Friday 30 May 2014

Pupuk minat anak pada buku

Salam ceria semuanya! Hari ni awal aku menulis. Xde xtvt lagi jadi aku nak share dengan kome untuk entry kali ni. Tajuk kali ni PUPUK MINAT ANAK PADA BUKU. Haaaaa......tajuk simple je tu. Kenapa pentingnya kita nak bg anak minat pada buku? Sebab sejak anak dari kecil ni lah nak bagi die mula sukakan membaca. Biar dia nampak buku je die jadi xcited nak baca,lama2 dia dah terbiasa sampai besar, dan secara x langsung die tak akan mudah bosan bila dia dah belajar nanti.,yelah, dah sekolah macam2 buku yang die kene ngadap. Buku tebal la, nipis la. Jadi kalau la dari kecik ni x biasakan dengan buku, dikhuatiri die rasa buku tu satu membebankan.

Buku ni sebenarnya satu alat bantuan bacaan anak. Kenapa alat bantuan? Sebab buku membantu untuk menunjukkan sesuatu gambar dengan lebih dekat lagi. X kira la buku apa sekali pon, buku ada gambar binatang, yang tunjuk abc, yang ada gambar alat tulis. Pokoknya, buku ni dapat menerangkan sesuatu.

Bagi tahap kanak2 seawal usia 1 tahun, seeloknya belikanla buku yang bergambar. Kerana buku bergambar ni akan lebih buat kanak2 tertarik. Biar buku yang banyak gambar.

Bagaimana pulak kita nak bagi die rasa suke kat buku berbanding toys? Kadang2 bukan senang. Tambah kalau anak yang jenis ikut kepala. Kalau cara aku, aku ni tegas dan garang sikit. Sejak basirah 2 tahun, aku dah biasakan "toys cannot" setiap kali keluar. Biasanya anak umur 2 tahun dah mula paham.  Setiap kali keluar je aku akan pesan bendamyang sama. Lepas,tu aku akan tanya die semula, basirah faham x ummi cakap. Biasanya basirah akan tunduk,,ckp " yes ummi". Haaa...bila die dah cakap, " yes ummi" tu aku pon cakap " good girl". Jadi lama2 die dah tau dah, toys  memang x boleh beli, ada masa bila dah sampai kedai atau pasaraya, basirah sendiri yang akan cakp kat aku, " ummi,  toys cannot kan?" haaa,....nampak x kesannya kalau kita selalu ingatkan anak. Tu menunjukkan dia dah faham. Sebenarnya kanak2 ni x akan mintak toys kalau kita yang x belikan depan dia. Biasanya kanak2 yang menangis bila x dapat toys tu sebab kita yang dah terbiasa sukerela belikan sejak anak tu baby lagi. Jadi lama2 anak dah jadi biasa, dan yang dia tau dia nak jugak. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu amik pusing tentang ni. Bukanlah x boleh beli,boleh, tapi sebaiknya kita ajar jugak untuk anak kita minat buku.

cara terbaik untuk anak suka buku, biasakan bawak anak ke kedai buku atau bahagian yang ada jual buku. sebelum tu, kita sampai ke tempat buku tu kite bagi la ayat baek punye yang buat die pon rasa nak beli buku, contohnya " jom kita beli buku nak x? seronoknya nak baca buku kan? jommmm! kita tunjukkan buku tu best sangat macam beli toys. nanti anak pon teruja. bila sampai kedai buku, biar anak yang pilih. bantu anak nak pilih yang mana satu. biar ambil masa lama sikit pon x pe. 

dengan buku ni kita dapat melakukan komunikasi 2 hala, dan menggalakkan perkembangan bahasa dengan anak2. 

ni antara buku yang bagus untuk di beli. buku number. buku ni ada gambar yang menarik, lepas tu cara mengira yang bagus, dan siap ada ejaan lagi. gambar2 yang digunakan pulak gambar yang selalu anak kita jumpa, contohnya belon, ikan. disamping kita nak ajar anak mengenal nombor,kita sekaligus sebenarnya boleh ajar anak mengira. dan juga anak boleh kenal warna dan gambar2 yang ditunjukkan. secara x langsung, otak anak akan berkembang untuk banyak berfikir bila die tengok buku yang banyak gambar. dan percayalah, anda akan x larat nak menjawab soalan 2 dari die hanya dengan satu buku je. jadi terangkan la sebaik mungkin.

seterusnya buku ni plak. buku gambar binatang dan benda. buku ni membantu ibu bapa cara nak membunyikan sesuatu. contohnya, gambar telefon, bunyinya "kring, kring". gambar kucing, " meow". menarik bukan. jadi kita perlu kreatif macam mana nak bg xtvt ni more fun dengan anak2. kita ajak anak kita buat bunyi sekali. tapi sebelum kita yang mulakan, kita tanya dulu. contohnya, " cuba basirah buat bunyi kucing" kita tengok kemampuan anak kita, die boleh buat ke x. best kan. buat la muke tu teruja sikit. dari gambar kucing tu, kita ajar sains sekali. bgtau la warna apa, ada berapa kaki dan yang berkaitan. kita perlu kreatif sikit. sebab cara kita mengajar menggunakan buku, sedikit sebanyak mempengaruhi minat anak pada buku.


No comments:

Post a Comment