Tuesday 6 January 2015

Aktiviti hari minggu - Book Store

        Salam ceria semua! Siapa dah baca entry terbaru aku? Haaa!! Tak baca lagi ye? Tak pe, nanti boleh baca. Boleh klik link ni untuk entry yang aku update sebelum ni.

- Buku aktiviti melukis - ajar cara melukis http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/buku-aktiviti-melukis-ajar-cara-melukis.html

- Buku aktiviti bentuk - potong, gam dan tampal http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/salam-ceria-semua.html

- Buku aktiviti sambungkan nombor- dot dot http://armilastyle.blogspot.com/2015/01/buku-aktiviti-sambungkan-nombor-dot-dot.html

      Apa aktiviti korang biasanya hari minggu? Shopping? Jalan2? Atau duduk rumah je layan anak? Pada yang ada anak biasanya akan bawak anak keluarkan?. Almaklumla, hari minggu ni la masa untuk bersama keluarga kan? Kali ni nak share aktiviti aku pulak. Dan aktiviti ni memang aku cadangkan la kat korang sangat2. Bukan saje best tapi menggalakkan anak korang suka baca buku. Haaa!! Aktiviti ape tu? Aktiviti pergi ke book store. Sekarang ni kan memang banyak book store, jadi korang pilih je nak pegi yang mana satu.

      Sebelum ni aku ada tulis entry tentang Pupuk minat anak pada buku. Kat entry tu aku ada tulis tips macam mana nak bagi anak korang excited nak beli buku. Nanti korang baca la. Boleh klik link ni untuk entry tips didik anak suka membaca.

- Pupuk minat anak pada buku http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/pupuk-minat-anak-pada-buku.html 

      Bila dah bawak anak ke book store biarkan anak korang bebas. Bebas berjalan, bebas melihat, bebas memegang buku buku yang ada, bukan buku je, tapi alat tulis jugak. Biar anak masuk dalam dunia ilmu buat sementara waktu. Masa ni la yang terbaik untuk anak di didik dengan buku. Korang pon buat la muka excited dan ayat power masa dalam book store tu.

      Minta anak korang sendiri yng pilih nak buku apa. Kalau buku yang korang cadangkan die tak nak, jangan beli. Biar die sendiri yang nak. Biasanya anak korang mesti selalu tengok kartun, macam upin ipin. Biasanya upin ipin ada episod baca buku. Masa ni la korang nak tackle hati anak korang. Contohnya, ada satu episod tu upin ipin buat aktiviti teka silang kata. Jadi korang cari buku aktiviti silang kata. Lepas tu ckp kat anak, " Eh, macam upin ipin buat la silang kata ni. Kakak nak buat tak macam upin ipin? " 90% jawapan anak korang adalah " nak". Tak percaya, cuba la. Tak kisah la kartun ape, tapi kalau ada part yang berkaitan buku, korang kaitkan. Biasanya budak memang akan cepat terpengaruh dengan karektor karton. Tapi karektor yang baik je la okey.

      Korang amik la berapa lama masa dalam book store tu. Tak rugi pon kan. Sebaiknya sebulan sekali atau lebih bawak anak ke book store. Biar mereka rase best. Jadi tak pyah la korang nak pening kepala bila anak mintak toys kan. Hehehe...

Wokeh, sekian saje aktiviti yang aku nak share dengan korang. Bye!

No comments:

Post a Comment