Wednesday 18 June 2014

Jom tampal lagi!

Salam ceria semua pembaca blog!

Pepetang hari ni memang mengantuk. Tapi basirah ni x ngantuk langsung, tapi die nampak macam bosan je. Jadi aku cuba jugak cari xtvt untuk die. Sebelum tu aku tanya dulu, basirah nak main kaler x, bila dia angguk kata nak, aku pon sediakan la apa yang perlu. Macam biasa dia dah tau nak kene duduk kat mana. Xtvt ni dah lama fikir nak buat, tapi masih lagi mencari idea untuk bagi lagi menarik.

Bila semua barang yang nak digunakan dah ada, maka bermula la our journey. Kali ni aku gunakan tisu muka yang petak kecik tu. Korang boleh tengok macam mana rupe bentuknye pada gambar yang aku sertakan ni. Xtvt ni mungkin agak sama macam sebelum ni cume, ada kelainan sikit.

Bahan-bahan:

Gam
Water kaler
Berus
Kertas lukisan
Tisu muka
Bebola berbulu bewarna

Cara-cara:

Kita mulakan untuk buat awan. Letak kan sedikit gam kat lukisan, kemudian tampal tisu muka. Boleh carik sama ada nak besar atau kecik. Tampal sini sikit, sana sikit, tapi pastikan bahagian atas, sebab kita nak buat awan.

Bila dah siap tampal, warnakan awan tadi dengan warna putih. Kemudian tampal lagi satu di hujung sudut untuk buat matahari. Kemudian kita warnakan matahari. Ajar anak cara yang betul.

Kemudian di bahagian bawah pula kita akan buat dahan pokok. Ajar anak korang macam mana nak lakar dahan. Kita tunjuk dulu cara nak lukis dahan. Kemudian minta anak lukis dahan yang sama. Bila bahan dah siap lukis, warnakan dengan water kaler.

Kemudian, ambil bebola berbulu tadi,gam kan, kemudian tampal di setiap hujung dahan. Biarkan anak kita yang pilih nak warna apa. X kisah la die nak letak selang seli ke, asalkan anak kita sendiri yang pilih. Semua ni penting untuk kretiviti anak kita. Secara x langsung  anak kita bebas membuat keputusan sendiri tanpa menunggu arahan dari kita.
Sambil anak pilih warna yang die suke, jangan lupa tanyakan warna yang dia pilih, untuk pastikan anak korang kenal warna tersebut atau tidak.

Sekarang dah siap. Bila dah siap jemur sekejap bagi gam kering. Ok, sekian sahaja xtvt untuk hari. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment