Wednesday 31 December 2014

Buat kek bersama si kecil- Aktiviti waktu petang

Salam ceria semua! Ape aktiviti korang dengan si kecil hari ni? Best x? Enjoy x? Ke stres? Hahahaaah....biasa la tu kalau ada budak kecik. Feeling bertukar2 kan. Orait, kali ni nak share aktiviti waktu petang dengan si kecil 3 tahun ni. Aktiviti ni sangat2 di cadangkan untuk korang yang nak kelainan. Disebabkan anak suka makan kek jadi selalu jugak la ajak anak buat kek bersama. Sampaikan kalau aku dah siap tanpa ajak die buat sekali kompem die berungut sebab x ajak die sekali. Tapi hari ni aku pon ajak la die buat kek sekali.

Sebenarnya gambar step buat kek dengan anak tadi dah lengkap tapi disebabkan salah paham aku dah tedelete,makanya gambar  ni jela tinggal.

Wokeh, sedikit panduan untuk korang kalau nak lakukan aktiviti buat kek ni:

1) pastikan anak basuh tangan terlebih dahulu untuk melatih anak tentang kebersihan

2) bila barang semua dah siap minta anak yang lakukan tapi perlu di awasi. Senang cerita sepanjang aktiviti ni korang kene ada sekali. Tak boleh ke mana mana. Bahaya wooo...

3) ajar anak cara pegang peralatan dengan betul. Sesekali puji.

4) hati2 bila minta anak masukkan kek dalam oven. Lagi baik korang yang masukkan sendiri.

5) bila dah siap berikan pujian.

Percayalah, anak korang kompem teruja buat kek. Tambah pulak kalau ayahnya dah balik, lagila anak akan excited nak suruh ayahnya makan hasil tangan die. Tak percaye? Cubalah sendiri, korang akan nampak hasilnya.

Wokeh, ni jela perkogsian aktiviti aku. Harap dapat bagi idea kat korang.

1 comment: