Wednesday 9 July 2014

Puzzle untuk anak. Membantu atau tidak?

Salam ceria semua!

Tajuk entri aku kali ni berkaitan dengan puzzle. Pada entry sebelum ni aku ade selitkan serba sedikit tentang puzzle ni. (Ajar anak secara indirect) Siapa selalu bg anak main puzzle? X kira la dalam tab ke, pc ke, atau pon beli puzzle tu. Puzzle ni ada macam2 jenis. Ada yang jenis cantum gambar, ade yang jenis letakkan di bahagian ya g betul.

Sebenarnya, puzzle ni membantu perkembangan otak anak kita. Seawal usia 2 tahun lagi kita dah boleh latih anak kita bermain puzzle, awal dari tu pon boleh bergantung kepada kemampuan anak kita. Sebaiknya kita belikan dengan puzzle yang mudah seperti masukkan di bahagian yang betul seperti, gambar buah-buahan, binatang, nombor, huruf. Sebab puzzle jenis ni lebih mudah si kecil nak detect kedudukan yang betul sebab setiap bentuk berbeza. Sebenarnya secara x langsung kita dah latih memori anak untuk ingat di mana kedudukan yang sepatutnya disamping dapat kenal benda tersebut. Selain dari tu puzzle ni mudah buat anak2 tertarik tambah plak dengan bentuk yang berbagai, warna, saiz.

Apa yang perlu kita pastikan untuk kita biarkan anak kita bermain dengan puzzle ni

- biarkan anak mencuba dahulu

- jika anak x tahu ajar anak kedudukan yang betul

- ajar anak nama setiap benda yang ditunjukkan

- sesekali tanya anak, apakah benda itu, biar anak tunjuk sama ada betul atau tidak. Contohnya: "Bagi ummi nombor 1" jika anak beri nombor yang betul, minta anak letak di tempat yang betul. Sekiranya betul, berikan pujian. - sekiranya puzzle berbentuk

1)gambar binatang, luaskan penggunaan gambar tersebut seperti, bunyi setiap binatang, binatang dalam bahasa inggeris, binatang tinggal di mana, saiz binatang. Bayangkan dari puzzle kita boleh ajar sains sekali. Hanya dengan puzzle, kita boleh luaskan lagi perkembangan pemikiran anak kita, dan secara x langsung telah wujud komunikasi dua hala dan menggalakkan anak kita berinteraksi dengan kita

2) huruf - ajar bunyikan setiap huruf. Ajar juga untuk bezakan huruf vokal dan konsonan

3) nombor - ajar anak bahasa lain yang kita tau. Inggeris ke, cina ke, tamil ke, arab ke. Tunjukkan turutan yang betul

4) buah- buahan - ajar warna apa, rasa macam mana, hidup di mana

Jadi kepada para ibu bapa sekalian, kalau keluar shopping tu, belilah sekali puzzle untuk anak. Yang pasti anak anda akan pot pet je sepanjang main puzzle tu. Dan bersiap sedialah dengan soalan berantai dari anak anda. Jadi, selamat mendidik anak!

No comments:

Post a Comment