Tuesday 1 July 2014

Jom gunting kertas!

Salam ceria semua pembaca.

Rasanya dah berapa hari x update kat label didik anak kita ni. Agak bz sikit sebab baru balik dari kampung, jadi xtvt anak dengan atok dan nenek die jela. Ok, entri kali ni nak share dengan korang untuk ajar anak cara menggunting. Tapi sebelum tu, xtvt ni perlukan korang ada sekali dari mula sampai la berakhirnya xtvt ni. Sebab gunting kan tajam, jadi kita kene pantau anak kita.

Untuk menggunting kertas bagi usia 3 tahun, sebaiknya pilih gunting yang bersesuaian. Jangan korang beli gunting yang besar pulak. Sebelum tu plan dulu nak ajar anak gunting apa. Sebaiknya, kita mulakan dengan menggunting bentuk, macam segi empat, bulat, segi tiga. Bila dah lukis bentuk tu, potong jadi bahagian kecil supaya anak korang senang nak pegang dan gunting. Masa ni memang masa korang akan diuji, sebab anak korang akan rasa macam susah je nak gunting, tambah kalau gunting tu melekat kat kertas. Tapi x apa, kalau anak x mampu buat, korang bagi galakan kat die. Korang tunjuk cara yang betul. Buat la muka teruja sikit kononnya macam best sangat gunting tu. Nanti anak korang xde la give up.

Setelah selesai lakukan xtvt menggunting, pastikan gunting tu simpan di tempat yang selamat. Kang die demo kat tempat lain pulak.

Ok, aku rasa cukup setakat ni je aku nak share, jadi selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment