveaway-rm400-by-asya-amin!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgaJTuZHK9oqj5VUzf-kHzlNTOUYRNVgQOxksc4MgI8JIYmyjg59Gq8eN1Gjua5Y_7ZJznSCGWucW-WnuL6aZcI5b06a3rJKq7wG7t2vv7VQA9iDfYaKeulZ65ySnllW-EYly6IAQBOwto/s1600/giveaway+rm400++.gif

Monday 8 September 2014

Ni die buku yang aku cakap tu. Nak tau kene bace la kat sini.

Salam ceria semua! Apa aktiviti hari ni dengan anak korang? Aku pepagi lagi dah jalan kaki sambil tolak stroller bawak anak2, misi mencari nasi lemak. Hehehe...seperti yang dijanjikan, (sepatut aku tulis entry ni semalam, tp x sihat) aku nak share buku yang aku cakap best tu. Best sangat ke? Huihhhh...memang best. Buku ape tu! Haaaa...ni nak kabo la ni. Buku koleksi cerita-cerita pendek. Terbitan ladybug. Penulisnya A. Ralvinder Singh. Sangat sesuai untuk pembacaan awal kanak2 yang baru boleh baca sikit2.

Kenapa aku cakap best? Meh aku listkan sebabnya:

1) tulisan besar2 belaka

2) setiap suku kata diwarnakan

3) gambar sangat menarik

4) kulit buku best kalau nak selak

5) setiap cerita disertakan dengan gambar yang bersesuaian

6) jalan cerita sangat mudah untuk kanak2 nak paham walaupon budak tu baru 2 tahun

7) konsep penceritaan yang santai

Ha, sebab tu la aku beli. InsyaAllah, anak korang akan ralit mengadap buku ni. Koleksi buku ni ade 3 buku. Koleksi cerita-cerita pendek, koleksi cerita pendek kegemaran saya, dan koleksi cerita pendek terbaik saya. Terdapat lebih seratus muka surat. Dan harga setiap buku rm 9.99. Buku ni aku beli kat dalam tesco. Biasa buku macam ni jual kat kat tesco. Terpulang pada kita nak pilih yang mana sesuai, sebab kita sendiri yang tahu kemampuan anak kita.

Haaa....ni la yang aku nak kongsikan. Harap dapat membantu korang yang tengah cari buku untuk anak korang baca. Terima kasih sebab luangkan masa singgah baca kat sini. Bye!

Saturday 6 September 2014

Macam best je...ape yang best? Ooo....

Salam ceria semua pembaca. Apa yang best sangat tu? Nak kongsi apa plak entry kali ni? Best sangat ke untuk anak korang? Hehehehe...mestilah best, kalau x best x share kat sini kan. Okey, aku nak share buku cerita mini poket yang comellll sangat ni. Kenapa aku beli buku ni? Mesti ada sebab kan, bukan saje2. Tujuan utamanya untuk koleksi bacaan anak aku. Memandangkan die semakin boleh membaca maka aku pilih buku ni, SIRI FABEL KLASIK POKET?

Apa istimewanya buku ni? Petama sebab cover depan buku citer ni menarik. Bila aku bukak bahagian dalam plak, gambarnya amat memberangsangkan dan mudah, ditambah plak jalan cerita yang sangat simple. Tulisan plak besar2 belaka. Bukan tu je, die dah warnakan setiap suku kata. Jadi memang sesuai sangatlah bagi kanak2 yang baru boleh baca buku. Siri ni ada 12 tajuk yang memang menarik.

Kedua, sebab buku ni sangat la cute, kecik, senang nak bawak kemana-mana kalau anak tu nak bawak la kan. Saiznya lebih kurang tapak tangan aku. Jadi kalau budak umor 3 tahun nak pegang tu memang comel jelakan.

Ketiga, sebab harganya murah. Aku beli satu rm 1.65,  kat kedai buku satu malaysia masa aku pegi utc dulu. Harga sebenar kat buku ni rm 1.95.

Ni la antara sebab aku beli buku ni. Jadi pada korang yang suke belikan anak buku, bolehla beli. Wokeh...bye.

Wednesday 3 September 2014

Bahaya nyanyi dalam gelap!

Salam ceria semua pembaca! Dah tau ke nak cite pasal apa kat label cite lama ni? Tau kan! Bahaya nyanyi dalam gelap! Wahhhhh! Tajuk je dah semacam. Hehehe...sebenarnya semua ni berkait rapat dengan kisah aku dulu. Saje kasi gempak tajuk tu. Kisah ni jadi masa aku sekolah dulu. Kejadian tu berlaku sewaktu magrib, maknanya memang tengah gelap, dah tau gelap, gatal plak x nak pasang lampu. Konon nak private sangat la kan. Budget bagus!

Bila dah dalam gelap tu plak, tetibe aku rase nak menyanyi. Nyanyi plak lagu ning baizura. Korang pepaham je la kalau lagu ning baizura, opkos la mulut nganga luas kan, dengan gaya ning baizura habis la masa tu.

" keee asyikann layanannnn mu......." tetibe......." uhuk! Uhukkkk! Keh!, haiiiiit....petuihhh! Uhuk!!! Petuihhhh...! Aku batuk sambil tersedak sedak....makkkkkk....what happen to me!!! Terus bukak lampu, cek dalam mulut.....

"aiyakkkkk" nyamuk masuk mulut aku!!! Waaaaaaaaaaaa.........sampai ati ko nyamuk masuk mulut aku, x kan gua dengan mulut ko x leh bezakan....tapi.....memang salah aku, yang pi nyanyi dalam gelap buat pe....huhuhuhuhu.......

Tu la kisahnya, kenapa aku cakap bahaya nyanyi dalam gelap....kesian x? Moral of the story, kalau dah tahu gelap tu bukak lampu,dan dah tahu magrib jangan gatal2 nak test vokal....pesanan untuk diri aku sendiri! Huhuhu....bye korang!

Tuesday 2 September 2014

KOLAJ? Apa tu? X pernah dengar? Meh baca sini!

Salam ceria semua pembaca. Seperti biasa, sihat x hari ni? Wokeh, tajuk entry yang nak dikongsikan hari ni, ialah KOLAJ. Apa itu kolaj? Siapa tahu? Aku pon sebelum ni x tahu maksudnya dan x pernah dengar pon perkataan tu, padahal zaman sekolah rendah dulu dah pernah buat masa kelas pendidikan seni. Kelas yang paling santai sekali. Ok, bagi yang nak tahu maksud kolaj, meh aku terangkan. Maksud kolaj ni aku cari dr mr. google, dan aku ringkaskan la kat sini.

Maksud kolaj:

- potong, koyak, gunting, gam, tampal pada sesuatu bahan permukaan. Juga didefinisikan hasil kerja menyusun dan tampal imej secara bertindih.

- berasal dari perkataan perancis 'coller' yg bermaksud menampal dan gam.

- bahan yang boleh digunakan seperti carikan kertas, tisu, surat khabar,majalah, daun kering dan kain.

Ini bermaksud, kita lukis dulu gambar apa yang nak ditampal, kemudian barula kita tampal di atas gambar yang dilukis tadi. Macam superimposed la.

Ha....sekarang korang faham x maksud die? Pernah buatkan mase sekolah dulu. Mesti korang dapat A kan. So, apa lagi, praktikkan la kat anak korang. Mesti bebudak akan teruja, seperti biasa la sebab main dengan gam. Hehehehe....

Wokeh, seperti biasa aku sertakan gambar yang berkenaan untuk tajuk entry ni. Semoga informasi dan ilmu yang disampaikan bermanfaat. Bye.

Tip menggalakkan kanak-kanak berdikari dan berjaya

Salam ceria para pembaca semua. Terima kasih masih sudi singgah di blog armila style. Kali ni aku nak share tips menggalakkan kanak-kanak berdikari dan berjaya. Tips ni bukan la dari aku sebenarnya, tapi dari akhbar berita harian. Tengah syok selak-selak paper, jumpe plak artikel best kat sudut Family BH 2. Ok, jom kita kongsi tip tu!

Tip menggalakkan kanak-kanak berdikari dan berjaya:
- galakkan interaksi dengan orang lain
- menggalakkan tarikan fizikal,  emosi tanpa mengabaikan faktor keselamatan
- menggalakkan permainan dan ekaplorasi kanak-kanak
- hadkan penghadang
- mengetengahkan konsep keluarga sihat
- ketengahkan potensi berusaha berdikari dan risiko
- menggalakkan perkembangan dalaman
- fokus kepada aktiviti bacaan
- model dan pengajaran
- komunikasi berterusan

Banyakkan tip nye? Semoga dapat membantu kita semua dalam mendidik anak2.