Saturday 24 January 2015

Homeschool : Muka kucing

Salam ceria semua. Kali ni nak kongsikan aktiviti buat muka kucing pada pinggan kertas.

Bahan:-

Gam
Wana air
Pinggan kertas
Mata
Straw
Kapas muka
Getah rambut

Cara2:-

letak gam di atas pinggan kertas

Tampal kapas muka di atas pinggan kertas

Warnakan kapas muka yang di tampal tadi

Keringkan sebentar, kemudian tampal mata, hidung, straw untuk misai, dan mulut (getah rambut)

Tampal telingadi bahagian belakang

Siap!

Selamat mencuba.

Thursday 15 January 2015

Homeschool kraf: burung hantu

     Salam ceria semua! Sihat tak hari ni? Apa aktiviti yng korang buat dengan anak korang? Best tak? Aku kali ni aku nak cadangkan aktiviti kraf. Sangat la menarik tapi ambik masa sikit la. Bahan ni aku beli kat Mr. DIY. Sape yng tak tu Mr. DIY tu apa, korang boleh la baca entry tu kat link aku bagi ni.

      Harganya aku beli RM 3.90 je. Tapi sebenarnya korang nak but sendiri pon boleh. Tapi nak lagi nampak menarik dan bagi anak korang teruja baik beli la.

     Caranya senang je. Dalam pack ni di sediakan satu gambar. Gambar yang aku beli gambar burung hantu. Lepas tu ada kertas kecik 2 yang agak banyak. Kertas ni ada 4 warna mengikut jumlah warna yang sama pada gambar burung tu.

     jadi untuk permulaan korang perlu ronyokkan kertas yang kecik2 ni jadi bulat. Aku syorkan baik korang buat sekali kalau nak harapkan anak korang sorang buat lama jugak nanti. Jadi tunjukkan la keterujaan korang tu jugak dengn join sekali. Bila dah siap ronyokkan jadi bulat, korang pon minta la anak korang tampal kat gambar burung hantu tadi ikut jenis warna. Senang je.

      Haaaa, kan dah dapat satu aktiviti untuk anak korang. Tak ada la nanti anak korang boring kene ngadap buku je. Okeyla korang, ni je aku nak share. Jumpa lagi di aktiviti yng seterusnya. Selamat beraktiviti.

Monday 12 January 2015

Aktiviti bermain ejaan

      Salam ceria semua! Aktiviti yang berikutnya aku nak ajak korang bermain ejaan dengan anak korang. Aktiviti ni mudah, tak perlu nak heavy sangat. Kita buat secara santai je. Biarkan anak korang fun. Mungkin ada yang tak tau cara nak mulakan permainan ejaan ni, jadi aku kongsikan setakat termampu. Antara entry yang berkaitan dengn game ni, korang boleh klik link tajuk buku bacalah anakku. Link ni aku share tentang cara nak ajar anak membaca guna buku "BACALAH ANAKKU" http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/ajar-anak-membaca-dengan-buku-bacalah.html.

     Game ni sesuai untuk anak yang dah mula belajar membaca. Tujuannye untuk pengukuhan pemahaman anak korang sama ada dia betul2 kenal setiap perkataan atau pun tidak. Selain dari tu melatih anak menulis ejaan dengan betul disamping mengajar anak menerima arahan secara lisan dan diaplikasikan ke dalam bentuk penulisan lalu menghasilkan pemahaman untuk anak. Game ni sangat sesuai bagi korang yang dah mula nak latih anak mengeja sendiri.

     Penyediaan permainan:

1) tuliskan setiap huruf dan buat dalam bentuk flash kad. Nak beli huruf flash kad pon boleh. Nak jimat tulis sendiri kemudian potong.

2) sediakn sebuah buku bacaan yang mengandungi perkataan mudah. Seperti yang dalam gambar ni saya guna buku "Bacalah Sayang". Perkataannya mudah. Seperti minum, madu, muka.

3) hanya pilih tiga hingga lima perkataan sahaja, untuk mengelakkan anak bosan kalau terlalu banyak perkataan.

4) sediakan buku kosong untuk anak tulis semula huruf yang telah dieja dengn flash kad tadi.

     Lets start the game:

1) minta anak baca perkataan di dalam buku. Contohnya, MADU.

2) minta anak eja semula dengan menggunakan flash kad huruf tadi. Lihat dahulu. Jika salah betulkan

3) bila siap mengeja, beri pujian yang memberangsangkan. Penuh semangat. Teruskan memberikana kata2 semangat seperti " seronoknya game ejaan ni kakak! Tengok kakak pon dah pandai main ejaan."

4) minta anak tulis semula di buku kosong. Setelah siap puji lagi.

5) ulang permainan sehingga perkataan habis.

6) setelah selesai kesemua perkataan, rehat dalam 5 minit. Tanpa merujuk buku, minta anak ulang semula ejaan dengan flash kad tadi untuk menguji tahap pencapaian anak.

Simple kan? Selamat bermain game ejaan dengan anak! Bye korang!

Friday 9 January 2015

Origami- Buat Roket

   Salam ceria semua! Aktiviti kali ni tak pernah buat lagi. Origami. Aku ajar untuk melipat kertas untuk buat roket. Ni yang paling mudah untuk kanak2 ikut. Tambah pulak bagi budak 3 tahun lagi la kita kena ajar benda yang simple yang dia mudah nak ikut.

   Aku rasa korang pon tentu tau kan step nak buat roket tu. Senang je. Memula lipat dua kertas. Lepas tu lipat bahagian kanan dan kiri untuk jadi kepak. Last sekali dah siap. Hanya ambil masa tak sampai 5 minit pon. Apa kebaikannya? Nak senang aku list kat bawah ni.

   Kebaikan aktiviti:

- mengajar  anak mengikut arahan yang diberikan

- komunikasi dua hala

- kanak2 dapat belajar cara melipat

- kanak2 dapat berfikir cara untuk meniru / mengikut aktiviti yang sedang dijalankan

Wokeh, sekian saje dari aku. Bye korang!

Thursday 8 January 2015

Kraf Kreatif- Padankan pakaian dengan patung kertas

     Salam ceria semua! Kali ni aku buat aktiviti kraf. Biasanya kanak2 memang suka sangat buat kraf sebab diorang akan buat sendiri. Tambah kalau diorang nampak ada gunting, gam, warna. Kompem nak bodek mintak pegang punye. Tak percaya? Ikut korang la sebab selalu sangat jadi kat aku. Hahahah...okey, apa ye nama aktiviti aku kali ni. Aku namakan padankan pakaian di patung kertas. Panjang tol nama aktivitinya, tak pe yang penting apa yang nak di lakukan.

Bahan yang diperlukan:

- patung kertas. Sama ada buat sendiri guna manilakad atau beli siap. Macam dalam gambar yang korang tengok tu, patung kertas tu aku beli kat Mr DIY. Dalam satu bungkusan ada 15 keping patung orang. Besar woooo.. Pastu harganya pulak hanya RM 3.90. Walaweeee....why so murah! Jimat kan?? Sesuai sangat bagi yang memang homeschool macam aku ni.

- foam sheet atau kertas warna. Mana nak beli? Kat Mr DIY  pon ada jual foam sheet. Pada aku lagi senang guna foam sheet dari kertas warna sebab tebal. Anak nak pegang pon senang.

- double sided.

- mata. Korang boleh beli kat Mr DIY jugak. Hanya RM 1- RM 3, mengikut saiz. Dan dalam satu bungkusan memang banyak biji mata. Berbaloi - baloi tau!

- gunting opkos la kan untuk gunting foam tu nanti.

Panduan aktiviti:

- korang potong siap pakaian yang korang suke dan juga rambut atau tudung beserta mulut, ikut kreativti memasing

- tampal double sided kat belakang pakaian

- Kalau dah siap gunting, korang padankan dahulu pakaian tersebut pada patung kertas

- minta anak lihat dahulu. Kemudian asingkan pakaian tadi dari patung kertas. Biarkan bercampur aduk

- kemudian minta anak korang padankan semula.

- bila padanan dah betul barulah minta anak tampal sepenuhnya

Siap!

Tujuan aktiviti:

- menguji daya ingatan anak dalam menyuaipadan pakaian kepada patung kertas

- melatih anak cara menampal dengan betul

- dapat melakukan banyak pergerakan tangan

- dapat mengajar anak meletakakan pakaian di tempat yang sepatutnya

- dapat mewujudkan komunikasi dua hala. Sebab, sepanjang aktiviti ni berjalan, anak korang akan tanya macam2, soalan yang akan timbul, ini apa? Mata nak letak mana? Kenapa baju putih? Dan bermacam soalan. Jadi, disini dah melatih anak supaya banyak bercakap, x adalah pasif je. Korang pon kena bagi jawapan logik bukan jawapan tangkap muat

- dapat menghasilkan satu penceritaan dari aktiviti tersebut. Contoh mudah: Ini kakak dan adik. Kakak dan adik mahu pegi ke klinik. Di klinik kakak dan adik berjumpa dengan jururawat. Mudahkan! Walaupon anak korang hanya belajar kat rumah tapi tak bermakna korang x boleh ajar anak korang bercerita.

Sekian saja perkongsian aku. Harap bermanfaat. Bye korang!

