Tuesday 23 December 2014

Cara mudah kenali bentuk


Salam ceria semua pembaca! Pada entry yang sebelum ni saya ada tulis tentang ajar anak bentuk secara tak langsung. Kali ni kita terus dengan pengajaran mengenali bentuk secara langsung dan mudah. ( eh ehhh..saya la pula ye..xpe..kali ni rase mcm nak tulis formal pulak.) Seperti yang kita ketahui, keliling kita penuh dengan bentuk dan corak. Sekaligus semua ini dapat membantu proses pembelajaran anak.

Sekiranya kita dah bersedia untuk ajar anak secara direct, sediakan peralatan yang bersesuaian. Pilihan yang anda ada sama ada anda lukis dan gunting setiap bentuk sama ada bulat, segitiga, segi empat dan lain-lain, atau anda boleh beli bentuk2 yang banyak di jual di kedai. Atau pun satu lagi cara dengan menggunakan tab. Hanya download sahaja aplikasi yang berkaitan bentuk dan terus ajar anak. Dan untuk aktiviti pengukuhan belilah buku aktiviti yang berkaitan dengan bentuk seperti dalam gambar yang saya tunjukkan disini.

Untuk memulakan proses pengenalan bentuk, sebaiknya perlu ada bahan yang berbentuk, kenalkan satu persatu setiap bentuk. Bezakan setiap bentuk, contohnya segitiga ada 3 sisi. Ajak anak kira setiap sisi untuk die bezakan dengan bentuk yang lain. Setelah kita kenalkan setiap bentuk, mulakan pertanyaan sama ada die faham atau tidak nama setiap bentuk. Berikan pujian. Pastikan kita memberi contoh benda yang sama dengan bentuk yang kita tunjuk. Contohnya, bulat seperti bulan. Segi empat sama seperti meja makan. Gunakan apa sahaja benda yang berada di dalam rumah untuk kita kukuhkan lagi daya pemahaman anak. Seeloknya kita mulakan proses suai kenal bentuk ni semasa umur setahun. Tapi lebih dari itu pon tidak menjadi masalah. Sebab tujuan kita mengajar untuk memberikan pengetahuan kepada anak.

Bila anak dah mahir, belikan buku aktiviti yang berkaitan bentuk seperti yang saya tunjukkan disini. Biarkan anak lakukan sendiri. Bantu sekiranya diperlukan. Saya rasa cukup setakat ini perkongsian saya.

No comments:

Post a Comment