Monday 14 July 2014

Ajar anak kenal duit

Salam ceria semua!

Hari ni nak share tentang duit atau wang. Semua orang kenal duit kan? Tapi bagi anak kecil seawal usia setahun, dua tahun, tiga tahun, adakah diorang ni kenal duit atau tidak? Haaaa.....jadi kalau anak x kenal ni la masanya kita nak ajar anak kenal dan tahu nilai setiap duit. Tapi biasanya kita memang akan automatik secara indirect ajar anak pasal duit. Contohnye, kalau kita bawak ke pasaraya, kalau anak mintak ape2, mesti kita akan cakap..."ibu x de duit la nak beli" atau " adik ada duit ke nak beli toys" , x pon kalau masa hari raya, "wah..,banyaknya adik dapat duit raya!". Ha...kan ke secara x lngsung kita dah dedahkan kat anak kita tentang duit, walaupon anak kita tu baby lagi.

Jadinya, kalau anak korang dah besar sikit dalam usia 2 tahun ke atas, korang boleh la ajar detail sikit nilai duit. Contohnya, duit berapa ringgit, tunjuk la setiap duit kertas. Bagi anak yang memang dah kenal nombor rasanya x ada masalah nak ajar. Tambah plak  kalau duit satu ringgit, lagi senang sebab dah tunjuk nombor satu. Macam tu jugak dengan syiling.

Apa yang perlu korang tunjuk atau ajar untuk setiap duit atau syiling:

- nilai sama ada rm 1/2/5/10/50/100
- warna setiap duit kertas
- gambar di hadapan dan di belakang duit atau syiling
- persamaan setiap duit, seperti ada gambar bunga raya, tulisan Bank Negara Malaysia, gambar gabenor, tulisan Ringgit     Malaysia
- perbezaan setiap duit, ada gambar burung enggang, gambar tepak sireh, congkak, wau
- bentuk setiap duit atau syiling
- saiz

Wokeh,  ni la sedikit sebanyak perkara yang aku nak share untuk ajar anak kecil tentang duit. Jadi, kepada ibu bapa yang free xde ape nak buat boleh la ajar anak. Selamat mengajar!

Cd pon boleh buat game? Acaner tu?

Salam ceria semua!

Rasenye udah lame bebeno x post entry baru? Awatnya?  Hehehhee...bz sikit dengan xtvt menjahit. Almaklumla tailor tersohor! Kwang kwang kwang...statement memperasankan diri sendiri.

Ok, ape aku nak tulis kali ni? Kome x nak ke teka? Ala, teka la...teka la....poyo je. Dah sah sah ade tajuk kan. Hehehhe...saje jer...

Pasal game cd. Game ni sebenarnye masa basirah tengah boring. Punye la die boring sampai cd pon die main. Bukan cd je, syiling pon die main jugak. Ish ish ish...nampak x tahap kebosanan ummu basirah tu. Kesian plak kat die. Aku pon pikir la ape xtvt dengan basirah. Pk punye pk, aku dapat idea. Ape kata aku gune cd dengan syiling 50sen tu untuk main dengan basirah.

Ok, caranya, aku pegang 1 cd, basirah pegang 1 cd, konsepnye macam main bola, macam main, hoki. Aku pon tolak la syiling tu guna cd pada basirah, then basirah tahan, die pulak tolak. Tapi masing2 ade border, maksudnye kalau aku nak dapat point, aku kene melepasi border basirah, dan basirah kene tahan syiling tu supaya x melepasi border die. Best tau. Die pon sangat la gembira main game tu. Walaupon dah setengah jam basirah main tapi die x de langsung menunjukkan gejala bosan. Lagi excited lagi ada la. Sampai aku plak x larat nak main. Heheheh...

Jadi kepada korang yang xde idea nak buat apa dengan anak korang, cube le game ni. Best woooo.... Selamat bermain!

Wednesday 9 July 2014

Puzzle untuk anak. Membantu atau tidak?

Salam ceria semua!

