Friday 30 May 2014

Pupuk minat anak pada buku

Salam ceria semuanya! Hari ni awal aku menulis. Xde xtvt lagi jadi aku nak share dengan kome untuk entry kali ni. Tajuk kali ni PUPUK MINAT ANAK PADA BUKU. Haaaaa......tajuk simple je tu. Kenapa pentingnya kita nak bg anak minat pada buku? Sebab sejak anak dari kecil ni lah nak bagi die mula sukakan membaca. Biar dia nampak buku je die jadi xcited nak baca,lama2 dia dah terbiasa sampai besar, dan secara x langsung die tak akan mudah bosan bila dia dah belajar nanti.,yelah, dah sekolah macam2 buku yang die kene ngadap. Buku tebal la, nipis la. Jadi kalau la dari kecik ni x biasakan dengan buku, dikhuatiri die rasa buku tu satu membebankan.

Buku ni sebenarnya satu alat bantuan bacaan anak. Kenapa alat bantuan? Sebab buku membantu untuk menunjukkan sesuatu gambar dengan lebih dekat lagi. X kira la buku apa sekali pon, buku ada gambar binatang, yang tunjuk abc, yang ada gambar alat tulis. Pokoknya, buku ni dapat menerangkan sesuatu.

Bagi tahap kanak2 seawal usia 1 tahun, seeloknya belikanla buku yang bergambar. Kerana buku bergambar ni akan lebih buat kanak2 tertarik. Biar buku yang banyak gambar.

Bagaimana pulak kita nak bagi die rasa suke kat buku berbanding toys? Kadang2 bukan senang. Tambah kalau anak yang jenis ikut kepala. Kalau cara aku, aku ni tegas dan garang sikit. Sejak basirah 2 tahun, aku dah biasakan "toys cannot" setiap kali keluar. Biasanya anak umur 2 tahun dah mula paham.  Setiap kali keluar je aku akan pesan bendamyang sama. Lepas,tu aku akan tanya die semula, basirah faham x ummi cakap. Biasanya basirah akan tunduk,,ckp " yes ummi". Haaa...bila die dah cakap, " yes ummi" tu aku pon cakap " good girl". Jadi lama2 die dah tau dah, toys  memang x boleh beli, ada masa bila dah sampai kedai atau pasaraya, basirah sendiri yang akan cakp kat aku, " ummi,  toys cannot kan?" haaa,....nampak x kesannya kalau kita selalu ingatkan anak. Tu menunjukkan dia dah faham. Sebenarnya kanak2 ni x akan mintak toys kalau kita yang x belikan depan dia. Biasanya kanak2 yang menangis bila x dapat toys tu sebab kita yang dah terbiasa sukerela belikan sejak anak tu baby lagi. Jadi lama2 anak dah jadi biasa, dan yang dia tau dia nak jugak. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu amik pusing tentang ni. Bukanlah x boleh beli,boleh, tapi sebaiknya kita ajar jugak untuk anak kita minat buku.

cara terbaik untuk anak suka buku, biasakan bawak anak ke kedai buku atau bahagian yang ada jual buku. sebelum tu, kita sampai ke tempat buku tu kite bagi la ayat baek punye yang buat die pon rasa nak beli buku, contohnya " jom kita beli buku nak x? seronoknya nak baca buku kan? jommmm! kita tunjukkan buku tu best sangat macam beli toys. nanti anak pon teruja. bila sampai kedai buku, biar anak yang pilih. bantu anak nak pilih yang mana satu. biar ambil masa lama sikit pon x pe. 

dengan buku ni kita dapat melakukan komunikasi 2 hala, dan menggalakkan perkembangan bahasa dengan anak2. 

ni antara buku yang bagus untuk di beli. buku number. buku ni ada gambar yang menarik, lepas tu cara mengira yang bagus, dan siap ada ejaan lagi. gambar2 yang digunakan pulak gambar yang selalu anak kita jumpa, contohnya belon, ikan. disamping kita nak ajar anak mengenal nombor,kita sekaligus sebenarnya boleh ajar anak mengira. dan juga anak boleh kenal warna dan gambar2 yang ditunjukkan. secara x langsung, otak anak akan berkembang untuk banyak berfikir bila die tengok buku yang banyak gambar. dan percayalah, anda akan x larat nak menjawab soalan 2 dari die hanya dengan satu buku je. jadi terangkan la sebaik mungkin.

seterusnya buku ni plak. buku gambar binatang dan benda. buku ni membantu ibu bapa cara nak membunyikan sesuatu. contohnya, gambar telefon, bunyinya "kring, kring". gambar kucing, " meow". menarik bukan. jadi kita perlu kreatif macam mana nak bg xtvt ni more fun dengan anak2. kita ajak anak kita buat bunyi sekali. tapi sebelum kita yang mulakan, kita tanya dulu. contohnya, " cuba basirah buat bunyi kucing" kita tengok kemampuan anak kita, die boleh buat ke x. best kan. buat la muke tu teruja sikit. dari gambar kucing tu, kita ajar sains sekali. bgtau la warna apa, ada berapa kaki dan yang berkaitan. kita perlu kreatif sikit. sebab cara kita mengajar menggunakan buku, sedikit sebanyak mempengaruhi minat anak pada buku.


Xtvt lukis, warna, gam, tampal.....yey!

salam buat semua! 



disebabkan petang semalam x ada ape xtvt nak buat, jadi aku dengan basirah pon cari la xtvt. tambah pulak xde cerita yg best kat tv, kesian plak kat die. jadi aku suruh die kaler rama2 yang die lukis sebelum ni. memula susah jugak nak suruh die perbagaikan warna rama2 tu, kalau boleh sume die nak kaler senada je. setelah bagi ayat baek punye, last sekali die kaler jugak pelbagai warna. sebab tu kite kene pandai nak tackle anak, nak bagi die dengar cadangan kita. almaklumla budak 3 tahun ni asyik nak ikut cara die je. sebab tu kene puji selalu. 

 xtxt yang basirah buat ni sebenarnya boleh latih die untuk kenal warna. masa die pilih warna tu tanya la die itu warna apa. kalau salah kita betulkan. selain tu kita jugak dapat latih die untuk warna di kawasan yg sepatutnya. ini di kenali sebagai motor halus di mana kanak2 menggunakan saraf.

bile dah siap kaler, ape kata buat lagi menarik, lukis pelbagai bentuk pada setiap rama2 atau apa saja gambar yang anak korang lukis. sebab kanak2 ni memang suke bentuk2 ni. masa lukis tu, kita tanya la bentuk apa yang kita sedang lukis, sekaligus kita membantu anak untuk membezakan bentuk . 

bila dah siap lukis bentuk, biar anak kita yang gam kan, dan biar die tampal ikut suke die. lihat hasilnya bila die berjaya tampal. mau melompat2. sebab basirah memang hepy sangat, tiap kali die dapat tampal die melompat cakap, " yey, menang!" siap ckp menag lagi. pada dia satu kemenangan la kot sebab berjaya tampal. percayala, kompem anak anda akan hepy. ops lupe plak, pastikan tampal kertas kosong kat dinding ye. sebab xtvt ni lebih menarik dan fun, yela, selalu buat duduk je kan. sesekali buatla secara berdiri.lagi banyak pergerakan anak kita. xde la pasif je setempat kan. kang die pon bosan. bila anak dah siapkan semua sekali, berikan pujian. buat hi-5 ke, tepuk tangan ke, x pon kita melompat sekali. pujian ni sangat penting sebagai penghargaan kepada anak dan sekaligus memberi galakan untuk anak kita terus berusaha belajar lagi.

ok, sekian saje untuk kali ni. selamat mencuba!




Thursday 29 May 2014

Aku kene ragut...citer lame....

Salam ceria!!

Huiiiiii!!

Pekabo kome hari ni? Diharap semuanya sihat walafiat. Kalau x cihat tu pi klinik ye, makan ubat, nanti kang melarat pulak. Baca paper hari ni macam2 citer ade, xciden, kene ragut, macam2 smpai x sgup nak baca abis. Huhuhu....bile baca part kene ragut tu aku teringat plak pengalaman aku kene ragut masa cuti semester dulu. Citer ni dah lama jadi kat aku, kalau x silap tahun 2002... Lama dah citer ni. Saje nak citer kat entry aku ni. Kot2 la korang pon penah alami benda yg sama kan.

Kejadian tu jadi masa aku balik dari gi bandar dgn kawn aku. Masa balik tu aku naik basikal sesorang. Masa tu 3 petang. Silap aku jugak sb letak handbag kat dalam raga basikal. Opkos la org akan usha baeekkk punye kan..,,haaa.....kebetulan pulak itu la petama kali aku nak pakai handphone. Hp tu akak aku yg bagi, die x pkai dah, jd tujuan aku ke bandar tu sebenarnya nak g beli bateri hp baru. Jd memang semangat la dapat hp sony ericson tu kan. Yang jnis flip tu. Come gitu kaler merah. Dalam handbag tu plak selain ada hp ada beg duit, kalau dah nama beg duit opkos la ada ic,  lesen kete, siap ada gambo family lagi.

Tengah syok kayuh basikal dar jauh aku dah nampk ada org tepi jalan tongkat motor. Tetibe die tahan aku. Kawasan perumahan tu plak belah tepi agak sunyi la time macam tu. Aku pon berhenti la kan, pastu die tanya tempat. pelik aku sb aku x jelas nama tempat yg die tanya tu. Lepas tu die tanya lagi, apa dalam raga beskal aku tu.., argghhh sudah!!! Aku dah x sedap ati. Lepas tu tetibe die nak rembat handbag aku tu...oh tidakkkkk!!! Aku rasa macam dalam drama plak time tu...macam x pecaya sebab jadi kat aku.. Aku pon ape lagi, tarik la balik, dah, macam main tarik tali plak dgn peragut yg sugguh kurang adab tu. Tak pasal 2 die sepaknye perut aku... Cessss....sungguh kurang akar sekali perlakuaan peragut tu, dah la nak ragut aku pastu sepak perut aku. Ni dah menaikkan kemarahan.

Entah dari mana datangnya kekuatan tu aku pon lawan la balik sekuat ati, dalam kepala otak ni pk hp je...yola baru nak merasa pakai hp. Aku pon fight la dgn peragut yg x hensem lagsung tu!

Dush!Dush! ?..ketakkkk! Aku bagi penendang maut kat die sampai die terjatuh kat motor die...bile die dah jatuh aku ape lagi.....LARI!!!!!    Pastu jerit la sekuat atii macam dalam drama swasta kat tv tu!! " tolong! Tolong! Perompak!" itu la ayat aku yg aku igt smpai skrg....sepatut peragut ye dak? X kisah la jnji mksudnye sama, penyangak!....kebetulan plak ada nyonya tua jalan sambil pegang payung.  Aku pon lari la kat die. " apa pasat? " Aku pon kabo la kene rompak. Ate boleh pulak die x paham aku cakap. Yadoiiiyaiiii!..pastu ade makcik dengan anak die naik motor. Tapi yg sedihnya makcik tu pon x berani nak tolg  hantar aku balik sebab die pon pkai brg kemas. Aku igt lagi makcik tu cakp, " makcik nak tolong pon x berani, makcik pakai gelang ni ha..." hadoi haiiii.....yela makcik saya faham.....makcik tu pon blah gitu jela.. Pastu perompak tu pon blah depan aku smbil tunjuk goyang jari die, suh aku jaga2 latu...podah!

Tapi memang menggeletar la...pastu dok pk macam mana la aku nak blik ni,takut ni. Kebetulan plak ade polis 3 org naik motor. Aku pon tahan la. Depa la yg tolg aku.  Polis tu hntar smpai ke rumah. Siap xcot depan belakg lg. Pastu cept2 masuk rumh.cume yg terkilan tu aku x sempat nk ucap time kasih kat abg2 polis tu. Xpela, yg penting aku dh selamt.. Jadi kesannya, seminggu aku x berani kuar rumah, takut punye pasal...huhuhhhu....

Itu le citer aku. Harp jgn la kene lagi. semoga aku sekeluarga dilindungi Allah hendaknya dari segala bahaya. Amin...

Sekian la citer aku yg penah kene ragut. Kepada korang semua berhati2 la terutama kalau korang jalan sesorang.

Wednesday 28 May 2014

Latih anak melukis

Salam ceria semua. Apa yg korang buat sekarang ni? Makan? Membaca? Layan anak? Hehehheh...malam ni xde plak citer best,  jd bg can kat basirah tgk kartun. Suke la die dpt tgk kartun peberet die. Layankan jela. Jadi aku pon merajinkan diri untuk tulis kat blog aku ni.

Topik aku kali ni latih anak melukis. X kisah la gambar apa sekali pon, ikan ke, rama2 ke, rumah ke, asalkan benda tu benda yang mudah untuk die lukis. Tapi sebelum suruh die lukis kita la yang kene ajar. Mulakan dengan mengajar lukis benda yang simple. Contohnya ikan. Mula2 kita bgtau die lukis bujur besar. Lepas tu lukis bulat kecil untuk mata, lepas tu lukis tiga segi untuk ekor dan insang. See!!! Dah jadi ikan kan?! Sangat senang, jadi anak pon mudah nak lukis. masa dah jadi bentuk ikan tu, bagitau la jugak ikan tinggal kat mana, terangkan bahagian badan ikan ada mata,ekor, dan perkara yg mudah yg die boleh belajar dan tingkatkn pengetahuan die. nanti die akan tau ikan hidup dalam air. see, dalam masa yang sama kita boleh akar sains sekali. mudahkan??

Seingat aku gambar pertama yg basirah lukis gambar orang. Die imaginasi sendiri, aku x ajar pon. Lepas tu die suke buat kartun oggy plak, siap ada pusat lagi..hahahhha.....

Umur berapa tahun nak mulakan melukis ni? Aku pon  xtau nak cakp kan, tp biasanya naluri ibu tahu tahap perkembangan anak memasing. Macam basirah,  die belum setahun memang dah biasakn die pegang pen atau pensel, kemudian aku bg die conteng kat kertas. Walaupon memg entah apa2 yang die tulis, tp tujuan aku untuk die biasakan gunakan pensel, nanti xde la tangan die keras. Adik die awfiyah yg 9 bulan sekarang pon aku dah biasakan bg pegang pensel atau berus,bukan main eksen lg si kecik tu. Bila dah dibiasakan dari awal, jadi bila die dah masuk 2 tahun anak lg mudah nak belajar menulis atau melukis.

Tapi perlu ingat, nak ajar anak lukis pon kene ada cara. Kita bg satu imaginasi yg mudah untuk die paham. Kalau rumah tu kita ckp la lukisn yg bersegi dulu. Secara x langsung kita dah ajar anak bentuk sekali. Kalau anak sush nak ikut apa yg kita ajar, kita pegang tangan die sekali. Bila dia dah blh lukis puji la sebanyak mungkin. Nak puji pon kene la ada gaya, buat muka teruja sikit, tepuk tangan ke, ajak die hi-5 ke, baru la die pon seronok nak lukis lagi. Kalau kita puji pon gitu2 je, die pon xde mood nak lukis dah, penyudahnya, die nak tengok tv pulak.

jadi tips mudah untuk pupuk minat anak melukis

-lukis gambar yg mudah

-beri pujian

-belikan pensel yang ada gambar kartun atau yg menarik minat die

SEMUA AKAN JADI MUDAH KALAU KITA LAKUKAN SEKALI BERSAMA ANAK.


Tuesday 27 May 2014

Lukis dan warna bersama anak...its fun!

Salam ceria semua!
Hari ni xtvt basirah mewarna guna water kaler. Die kalau gune water kaler memang suka sesangat berbanding guna warna pensel. Jadi kalau dah tau kegemaran anak yang mana satu kita biarkan je die mewarna.

Tapi sebelum nak warna tu biar le die lukis dulu. Tanya die nak lukis apa, kalau die kata bunga, kita ajar dulu cara nak lukis. Bile anak dah tau lukis baru la ajak die lukis kt kertas lukisan. Biarkan je die nak lukis macam mana asalkan jadi bunga. Lepas tu puji la sikit anak tu. Penat 2 die lukis kan, mesti die hepy. Nak puji pon kene ada cara. Buat la muka teruja sikit bila anak dah berjaya lukis bunga tu. Mesti anak tu lg teruja nak terus melukis. Sebab dengan pujian sebenarnya anak rasa lebih yakin dan bersemangat. 

Bila dah siap lukis, ajak die warna. Biar die yang tentukan nak warna apa. Kalau die kata nak semua oren biarkan jela, kang lari pulak mood die. Tapi sekali sekala cadangkan la die letak warna lain pulak. Tapi kalau die x nak ikut cadangan kita tu, biarkan je. Lama 2 die akan tau sendiri nak pelbagaikan warna. Kanak2 seawal umur 3 tahun ni baru nak mencuba sesuatu. Kalau kita asyik nak ikut cara kita mau die lari nanti. Selagi die rasa hepy nak mewarna, biarkan je.

Jadi kepada ibu2 yang memg rajin melayan anak tu, sediakan la stok warna,dengan kertas lukisan bebanyak. Sebab sekali die dah melukis dan mewarna kadang2 berhelai2 baru die nak stop. Jadi selamat melayan anak korang melukis dan mewarna.

Aktiviti mengenal warna

Salam ceria semua! Sihat ke?

Untuk kali ni aku nak share macam mana kita nak ajar anak kenal warna. Sebenarnya banyak cara kita nak ajar anak sama ada cara indirect atau direct. Terpulang kepada kita. Kalau cara indirect tengah tengok tv pon kita blh spontan ajar warna, contohnya kalau anak tengah tonton cerita upin ipin, kita boleh cakap kat anak, " wah, cantiknya upin pkai baju warna merah!" automatik anak akan tertumpu pada warna baju upin. Dan kompem dia akan tanya kita balik warna apa. Secara tak langsung anak sedang belajar, otak die sedang berkembang untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Kalau cara direct pulak,  ada berbagai cara antaranya:

- flash card
- buku mewarna
- blok permainan
- warna pensel
- lakukan aktiviti bersama

Pada aku untuk lebih fun lagi, kita lakukan aktiviti bersama anak. Macam yang aku lakukan, aku beli butang berbagai warna, kemudian sediakan kertas lukisan. Pada kertas lukisan tu aku buat kotak2 untuk asingkan setiap warna. Kemudian kita ajar anak kita supaya pilih butang yang berwarna dan lekatkan dalam kotak tu mengikut warna. Jadi xtvt ni akan buat anak lebih teruja, dan lebih banyak pergerakan. Tanpa kita sedar kita sedang ajar anak mengenal warna,  mengenal bentuk butang, membezakan kumpulan warna yang betul, dan cara mneggunakan gam. Dari satu xtvt kita dapat memberikan banyak pengetahuan kepada anak kita.

Xtvt ni boleh dilakukan bila anak dah masuk 2 tahun, ataupon ikut kepada kemampuan anak itu sendiri. Sebagai ibu kita sendiri akan tahu tahap kemampuan anak kita. Jangan lupa memberikan pujian kepada anak kita sebaik sahaja die selesai menyiapkan xtvt die. Sesekali kite tepuk tangan bila die berjaya siapkan. Pujian adalah penting bagi kanak2, kerana dari pujian kanak2 akan berasa lebih semangat lagi untuk terus balajar dan belajar. Jadi selamat mencuba!

Alat tulis yang perlu disediakan untuk xtvt bersama anak

Salam semua.

Kali ni aku kongsi pulak tentang alatulis yang korang perlu sediakan sebelum nak memulakan ape2 xtvt dengan si kecil. Kalau anak dah masuk  2 tahun ke atas dah boleh dah belikan set alatulis. Yang mahal ade yang murah pon ada. Kenapa perlunya alatulis ni? Sebabnya kalau nak tulis perlu guna pensel, nak bg anak mewarna kena guna pensel warna, nak buat garis kene guna pembaris, kalau pensel patah, nak kene ada pengasah pensel pulak, dan kalau nk gunting2 pulak, kompem la kene ade gunting kan. Jadi kerana itula pentingnya sediakan alatulis ni.

Alatulis
- pensel
-pemadam
-pengasah pensel
-pensel warna
-gunting
-pembaris
-kertas lukisan
-buku kosong
-gam
-warna air
-crayon

Jadi kalau rasa xde lagi benda2 ni semua pi la beli cepat. Sebaiknya bawak anak sekali, biar anak yang pilih, bg anak teruja sikit kan. Kalau dah ada nak beli lagi pon x pe, buat koleksi untuk anak korang. Sebab lama2 benda tu akan habis jugakkan. Tambah plak bukan mahal benda ni.

Okey, ni je aku nak share untuk korang.

ajar anak secara indirect

bimillahhirrohmanirahim.. salam buat semua pembaca blog armila style.

aku nak kongsi serba sedikit cara aku ajar anak2 aku cara mudah baca doa,abc,nombor,sains,moral dan lain2. kenapa aku cakap cara mudah sebab apa yang kita lakukan bersama anak kita itulah pelajaran untuk mereka  secara tak langsung sebenarnya. aku dah biasakan indirect ni sejak anak lahir lagi sehinggalah sekarang.

apa yg korang paham dengan maksud indirect atau secara x langsung? kenapa pulak aku katakan cara ni lebih mudah? sebabnya kita lakukan sesuatu perbuatan atau percakapan setiap hari. contohnya kalau kita nak ajar anak baca doa tidur, mungkin agak susah nak ajar die mengadap baca satu2 sampai paham kn. jadi, sejak dari anak lahir lagilah bila nak tidurkan anak, kita bacakan depan dia. jadi secara automatik anak akan terbiasa dan tahu sendiri. begitu juga dengan doa masuk tandas.

walaupon anak kita tu baru je lahir, tapi kalau kita mandikan die dalam tandas, bacalah doa tu kuat sikit bagi anak boleh dengar. lama kelamaan anak tahu itu doa masuk tandas. doa keluar tandas pon sama, bacakan kuat. bila naik kenderaan pulak, biasakn baca doa bersama suami, secara tak lagsung anak akan faham dan ingat. macam tu jugak la doa2 lain, doa makan, doa keluar rumah, dan doa2 lain, korang cuma kuatkan je bacaan tu bg anak dengar. kalau doa lepas azan plak, bila azan dah habis bgtau anak perlu baca doa lepas azan, kemudian ajak anak tadah tangan sama2 baca, walaupon anak tu masih kecil. kalau surah2 pon begitu jugak. biasakn baca surah ni sebelum nak tidur. lama2 anak dah terbiasa. jangan lupa ajar anak cara mengucap beserta maksud. walaupon anak masih kecil, baca sekali dengan anak, sama juga dengan selawat. biasakan sebut Allah.

  kalau nak ajar abc pulak, time nak pakaikan baju tu nyanyilah lagu abc. x kisahla ape versi sekalipon. bila sedang bg makan pon boleh nyanyikan abc, bg die rasa lebih fun. nombor pon macam tu jugak. korang reka la ape2 lagu janji ade sebut turutan nombor. biasakan nyanyi dalam dua bahasa, kalau lgi banyak bahasa lagi bagus. nanti bila anak dah pndi cakap, korang tengokla hsilnya sendri.

macam mana pulak nak ajar anak rukun iman, rukun islam, solat. zaman sekarang ni dah ada gadget, jd download je lagu2 nasyid kartun. bg anak dengar, tapi kita pon kene nyanyi sekali. bila dah selalu dengar  akn paham. dan kita terangkan secara  ringkas. kalau nk terang panjag lebar kang takut die x paham pulak.

sains pulak macam mana nak ajar? sebenarnya perkara sekeliling kita pon dah memang sains kan. contohnya,kalau kita nak ajar anak kenal bentuk atau shape .sekeliling kita akan jumpa macam2 bentuk, seperti bulan bentuknya bulat, maka kita bagitau anak bulan bentuk bulat. meja pon kadang ada bentuk segi empat, segi empat sama, bgtau anak, contohnya..."tengok meja ni, bentuk empat segi, cantikkan.?" ha, ayat pon kenela pandai sikit....macam bulat tadi, " tengok tu, ada bulan la, cantiknya bentuk dia, bentuk bulat". macam tu la jugak dengan bentuk yang lain. gunakan ayat dan contoh yang betul untuk bezakan anak tentang bentuk. sebab ini lebih praktikal. disamping tu beli la jugak flash card, atau pon lukis je sendri. sekarang pon macam2 toys untuk bentuk ni, yg murah ada, yg mahal ada, jadi ikut anda la.

x habis lagi pasal sains ni, ok sekarang nak ajar anak kenal binatang pulak. sekeliling kita pon binatang yang paling mudah kita jumpa kucing kan. jadi bgtau itu kucing, .contohnya bgtau "comelnya kucing tu, tengok ekor dia, panjangkan.kaki die ada 4". kan anak dah belajar sains. macam tu jugak kalau nampk burung, "cantiknya burung, ada kepak, boleh terbang tinggi. " automatik kita dah ajar sains, kita bgtau burung tu guna kepak untuk terbang. jadi bila kita belikan buku latihan, anak dah tau dah nak buat. kalau ikan pulak bgtau ikan hidup dalam air,ada ekor, insang dan yg berkaitan. sekali sekala boleh bawak anak pergi zoo, lg pengetahuan die akan berkembang.mudahkan nak ajar sains. warna pon sama. kalau anak pakai baju merah pujila, "cantikla baju adik, warna merah, ada gambar bola la kat baju adik, bola warna putih. bola bentuk bulat kan. nanti kita main bola. " dari sehelai baju kita boleh ajar anak warna, bentuk, dan benda. disamping tu boleh belikan puzzle gambar binatang. kita main sekali. kenalkan nama binatang. biarkan anak cari mana tempat sepatutnya. flash card pon ok.

macam mana nak ajar moral pulak. sebelum makan kita bgtau perlu basuh tangan dahulu supaya tangan bersih nak pegang makanan. kan dah moral tu. bila makan perlu duduk. terangkan kenapa perlu duduk kalau sedang makan berlari nanti tersedak. ni bagi anak yg dh mula faham. umur setahun dah boleh paham dah sikit2. kalau anak buat salah, biasakn dia supaya mintak maaf. kalau anak x mahu kita pujuk die, dan ingatkan jangan ulang lagi. kalau kita tebersin kita cakap alhamdulilah depan dia. nanti anak pon akan rasa nak buat perkara yg sama. bila menguap depan anak, bg die nampak kita tutup mulut. sebab anak2 akan ikut setiap perbuatan ibu ayah, jadi kena hati2 la dalam setiap perlakuan kita.

mudahkan nak ajar anak, x perlu nak tunggu anak masuk sekolah baru anak nak tau semua perkara sebab kita sendiri pon boleh ajar. xperlu ada ijazah, master ,diploma segala bagai nak ajar anak, cukup kita tau membaca dan mengira kita sendiri boleh ajar, cume ibu bapa perlu kreatif. 

ok, cukup setakat ni aku nak share dengan korang semua, harap boleh membantu serba sedikit.

buku latihan fonetik ekspres 1

salam ceria semua!

Nak cerita tentang buku fonetik ni. buku latihan sangat mudah dan senang untuk kanak2 umur 3 tahun lakukan. part yang paling bebudak suke, part yang tampal gambar. biasala budak kalau bab nk kotorkan tangan ni memang suke. kene tahan sabar jela.

 yg penting setiap latihan yg die lakukan kite bimbing die tunjuk cara yg betul, macam mana nk tampal dalam kawasan petak, cara nak tulis dengan betul, sebab ni penting untuk proses awal kanak2. sebelum nk mulakan latihan ni korag semua kene ajar anak tulis huruf dulu. bila anak dah boleh tulis baru senang die nak buat latihan dalam buku ni. umur 2 tahun dah boleh biasakan anak belajar tulis huruf.



Monday 26 May 2014

HOMESCHOOL: ajar anak membaca dengan buku BACALAH ANAKKU

salam semua.

kali ni aku nak share dengan semua pembaca mengenai alat bantuan bacaan untuk ajar anak membaca. mesti ada yg masih mencari2 buku apa yg paling sesuai dan mudah untuk ajar anak membaca kan? tambah pulak bg ibu yg nak ajar anak sendiri macam aku. mesti lagi menarik dan menyeronokkan. okey,straight to the point jelakan . hehehe.

okey,aku cadangkan korang boleh beli set buku bacalah anakku. buku ni sangat mudah, dan senang. dalam set ni disediakan 8 siri buku, flash card beserta cd. terdapat jugak panduan mcm mana nak guna buku ni.

  Tapi sebelum nak guna buku ni, sebaik2nya ajar anak kenal abc....z. Zaman sekrg ni dah canggih kan, tunjuk je tab, automatik anak belajar sendiri je.

    Biasanya kalau budak dah kenal abc, agak mudah die nak faham buku ni. Kalau budak yang jenis terang hati dalam masa seminggu boleh habis 1 siri buku. buku ni ajar budak terus kepada bunyi huruf. jadi lagi mudah anak nak paham. suku kata dan perkataan yang mudah, contohnya siku, mata, sudu, kaki. jadi lagi mudah untuk anak paham dan ingat setiap perkataan. ada sebab kenapa buku ni menekankan bunyi sebutan setiap huruf seperti "b" tak dibaca " bi" tapi dibunyikan" bbeh", "p" dibunyikan" ppeh". sebabnya, bunyi akan memberi kesan kepada teknik kanak2 untuk mengeja. dengan bunyi sebutan huruf yang betul, kanak2 akan mudah untuk mengenalpasti ejaan yang betul untuk setiap perkataan. korang akan faham jugak nanti bila anak korang dah boleh membaca dan bila dah sampai masa untuk diorang eja sendiri. AMAZING! tu je aku boleh cakap, bila korang ajar membunyikan huruf. harap korang faham la apa yang aku cuba sampaikan, kalau tak faham boleh email aku.

   harga buku untuk satu set ni rm36.90. buku ni ada jugak sediakan latihan sekali. ade set besar dalam kotak,dalam tu ada set buku 8 siri ni, cd abu ada ayam, flash card, badge,buku latihan dan buku panduan. tp x pasti harga berapa plak. tp xpe kalau nk beli buku je pon boleh. buku latihan beli asing pon boleh. buku katihan 1 rm 4.50, buku latihan 2 rm 5.90. buku latihan pon sangat mudah dan menarik. okey jom kita tgk bukunya.