Friday 30 May 2014

Xtvt lukis, warna, gam, tampal.....yey!

salam buat semua! 



disebabkan petang semalam x ada ape xtvt nak buat, jadi aku dengan basirah pon cari la xtvt. tambah pulak xde cerita yg best kat tv, kesian plak kat die. jadi aku suruh die kaler rama2 yang die lukis sebelum ni. memula susah jugak nak suruh die perbagaikan warna rama2 tu, kalau boleh sume die nak kaler senada je. setelah bagi ayat baek punye, last sekali die kaler jugak pelbagai warna. sebab tu kite kene pandai nak tackle anak, nak bagi die dengar cadangan kita. almaklumla budak 3 tahun ni asyik nak ikut cara die je. sebab tu kene puji selalu. 

 xtxt yang basirah buat ni sebenarnya boleh latih die untuk kenal warna. masa die pilih warna tu tanya la die itu warna apa. kalau salah kita betulkan. selain tu kita jugak dapat latih die untuk warna di kawasan yg sepatutnya. ini di kenali sebagai motor halus di mana kanak2 menggunakan saraf.

bile dah siap kaler, ape kata buat lagi menarik, lukis pelbagai bentuk pada setiap rama2 atau apa saja gambar yang anak korang lukis. sebab kanak2 ni memang suke bentuk2 ni. masa lukis tu, kita tanya la bentuk apa yang kita sedang lukis, sekaligus kita membantu anak untuk membezakan bentuk . 

bila dah siap lukis bentuk, biar anak kita yang gam kan, dan biar die tampal ikut suke die. lihat hasilnya bila die berjaya tampal. mau melompat2. sebab basirah memang hepy sangat, tiap kali die dapat tampal die melompat cakap, " yey, menang!" siap ckp menag lagi. pada dia satu kemenangan la kot sebab berjaya tampal. percayala, kompem anak anda akan hepy. ops lupe plak, pastikan tampal kertas kosong kat dinding ye. sebab xtvt ni lebih menarik dan fun, yela, selalu buat duduk je kan. sesekali buatla secara berdiri.lagi banyak pergerakan anak kita. xde la pasif je setempat kan. kang die pon bosan. bila anak dah siapkan semua sekali, berikan pujian. buat hi-5 ke, tepuk tangan ke, x pon kita melompat sekali. pujian ni sangat penting sebagai penghargaan kepada anak dan sekaligus memberi galakan untuk anak kita terus berusaha belajar lagi.

ok, sekian saje untuk kali ni. selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment