Friday 9 January 2015

Origami- Buat Roket

   Salam ceria semua! Aktiviti kali ni tak pernah buat lagi. Origami. Aku ajar untuk melipat kertas untuk buat roket. Ni yang paling mudah untuk kanak2 ikut. Tambah pulak bagi budak 3 tahun lagi la kita kena ajar benda yang simple yang dia mudah nak ikut.

   Aku rasa korang pon tentu tau kan step nak buat roket tu. Senang je. Memula lipat dua kertas. Lepas tu lipat bahagian kanan dan kiri untuk jadi kepak. Last sekali dah siap. Hanya ambil masa tak sampai 5 minit pon. Apa kebaikannya? Nak senang aku list kat bawah ni.

   Kebaikan aktiviti:

- mengajar  anak mengikut arahan yang diberikan

- komunikasi dua hala

- kanak2 dapat belajar cara melipat

- kanak2 dapat berfikir cara untuk meniru / mengikut aktiviti yang sedang dijalankan

Wokeh, sekian saje dari aku. Bye korang!

No comments:

Post a Comment