Thursday 8 January 2015

Aktiviti gerakkan tubuh badan- Masuk bola dalam bakul

      Salam ceria semua! Kali ni aktiviti yang nak dikongsikan lain sikit. Lebih kepada main. Mana taknye, sebab ada bola. Kali ni bagi anak kita hepy sikit. Seperti gambar yang korang nampak, ada bola dan bakul. Aktiviti mudah, beri arahan pada anak kemudian anak akan lakukan. Jom kita tengok cara aktiviti ni.

Panduan:

- minta anak masukkan bola dalam bakul. Bagi anak yang berumur 1 tahun, biar dia masukkan, tapi kalau anak 3 tahun ke atas minta anak baling bola ke dalam bakul.

- setelah semua bola masuk, minta anak keluarkan kemudian lakukan perkara seperti sebelumnya.

   Tujuan aktiviti ni lebih kepada senaman fizikal dan mental. Fizikal maksudnya lebih kepada pergerakan tubuh badan anak. Die bebas menggerakkan anggota badan hanya dengan memegang bola. Mental pula, menguji sejauh mana kefahaman anak memahami arahan yang di berikan. Sekaligus memberikan kegembiraan kepada anak sebab mak nye pun main sekali.

    Haaa.... Best x? Simple je aktiviti ni. Ikut suka korang la nak main berapa lama. Okey, bye korang!

No comments:

Post a Comment