Monday 12 January 2015

Aktiviti bermain ejaan

      Salam ceria semua! Aktiviti yang berikutnya aku nak ajak korang bermain ejaan dengan anak korang. Aktiviti ni mudah, tak perlu nak heavy sangat. Kita buat secara santai je. Biarkan anak korang fun. Mungkin ada yang tak tau cara nak mulakan permainan ejaan ni, jadi aku kongsikan setakat termampu. Antara entry yang berkaitan dengn game ni, korang boleh klik link tajuk buku bacalah anakku. Link ni aku share tentang cara nak ajar anak membaca guna buku "BACALAH ANAKKU" http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/ajar-anak-membaca-dengan-buku-bacalah.html.

     Game ni sesuai untuk anak yang dah mula belajar membaca. Tujuannye untuk pengukuhan pemahaman anak korang sama ada dia betul2 kenal setiap perkataan atau pun tidak. Selain dari tu melatih anak menulis ejaan dengan betul disamping mengajar anak menerima arahan secara lisan dan diaplikasikan ke dalam bentuk penulisan lalu menghasilkan pemahaman untuk anak. Game ni sangat sesuai bagi korang yang dah mula nak latih anak mengeja sendiri.

     Penyediaan permainan:

1) tuliskan setiap huruf dan buat dalam bentuk flash kad. Nak beli huruf flash kad pon boleh. Nak jimat tulis sendiri kemudian potong.

2) sediakn sebuah buku bacaan yang mengandungi perkataan mudah. Seperti yang dalam gambar ni saya guna buku "Bacalah Sayang". Perkataannya mudah. Seperti minum, madu, muka.

3) hanya pilih tiga hingga lima perkataan sahaja, untuk mengelakkan anak bosan kalau terlalu banyak perkataan.

4) sediakan buku kosong untuk anak tulis semula huruf yang telah dieja dengn flash kad tadi.

     Lets start the game:

1) minta anak baca perkataan di dalam buku. Contohnya, MADU.

2) minta anak eja semula dengan menggunakan flash kad huruf tadi. Lihat dahulu. Jika salah betulkan

3) bila siap mengeja, beri pujian yang memberangsangkan. Penuh semangat. Teruskan memberikana kata2 semangat seperti " seronoknya game ejaan ni kakak! Tengok kakak pon dah pandai main ejaan."

4) minta anak tulis semula di buku kosong. Setelah siap puji lagi.

5) ulang permainan sehingga perkataan habis.

6) setelah selesai kesemua perkataan, rehat dalam 5 minit. Tanpa merujuk buku, minta anak ulang semula ejaan dengan flash kad tadi untuk menguji tahap pencapaian anak.

Simple kan? Selamat bermain game ejaan dengan anak! Bye korang!

No comments:

Post a Comment