Thursday 15 January 2015

Homeschool kraf: burung hantu

     Salam ceria semua! Sihat tak hari ni? Apa aktiviti yng korang buat dengan anak korang? Best tak? Aku kali ni aku nak cadangkan aktiviti kraf. Sangat la menarik tapi ambik masa sikit la. Bahan ni aku beli kat Mr. DIY. Sape yng tak tu Mr. DIY tu apa, korang boleh la baca entry tu kat link aku bagi ni.

      Harganya aku beli RM 3.90 je. Tapi sebenarnya korang nak but sendiri pon boleh. Tapi nak lagi nampak menarik dan bagi anak korang teruja baik beli la.

     Caranya senang je. Dalam pack ni di sediakan satu gambar. Gambar yang aku beli gambar burung hantu. Lepas tu ada kertas kecik 2 yang agak banyak. Kertas ni ada 4 warna mengikut jumlah warna yang sama pada gambar burung tu.

     jadi untuk permulaan korang perlu ronyokkan kertas yang kecik2 ni jadi bulat. Aku syorkan baik korang buat sekali kalau nak harapkan anak korang sorang buat lama jugak nanti. Jadi tunjukkan la keterujaan korang tu jugak dengn join sekali. Bila dah siap ronyokkan jadi bulat, korang pon minta la anak korang tampal kat gambar burung hantu tadi ikut jenis warna. Senang je.

      Haaaa, kan dah dapat satu aktiviti untuk anak korang. Tak ada la nanti anak korang boring kene ngadap buku je. Okeyla korang, ni je aku nak share. Jumpa lagi di aktiviti yng seterusnya. Selamat beraktiviti.

No comments:

Post a Comment