Aktiviti gerakkan tubuh badan- Masuk bola dalam bakul

      Salam ceria semua! Kali ni aktiviti yang nak dikongsikan lain sikit. Lebih kepada main. Mana taknye, sebab ada bola. Kali ni bagi anak kita hepy sikit. Seperti gambar yang korang nampak, ada bola dan bakul. Aktiviti mudah, beri arahan pada anak kemudian anak akan lakukan. Jom kita tengok cara aktiviti ni.

Panduan:

- minta anak masukkan bola dalam bakul. Bagi anak yang berumur 1 tahun, biar dia masukkan, tapi kalau anak 3 tahun ke atas minta anak baling bola ke dalam bakul.

- setelah semua bola masuk, minta anak keluarkan kemudian lakukan perkara seperti sebelumnya.

   Tujuan aktiviti ni lebih kepada senaman fizikal dan mental. Fizikal maksudnya lebih kepada pergerakan tubuh badan anak. Die bebas menggerakkan anggota badan hanya dengan memegang bola. Mental pula, menguji sejauh mana kefahaman anak memahami arahan yang di berikan. Sekaligus memberikan kegembiraan kepada anak sebab mak nye pun main sekali.

    Haaa.... Best x? Simple je aktiviti ni. Ikut suka korang la nak main berapa lama. Okey, bye korang!

Tuesday 6 January 2015

Bermain dengan bentuk bersama si kecil

     Salam ceria semua! Alhamdulillah masih berkesempatan berkongsi aktiviti di entry ni. Ni aktiviti aku dengan si kecil setahun. Dan korang pon boleh lakukan aktiviti yang sama. Sebelum ni aku ade tulis entry berkaitan bentuk. Korang boleh klik link di bawah ni untuk korang baca aktiviti aku sebelum ni menggunakan bentuk.

- Jom gunting kertas! http://armilastyle.blogspot.com/2014/07/jom-gunting-kertas.html
- Buku aktiviti bentuk - potong, gam dan tampal http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/salam-ceria-semua.html
- Xtvt lukis, warna, gam, tampal.....yey! http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/xtvt-lukis-warna-gam-tampalyey.html

     Aktiviti kali ni aku buat sendiri semua bentuk ni. Permainannya mudah:

- letak semua bentuk di bawah
- minta anak ambil satu2 kemudian minta anak bagi pada anda
- bila anak pegang bentuk, biarkan die merasa semua bahagian bentuk kemudian baru minta die bagi pada anda
- bagitahu bentuk yang anda minta tu
- berikan pujian
- ulangi sehingga semua bentuk habis

     Haaaa...mudahkan! Tak perlu ambil masa lama. Sekejap je. Nanti boring pulak anak korang. Wokeh, selamat menjalani aktiviti!

Aktiviti hari minggu - Book Store

        Salam ceria semua! Siapa dah baca entry terbaru aku? Haaa!! Tak baca lagi ye? Tak pe, nanti boleh baca. Boleh klik link ni untuk entry yang aku update sebelum ni.

- Buku aktiviti melukis - ajar cara melukis http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/buku-aktiviti-melukis-ajar-cara-melukis.html

- Buku aktiviti bentuk - potong, gam dan tampal http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/salam-ceria-semua.html

- Buku aktiviti sambungkan nombor- dot dot http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/buku-aktiviti-sambungkan-nombor-dot-dot.html

      Apa aktiviti korang biasanya hari minggu? Shopping? Jalan2? Atau duduk rumah je layan anak? Pada yang ada anak biasanya akan bawak anak keluarkan?. Almaklumla, hari minggu ni la masa untuk bersama keluarga kan? Kali ni nak share aktiviti aku pulak. Dan aktiviti ni memang aku cadangkan la kat korang sangat2. Bukan saje best tapi menggalakkan anak korang suka baca buku. Haaa!! Aktiviti ape tu? Aktiviti pergi ke book store. Sekarang ni kan memang banyak book store, jadi korang pilih je nak pegi yang mana satu.

      Sebelum ni aku ada tulis entry tentang Pupuk minat anak pada buku. Kat entry tu aku ada tulis tips macam mana nak bagi anak korang excited nak beli buku. Nanti korang baca la. Boleh klik link ni untuk entry tips didik anak suka membaca.

- Pupuk minat anak pada buku http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/pupuk-minat-anak-pada-buku.html 

      Bila dah bawak anak ke book store biarkan anak korang bebas. Bebas berjalan, bebas melihat, bebas memegang buku buku yang ada, bukan buku je, tapi alat tulis jugak. Biar anak masuk dalam dunia ilmu buat sementara waktu. Masa ni la yang terbaik untuk anak di didik dengan buku. Korang pon buat la muka excited dan ayat power masa dalam book store tu.

      Minta anak korang sendiri yng pilih nak buku apa. Kalau buku yang korang cadangkan die tak nak, jangan beli. Biar die sendiri yang nak. Biasanya anak korang mesti selalu tengok kartun, macam upin ipin. Biasanya upin ipin ada episod baca buku. Masa ni la korang nak tackle hati anak korang. Contohnya, ada satu episod tu upin ipin buat aktiviti teka silang kata. Jadi korang cari buku aktiviti silang kata. Lepas tu ckp kat anak, " Eh, macam upin ipin buat la silang kata ni. Kakak nak buat tak macam upin ipin? " 90% jawapan anak korang adalah " nak". Tak percaya, cuba la. Tak kisah la kartun ape, tapi kalau ada part yang berkaitan buku, korang kaitkan. Biasanya budak memang akan cepat terpengaruh dengan karektor karton. Tapi karektor yang baik je la okey.

      Korang amik la berapa lama masa dalam book store tu. Tak rugi pon kan. Sebaiknya sebulan sekali atau lebih bawak anak ke book store. Biar mereka rase best. Jadi tak pyah la korang nak pening kepala bila anak mintak toys kan. Hehehe...

Wokeh, sekian saje aktiviti yang aku nak share dengan korang. Bye!

Monday 5 January 2015

Buku aktiviti sambungkan nombor- dot dot


Salam ceria semua!

      Ape pulak buku aktiviti yang aku nak cadangkan kali ni? Wokeh, kali ni buku sambungkan nombor mengikut turutan sehingga menjadi satu gambar. Aktivitinya sangat mudah, ilustrasi gambar juga menarik dan agak besar, sangat sesuai untuk kanak2 berusia 3 tahun. Sesuai bagi kanak2 yang sudah tahu mengira. Kalau masih x mahir pon boleh tapi dengan bimbingan kita.

     Buku aktiviti ni dapat melatih kemahiran kanak2 untuk mengira tirutan nombor secara menaik dengan betul. Melatih kanak2 mengingati susunan nombor yang betul seterusnya melatih anak melukis garisan yang betul mengikut kreativiti anak. Selain dari tu juga, dapat mengajar anak mengenal gambar yang diberikan.

     Buku ni tak begitu tebal. Harga hanya RM 2.50. Yang ni aku beli kat Mydin tapi kedai buku lain pon banyak jual macam ni.

     Harap korang dah dapat idea nak beli buku apa untuk anak korang. Bye!

Sunday 4 January 2015

Buku aktiviti melukis - ajar cara melukis

   Salam ceria semua! Aku nak share buku aktiviti yang ajar step untuk melukis. Sesuai untuk kanak- kanak berusia 3 tahun yang baru nak belajar melukis. Bukunya sangat mudah dan ringkas.

    Ada 4 langkah disediakan untuk permulaan kanak-kanak melukis. Dan stepnya sangat mudah diikuti bagi kanak2 seawal usia 3 tahun. Gambar2 nya pulak menarik, memang sebijik sebijik dan besar.

    Harga sebuah buku RM 2.50 sahaja. Buku ni nipis je tapi x rugi beli untuk anak. Biasanya kanak2 senang tertarik buku jenis begini. Buku ni korang boleh beli kat Mydin. Memang banyak pilihan kat Mydin.

     Harap dapat membantu la bagi korang yang masih tercari2 nak beli buku apa. Wokeh, bye!

Buku aktiviti bentuk - potong, gam dan tampal

   Salam ceria semua. Aku nak share buku shape atau bentuk yang aku beli baru- baru ni. Pada entry sebelum ni aku ada tulis entry tentang kenali bentuk dengan buku ni tapi aku tak cite pasal buku ni.

Cara mudah kenali bentuk  http://armilastyle.blogspot.com/2014/12/cara-mudah-kenali-bentuk.html

    Tapi untuk entry ni aku nak cadangkan buku aktiviti ni. Buku ni ada 4 buah untuk satu siri. Aktiviti buku ni sangat mudah. Korang tak payah susah2 nak gunting gambar sebab gambar ni dah ade potongan die, cume nak ceraikan je, lepas tu gam. Sangat mudah.

    Selain dari tu, bentuk- bentuk yang disediakan sangat menarik seperti bulat, bujur, segitiga, dan segi empat. Gambar2 pon memang best. Pada setiap gambar dinyatakan keterangan gambar. Sekaligus dapat memahirkan anak untuk membaca dan mengenal nama setiap gambar.

    Harga untuk setia buku tak sama. tapi antara RM 2.50 -RM3.50 je. Tak mahal, berbaloi beli untuk anak korang. Buku ni aku beli kat Mydin.

    Kesimpulannya, buku aktiviti bentuk ni memang best, aku dah pon beli semua 4 buah. Dan aku kompem, anak korang akan rasa nak buat dan buat lagi sampai habis,. Wokeh ni jela untuk kali ni. Bye!