Friday 13 June 2014

Jom main pasir!

Salam ceria kepada yang singgah baca blog armilastyle.  Harap semua sihat hendaknya. Apa aktiviti korang waktu petang dengan anak2? Bawak jalan2 ke, tengok tv ke, atau main sekali dengan anak?  Apa pon xtvt korang janji kita semua hepy.

Aku just nak share xtvt aku dengan basirah dan awfiyah waktu petang. Disebabkan basirah macam bosan je, pastu pulak asyik usha pasir kat luar je, jadi aku pon bagi la die dengan adiknya main pasir. Mana aku dapat pasir ni? Hehehe....hari tu masa pegi tanjung balau johor, aku amik bawak balik pasir tu. Dah lama nak amik pasir ni tapi asyik x berkesempatan je. Jadi hari tu sebab dah sampai kat laut aku pon amik la bawak balik.

Tujuan aku bagi anak2 main pasir ni selain bagi diorang hepy, aku nak otak diorang berkembang dengan buat xtvt luar rumah. X adalah asyik terperap je main masak2 dalam rumah selain tengok kartun. Paling tidak, semua anggota badan diorang akan bergerak. Dan diorang boleh bebas nak bina apa saja dengan pasir. Sebaik2nya beli la mainan yang boleh anak main dengan pasir ni. Kat pasaraya kan banyak set mainan yang memang khas untuk main pasir. Harga pon x dela mahal rm 7.90, ade pnyodok, penyiram air, baldi kecik. X rugi belikan untuk anak korang.

Tapi sebelum nak bg anak main pasir tu, lapik la atas tikar. Nanti x adalah pasir tu berterabur atas lantai, sebab nanti pasir tu nak simpan balik kan. Bab badan kotor kene pasir tu x yah risau sangat la. Nanti boleh mandi. Tapi seeloknya jangan la bg main hari2, nanti anak korang boring plak. Seminggu tu bg la main 3 kali ke kan. Masa anak main pasir tu korang kene la join sekali, jangan biarkan anak main sorang. So secara x langsung dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Kalau suami ada sekali, ajak join sekali. Jadi, komunikasi antara keluarga tu ada. X adalah anak tu bosan nanti. Dan anak tu akan rasa diri mereka di hargai dan lebih dekat dengan kita.

Rasanya dah panjang lebar aku tulis. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, selamat melakukan xtvt bersama anak. Enjoy the picture!

No comments:

Post a Comment