Tajuk entri aku kali ni berkaitan dengan puzzle. Pada entry sebelum ni aku ade selitkan serba sedikit tentang puzzle ni. (Ajar anak secara indirect) Siapa selalu bg anak main puzzle? X kira la dalam tab ke, pc ke, atau pon beli puzzle tu. Puzzle ni ada macam2 jenis. Ada yang jenis cantum gambar, ade yang jenis letakkan di bahagian ya g betul.

Sebenarnya, puzzle ni membantu perkembangan otak anak kita. Seawal usia 2 tahun lagi kita dah boleh latih anak kita bermain puzzle, awal dari tu pon boleh bergantung kepada kemampuan anak kita. Sebaiknya kita belikan dengan puzzle yang mudah seperti masukkan di bahagian yang betul seperti, gambar buah-buahan, binatang, nombor, huruf. Sebab puzzle jenis ni lebih mudah si kecil nak detect kedudukan yang betul sebab setiap bentuk berbeza. Sebenarnya secara x langsung kita dah latih memori anak untuk ingat di mana kedudukan yang sepatutnya disamping dapat kenal benda tersebut. Selain dari tu puzzle ni mudah buat anak2 tertarik tambah plak dengan bentuk yang berbagai, warna, saiz.

Apa yang perlu kita pastikan untuk kita biarkan anak kita bermain dengan puzzle ni

- biarkan anak mencuba dahulu

- jika anak x tahu ajar anak kedudukan yang betul

- ajar anak nama setiap benda yang ditunjukkan

- sesekali tanya anak, apakah benda itu, biar anak tunjuk sama ada betul atau tidak. Contohnya: "Bagi ummi nombor 1" jika anak beri nombor yang betul, minta anak letak di tempat yang betul. Sekiranya betul, berikan pujian. - sekiranya puzzle berbentuk

1)gambar binatang, luaskan penggunaan gambar tersebut seperti, bunyi setiap binatang, binatang dalam bahasa inggeris, binatang tinggal di mana, saiz binatang. Bayangkan dari puzzle kita boleh ajar sains sekali. Hanya dengan puzzle, kita boleh luaskan lagi perkembangan pemikiran anak kita, dan secara x langsung telah wujud komunikasi dua hala dan menggalakkan anak kita berinteraksi dengan kita

2) huruf - ajar bunyikan setiap huruf. Ajar juga untuk bezakan huruf vokal dan konsonan

3) nombor - ajar anak bahasa lain yang kita tau. Inggeris ke, cina ke, tamil ke, arab ke. Tunjukkan turutan yang betul

4) buah- buahan - ajar warna apa, rasa macam mana, hidup di mana

Jadi kepada para ibu bapa sekalian, kalau keluar shopping tu, belilah sekali puzzle untuk anak. Yang pasti anak anda akan pot pet je sepanjang main puzzle tu. Dan bersiap sedialah dengan soalan berantai dari anak anda. Jadi, selamat mendidik anak!

Sunday 6 July 2014

Tanya makan ape pulak!

Salam ceria semua!

Malam td si basirah tetibe tanya.

Basirah : ummi,  monkey makan ape?
Ahhh sudah, knpe tetibe tanye plak

Aku: monkey makan banana
Erkkk...macam dah agak je die nak cakap ape pas ni.

Basirah : oooo...macam basirah jugak makan banana.

Hahaha.... X tahan nak gelak. Aku dah agak dah die akan cakap gitu. Kebetulan die memang baru lepas makan banana. Aku pon cite kat hb, die pon gelak. Hadoiiii....penah sekali tu die tanya jugak soalan gini.

Basirah : ummi, bird makan ape?

Aku : bird makan worm.

Basirah : oooo...

Pastu die x tanya dah. X smpai 15 minit lepas tu....

Basirah : ummi jom kite pegi kedai nak?

Aku : nak beli ape?

Basirah : kite beli worm nak x?

Aku : beli worm nak buat ape?

Basirah : kite bagi bird makan.

Arghhhhhh...!!!  Pengsan kejap.

Saturday 5 July 2014

Arghhh sudah.......Die tanye lagi!

Salam ceria semua! Dah tdo ke? Aku x tido lg, nak tido tp susah bebeno mata nak mengantuk....huhuhu...hari2 gini...jadi aku pon melabon le dalam blog ni. Tetibe teringat conversation aku dgn si basirah budak "noti gel" tu. Memang dah selalu sangat berdepan dengan keadaan ni, selalu sangat dah ngadap soalan berantai basirah ni. Kalau x sabo memang boleh "terojon" bangunan. Kejadian ni masa petang tadi...hamboi, kejadian ye...x hagak2 aku punye ayat. Belasah jela.

Oleh kerana aku tengok die bosan bebeno aku pon bagi la die can makan aiskrim. Bila aku keluarkan aiskrim dari peti ais dan letak atas meja, basirah nampak. Maka bermula la soalan berantai die...

Basirah : "waaaa...aiskrimm....banyaknyeee" (dengan penuh xcited die cakap disamping muke penuh kekaguman bile nampak satu tupperware aiskrim.

              " sape beli?"

Aku :     " ayah beli"

Basirah : "beli kat mana?"

Aku : " kat kedai"

Basirah : "kedai mana?"

Aku : " kedai kadir"

Basirah : "oooooooo"

                " ayah mana?"  tetibe plak tanya ayah mane. Aku pon cecepat la letak aiskrim kat mangkuk dan bagi die. X larat nak menjawab soalan berantai die.

Aku : "basirah amik ni, makan kat bawah"

Basirah : " ummi bawak la. Nanti jatuh"

Aku : " nak makan kat mana?"

Basirah :"kat bawah" tetibe die ubah pikiran. " nak makan kat atas la nanti awfiyah ambik"

Huhuhuhuhu...kedekut punye kakak. Padahal adik die tengah syok tido dalam buai...huhuhu...basirah..basirah...ni baru sikit soalan berantai die, penah sekali, lagi banyak gile soalan berantai. Sampai aku x jadi nak marah, terus gelak. Tula, bile dah ada anak kecik, memang gini le keadaannye, layan kan jela walaupon kekadang rase hangin jugak satu badan...waaaaaaaaaaaa.........

Friday 4 July 2014

Nutrisi yang di perlukan si kecil

Salam ceria semua. Aku nak kongsi pulak nutrisi yang diperlukan untuk si kecil berusia 6 bulan. Info ni aku dapat dari sebuah blog. (Bidanku.com). Antara nutrisi yang diperlukan ialah:

Protein: Membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga bayi mampu mengawal fungsi tubuh oleh enzim.

Lemak : Sebagai energi untuk bayi. Lemak yang dihasilkan dari ikan sangat baik untuk perkembangan bayi.

Karbohidrat : Sumber energi pertama diperlukan bayi.

Vitamin dan Mineral : Vitamin boleh didapati pada sayuran seperti bayam, labu, brokoli, carot, kentang. Buah-buahan yang disarankan pada bayi berusia 6 bulan ialah betik, epal, pisang.

Ok, ni je info aku nak share dengan semua.

Menu untuk si kecil...jom cuba!


Salam ceria semua pembaca. Aku nak kongsi menu untuk si kecil yang dari baru nak mula makan hingga yang dah besar. Menu ni aku dapat dari pengalaman kekawan aku dan aku sendiri. Terima kasih pada kekawan yang sudi kongsi resepi pada aku, maka terhasillah penulisan kat blog aku ni. Di harap dengan adanye menu yang aku sediakan ni, sedikit sebanyak akan dapat membantu para ibu yang tengah excited nak sediakan makanan buat pertama untuk si comel mereka. Okey, jom kita mulakan!

1- Bubur nasi berlauk ikan bilis/ayam/daging
    Cara-cara:
   
    Ambil beras segenggam, campurkan sayur seperti brokoli/kobis bunga/ carrot/kentang.
  
    Masak sampai lembut.
   
    Kemudian nasi diblend bersama ikan bills yang di goreng

2- Bubur kurma dan kismis
    Bahan-bahan:
    Beras perang
    Kurma 2 bijik
    Kismis 6 ke 7 biji

    Cara2 rebus semua dan siap

3- Tauhu kukus
     Bahan-bahan:
     2 biji tauhu biasa
     1 paket tauhu jepun (tauhu telur)
     Sedikit carrot (cincang)
     2 biji telur
     6 ekor Ikan bilis (dipanggang tanpa minyak dan blend kering)
     Sedikit isi ayam/udang

     Cara-cara:
    
     Gaulkan kesemua bahan kecuali telur(masukkan satu biji dulu, lagi satu biji letak tepi dlu)

     Kemudian kukuskan dalam tempoh 1 5 minit ke 20 minit (atau tgu hingga masak)

     Blender. Siap.

4- Puree apple
    Bahan-bahan:
    1 biji Apple hijau
    1 biji apple merah
    Sedikit serbuk kayu manis

    Cara-cara:

    Potong apple buang kulit kemudian  kukus kedua2 apple tersebut
   
    Kukus dalam 5 ke 10minit... dah lembut blend dan cmpur sedikit serbuk kayu manis

5- Pasta baby (boleh cari kat cold storage bahagian makanan baby)
    Bahan-bahan:
    Carrot (agak2)
    Ikan salmon (agak2)
    Cream (dairy cream utk masak tu)/susu dia pun blh
    Tomato (agak2) 
    Cendawan (agak2)
    Unsalted butter/minyak zaitun
    Bawang holland ( agak2)
    Bawang putih ( satu biji kecik)

    Cara-cara:

    Rebuskan pasta dlm air mendidih lebey kurang 10 minit atau hingga masak.

    Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun untuk x nak bg dia melekit.

    Masukkan unsalted butter hingga cair

    Tumiskan bawang, tomato dan cendawan sampai naik bau dan menjadi keperangan.

    Masukkan pulak carrot tumis smpai lembut carrot tu pastu masukkan ikan salmon yg dah dibuang tulang tumiskan skali.

    Kemudian baru masukkan cream atau susu td n kacau lg smp agak2 pekat

    Barulah masukkan pasta yg dah direbus sehingga sebati... kemudian blend kan semua

6- Bubur salmon
    Bahan-bahan:
    Senggenggam beras biasa/beras perang
    Ikan salmon ( ikan ape2 pun blh)
    1 biji kentang
    Minyak zaitun

    Cara-cara:

    Basuh beras kemudian masukkan kentang yg dipotong dadu atau besar2 pun xpe sebab nanti nak blend jugak ndan biarkan seketika di atas api.

    Kemudian panggang kan sedikit ikan salmon tdi dgn titikkan sikit minyak zaitun

    Kemudian bila rebusan tadi agak mendidih masukkan isi salmon dan biarkan smp bubur masak habis.

    Blend kan dan siap

7- Nasi goreng butter ( untuk bayi yang dah ada gigi, yang boleh kunyah sendiri)
    Bahan-bahan
    1 ulas bawang kecik (dicincang)
    1 ulas bawang putih (dicincang)
    Carrot
    Kacang peas
    1/2 biji Tomato(dicincang)
    5 ekor Ikan bilis
    2 sudu besar butter

    Cara-cara:

    Masukkan butter smpai wangi , dah cair masukkan bawang putih n bawang merah sampai naik bau dan keperangan.

    Lepastu masukkan tomato yg dicincang halus sampai naik lumat... baru la masukkan sayur2 tadi

    Setelah semua nya masak masukkan nasi dan kacau sebati dan masukkan sedikit garam

8- Ikan salmon panggang ( untuk bayi yang dah ada gigi, yang boleh kunyah sendiri)

    Boleh panggangkan dalam kuali guna mentega sikit @ myk zaitun BG bayi mkn dengan nasi skali

9- Jus epal
    Bahan-bahan:
    Epal
    Air secukupnya

    Cara-cara:

    Didihkan epal di dalam periukmsehingga epal lembut.

    Bile dah lembut lenyekkan atau blender

10- Lobak kukus 
      Bahan-bahan:
      ½ cawan lobak merah
      Air secukupnya untuk mengukus

     Cara-cara:

     Masukkan lobak merah ke dalam pengukus

     Letakkan di atas air mendidih
    
     Kukus selama sehingga lembut
 
     Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.



Pemakanan bayi pada usia 6 bulan

Salam ceria semua pembaca!

Kali ni aku nak kongsi topik berkenaan pemakanan bayi pada usia 6 bulan. Seperti yang kita ketahui, bila anak berusia 6 bulan kita akan mula berikan makanan pejal. Persoalannya disini, kenapa perlu tunggu 6 bulan, dan kenapa bukan sebelum tu? Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum matang lagi untuk menghadamkan makanan. Tapi ada juga kita tengok ada ibu2 yang dah bagi baby diorang makan masa umur 2 bulan, alasannya, bayi tu asyik menangis sebab nak makan. Selain dari tu ada juga yang kata kononnya bayi tu akan tidur nyenyak kalau bagi makan terutama waktu malam dengan memasukkan nestum ke dalam susu bayi. Kalau nak lebih info tentang ni korang boleh ke link ni ( http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/memberi-bayi-makanan-pejal-terlalu-awal.html) ( http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/sebab-bayi-tidak-dibenarkan-makan.html)

Sebenarnya kalau kita terlalu awal memberi makanan pejal padi bayi, ini boleh membahayakan kesihatan bayi pada masa akan datang. Sekarang mungkin kita x nampak kesannya, tapi bila bayi meningkat dewasa mungkin kita akan nampak kesannya. Kalau kita beri terlalu awal, sistem penghadam bayi masih terlalu fresh, belum matang lagi. Tubuh bayi masih belum lagi boleh memproses lemak dan secara x langsung akan effect pada buah pinggang bayi.

Apakah pula nutrisi yang diperlukan si kecil yang berusia 6 bulan ni? Korang boleh baca link yang aku tulis ni (Nutrisi yang diperlukan si kecil)

Ok, sekarang kita bercakap pula tentang makanan pejal yang sepatutnya kita mula beri pada bayi kita. Sebenarnya bukanlah terlalu pejal makanan tu, tetapi cair.  Kementerian kesihatan juga menyarankan kita menyediakan bubur nasi yang di masak sendri. Biasanya bagi ibu2 yang memang selalu buat pemeriksaan kat klinik kesihatan kerajaan, memang akan dimaklumkan hal ni oleh nurse. Nurse akan guide ibu yang baru pertama kali berpengalaman nak bagi bayi mereka makan. Macam pengalaman aku pon, nurse memang sarankan bagi bubur nasi berbanding nestum, sebab nestum ni manis dan agak muak, jadi sebaiknya kita sediakan sendiri.

Makanan lain yang boleh diberi antaranya buah seperi pisang, epal yang dipurikan. Selain tu sayur seperti lobak merah, labu, bunga kobis, kentang, keledek.

Untuk menu si kecil, korang boleh baca entri yang aku tulis ni ( http://armilastyle.blogspot.com/2014/07/menu-untuk-si-keciljom-cuba.html?spref=fb) Harap menu yang aku tulis ni dapat membantu korang untuk si baby korang.

Untuk info lebih lanjut berkenaan kuantiti bahan yang disyorkan, korang boleh klik kat blog ni. Banyak info yang di tulis kat blog die. Sangat2 membantu.  (http://noraihanqusyairi.blogspot.com/2014/01/ibubapa-menu-makanan-bayi-6-8-bulan.html)

Ok, sekian saja info yang aku nak kongsi dengan korang semua. Harap dapat menambahkan informasi buat korang. Bye!

Thursday 3 July 2014

Bila basirah bercakap...erm..alahai...

Salam semua!

Ni cite petang semalam di kala aku tengah kusyuk tengok tv, di saat aku nak hilangkan boring. Tetibe je basirah datang kat aku tunjuk tangan die yang dibalut dengan tuala.

Basirah : ummi tenok ni ( sambil bersungguh sungguh tunjuk tangan die yang dibalut dengan tuala. memula aku malas nak layan tapi kesian plak, aku tengok sekali imbas jela, xde ape yang pelik, tapi basirah xcited plak suh tengok.

Ummi: ok ummi tengok. (pastu tengok tv balik)

Basirah: ummi tenok ni..kuek kuek..( sambil pegang tuala yang ada bahagian muncung sikit tunjuk kat aku.)
               ummi duck

Dari x nak tengok, aku tengok lagi sekali, dengan xcited die gerak2kan tuala tu jadi macam mulut itik. Pastu senyap.

ummi: x de bunyi duck pon

Basirah: ummi amik coin, letak cini. ( aku pon ikut jela arahan, konon2 letak coin dalam tuala tu)

Basirah: ok, kuek kuek..ha kan ada bunyi. Kene letak coin.

Ok...pahammmmmmm permainan die....dan x pasal 2 aku terjebak dalam permainan die. Bile bunyi itik abis, aku kene repeat letak coin lagi. Kalau aku x nak letak die pakse jugak...arghhhhhh...ape nak di kata....layankan jela...huhuhu..tapi best jugak! Tula, imaginasi bebudak, macam2. Hahahaha....ok, ni je aku nak cite pasal semalam.

Wednesday 2 July 2014

Cara menarik untuk anak kenal abc dan bentuk

Salam ceria semua pembaca

Hari ni apa xtvt anak korang? Membaca? Mewarna? Melukis? Apa saja xtvt yg korang buat janji fun.

Di sini aku nak share cara yang menarik untuk anak mudah kenal abc dan bentuk. Untuk xtvt yang agak "mencabar" korang beli huruf dan bentuk dari foam sheet atau pon kertas. Biasanya korang boleh beli kat kedai alatulis ataupon kat kedai Mr DIY ( kedai mr diy ) . Benda ni sebenarnya dapat membantu anak anda untuk cepat mengenal. Sebab anak korang akan pegang huruf atau bentuk tu sendiri. Mereka akan rasa macam mana setiap bentuk. Sebab selalu kita tunjuk dalam buku je, tapi yang ni huruf tu dah siap satu2.

Bila korang dah ada benda ni, sediakan kertas lukisan dan minta anak korang ambil huruf yang korang minta. Kita tengok diorang kenal ke x. Pastu, biar diorang susun. Xtvt ni sesuai masa anak umur 2 tahun. Gambar ni masa basirah umur 2 tahun. Die memang teruja sangat nak buat sebab boleh bukak double sided tu pastu tampal. Selain dari kenal huruf, anak korang akan buat banyak pergerakan. Diorang akan belajar cara nak bukak double sided tu, cara nak, tampal cara nak pegang. Semua tu menggalakan lagi perkembangan otak anak korang. X adala pasif je.

Jadi, sebagai ibu, aku syorkan korang buat la xtvt macam ni. Memang anak akan teruja. Jadi selamat mencuba!

Tuesday 1 July 2014

Jom gunting kertas!

Salam ceria semua pembaca.

Rasanya dah berapa hari x update kat label didik anak kita ni. Agak bz sikit sebab baru balik dari kampung, jadi xtvt anak dengan atok dan nenek die jela. Ok, entri kali ni nak share dengan korang untuk ajar anak cara menggunting. Tapi sebelum tu, xtvt ni perlukan korang ada sekali dari mula sampai la berakhirnya xtvt ni. Sebab gunting kan tajam, jadi kita kene pantau anak kita.

Untuk menggunting kertas bagi usia 3 tahun, sebaiknya pilih gunting yang bersesuaian. Jangan korang beli gunting yang besar pulak. Sebelum tu plan dulu nak ajar anak gunting apa. Sebaiknya, kita mulakan dengan menggunting bentuk, macam segi empat, bulat, segi tiga. Bila dah lukis bentuk tu, potong jadi bahagian kecil supaya anak korang senang nak pegang dan gunting. Masa ni memang masa korang akan diuji, sebab anak korang akan rasa macam susah je nak gunting, tambah kalau gunting tu melekat kat kertas. Tapi x apa, kalau anak x mampu buat, korang bagi galakan kat die. Korang tunjuk cara yang betul. Buat la muka teruja sikit kononnya macam best sangat gunting tu. Nanti anak korang xde la give up.

Setelah selesai lakukan xtvt menggunting, pastikan gunting tu simpan di tempat yang selamat. Kang die demo kat tempat lain pulak.

Ok, aku rasa cukup setakat ni je aku nak share, jadi selamat mencuba!