Saturday 27 December 2014

Aktiviti membezakan kehidupan haiwan (foam sheet)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ceria semua!

Hari ni aku nak kongsikan aktiviti membezakan kehidupan haiwan. Straight to the point jela kan.

Bahan-bahan aktiviti:

- foam sheet bentuk haiwan, pokok, awan, kolam, matahari. ( boleh beli di kedai Mr.DIY atau kedai alatulis. Jika tiada bentuk awan, atau matahari, boleh beli sendiri foam sheet saiz a4, lepas tu lukis sendiri kemudian tampal bahagian belakang dengan double sided)
- kertas lukisan

Memulakan aktiviti:

- tanya anak setiap haiwan yang ditunjuk. Kemudian minta anak bezakan sama ada haiwan tersebut tinggal di darat, air atau boleh hidup di air atau di darat.
- minta anak susun gmbar benda hidup yang asas seperti kedudukan matahari di atas, awan di atas, kedudukan kolam. Biarkan anak yang tentukan. Sekiranya salah, betulkan.
- bila kedudukan sudah betul, barulah bukak double sided dan tampal.

Mudahkan? Aktiviti seperti ini kanak2 biasanya akan suka untuk buat. Aktiviti seperti ini dapat memahirkan pengetahuan kanak2 tentang kehidupan tempat tinggal haiwan. Di samping membiasakan kanak2 u tuk menyusun atur kedudukan dengan teratur dan kemas.

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment