Tuesday 27 May 2014

Lukis dan warna bersama anak...its fun!

Salam ceria semua!
Hari ni xtvt basirah mewarna guna water kaler. Die kalau gune water kaler memang suka sesangat berbanding guna warna pensel. Jadi kalau dah tau kegemaran anak yang mana satu kita biarkan je die mewarna.

Tapi sebelum nak warna tu biar le die lukis dulu. Tanya die nak lukis apa, kalau die kata bunga, kita ajar dulu cara nak lukis. Bile anak dah tau lukis baru la ajak die lukis kt kertas lukisan. Biarkan je die nak lukis macam mana asalkan jadi bunga. Lepas tu puji la sikit anak tu. Penat 2 die lukis kan, mesti die hepy. Nak puji pon kene ada cara. Buat la muka teruja sikit bila anak dah berjaya lukis bunga tu. Mesti anak tu lg teruja nak terus melukis. Sebab dengan pujian sebenarnya anak rasa lebih yakin dan bersemangat. 

Bila dah siap lukis, ajak die warna. Biar die yang tentukan nak warna apa. Kalau die kata nak semua oren biarkan jela, kang lari pulak mood die. Tapi sekali sekala cadangkan la die letak warna lain pulak. Tapi kalau die x nak ikut cadangan kita tu, biarkan je. Lama 2 die akan tau sendiri nak pelbagaikan warna. Kanak2 seawal umur 3 tahun ni baru nak mencuba sesuatu. Kalau kita asyik nak ikut cara kita mau die lari nanti. Selagi die rasa hepy nak mewarna, biarkan je.

Jadi kepada ibu2 yang memg rajin melayan anak tu, sediakan la stok warna,dengan kertas lukisan bebanyak. Sebab sekali die dah melukis dan mewarna kadang2 berhelai2 baru die nak stop. Jadi selamat melayan anak korang melukis dan mewarna.

No comments:

Post a Comment