Tuesday 27 May 2014

Aktiviti mengenal warna

Salam ceria semua! Sihat ke?

Untuk kali ni aku nak share macam mana kita nak ajar anak kenal warna. Sebenarnya banyak cara kita nak ajar anak sama ada cara indirect atau direct. Terpulang kepada kita. Kalau cara indirect tengah tengok tv pon kita blh spontan ajar warna, contohnya kalau anak tengah tonton cerita upin ipin, kita boleh cakap kat anak, " wah, cantiknya upin pkai baju warna merah!" automatik anak akan tertumpu pada warna baju upin. Dan kompem dia akan tanya kita balik warna apa. Secara tak langsung anak sedang belajar, otak die sedang berkembang untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Kalau cara direct pulak,  ada berbagai cara antaranya:

- flash card
- buku mewarna
- blok permainan
- warna pensel
- lakukan aktiviti bersama

Pada aku untuk lebih fun lagi, kita lakukan aktiviti bersama anak. Macam yang aku lakukan, aku beli butang berbagai warna, kemudian sediakan kertas lukisan. Pada kertas lukisan tu aku buat kotak2 untuk asingkan setiap warna. Kemudian kita ajar anak kita supaya pilih butang yang berwarna dan lekatkan dalam kotak tu mengikut warna. Jadi xtvt ni akan buat anak lebih teruja, dan lebih banyak pergerakan. Tanpa kita sedar kita sedang ajar anak mengenal warna,  mengenal bentuk butang, membezakan kumpulan warna yang betul, dan cara mneggunakan gam. Dari satu xtvt kita dapat memberikan banyak pengetahuan kepada anak kita.

Xtvt ni boleh dilakukan bila anak dah masuk 2 tahun, ataupon ikut kepada kemampuan anak itu sendiri. Sebagai ibu kita sendiri akan tahu tahap kemampuan anak kita. Jangan lupa memberikan pujian kepada anak kita sebaik sahaja die selesai menyiapkan xtvt die. Sesekali kite tepuk tangan bila die berjaya siapkan. Pujian adalah penting bagi kanak2, kerana dari pujian kanak2 akan berasa lebih semangat lagi untuk terus balajar dan belajar. Jadi selamat mencuba!

2 comments:

  1. good tips :)
    bla aku ada ank nti, aku akan aply cara ni utk anak aku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nti. Basirah pon masih x berapa kenal lagi, kene sentiasa ajar die.

      Delete