Tuesday 27 May 2014

ajar anak secara indirect

bimillahhirrohmanirahim.. salam buat semua pembaca blog armila style.

aku nak kongsi serba sedikit cara aku ajar anak2 aku cara mudah baca doa,abc,nombor,sains,moral dan lain2. kenapa aku cakap cara mudah sebab apa yang kita lakukan bersama anak kita itulah pelajaran untuk mereka  secara tak langsung sebenarnya. aku dah biasakan indirect ni sejak anak lahir lagi sehinggalah sekarang.

apa yg korang paham dengan maksud indirect atau secara x langsung? kenapa pulak aku katakan cara ni lebih mudah? sebabnya kita lakukan sesuatu perbuatan atau percakapan setiap hari. contohnya kalau kita nak ajar anak baca doa tidur, mungkin agak susah nak ajar die mengadap baca satu2 sampai paham kn. jadi, sejak dari anak lahir lagilah bila nak tidurkan anak, kita bacakan depan dia. jadi secara automatik anak akan terbiasa dan tahu sendiri. begitu juga dengan doa masuk tandas.

walaupon anak kita tu baru je lahir, tapi kalau kita mandikan die dalam tandas, bacalah doa tu kuat sikit bagi anak boleh dengar. lama kelamaan anak tahu itu doa masuk tandas. doa keluar tandas pon sama, bacakan kuat. bila naik kenderaan pulak, biasakn baca doa bersama suami, secara tak lagsung anak akan faham dan ingat. macam tu jugak la doa2 lain, doa makan, doa keluar rumah, dan doa2 lain, korang cuma kuatkan je bacaan tu bg anak dengar. kalau doa lepas azan plak, bila azan dah habis bgtau anak perlu baca doa lepas azan, kemudian ajak anak tadah tangan sama2 baca, walaupon anak tu masih kecil. kalau surah2 pon begitu jugak. biasakn baca surah ni sebelum nak tidur. lama2 anak dah terbiasa. jangan lupa ajar anak cara mengucap beserta maksud. walaupon anak masih kecil, baca sekali dengan anak, sama juga dengan selawat. biasakan sebut Allah.

  kalau nak ajar abc pulak, time nak pakaikan baju tu nyanyilah lagu abc. x kisahla ape versi sekalipon. bila sedang bg makan pon boleh nyanyikan abc, bg die rasa lebih fun. nombor pon macam tu jugak. korang reka la ape2 lagu janji ade sebut turutan nombor. biasakan nyanyi dalam dua bahasa, kalau lgi banyak bahasa lagi bagus. nanti bila anak dah pndi cakap, korang tengokla hsilnya sendri.

macam mana pulak nak ajar anak rukun iman, rukun islam, solat. zaman sekarang ni dah ada gadget, jd download je lagu2 nasyid kartun. bg anak dengar, tapi kita pon kene nyanyi sekali. bila dah selalu dengar  akn paham. dan kita terangkan secara  ringkas. kalau nk terang panjag lebar kang takut die x paham pulak.

sains pulak macam mana nak ajar? sebenarnya perkara sekeliling kita pon dah memang sains kan. contohnya,kalau kita nak ajar anak kenal bentuk atau shape .sekeliling kita akan jumpa macam2 bentuk, seperti bulan bentuknya bulat, maka kita bagitau anak bulan bentuk bulat. meja pon kadang ada bentuk segi empat, segi empat sama, bgtau anak, contohnya..."tengok meja ni, bentuk empat segi, cantikkan.?" ha, ayat pon kenela pandai sikit....macam bulat tadi, " tengok tu, ada bulan la, cantiknya bentuk dia, bentuk bulat". macam tu la jugak dengan bentuk yang lain. gunakan ayat dan contoh yang betul untuk bezakan anak tentang bentuk. sebab ini lebih praktikal. disamping tu beli la jugak flash card, atau pon lukis je sendri. sekarang pon macam2 toys untuk bentuk ni, yg murah ada, yg mahal ada, jadi ikut anda la.

x habis lagi pasal sains ni, ok sekarang nak ajar anak kenal binatang pulak. sekeliling kita pon binatang yang paling mudah kita jumpa kucing kan. jadi bgtau itu kucing, .contohnya bgtau "comelnya kucing tu, tengok ekor dia, panjangkan.kaki die ada 4". kan anak dah belajar sains. macam tu jugak kalau nampk burung, "cantiknya burung, ada kepak, boleh terbang tinggi. " automatik kita dah ajar sains, kita bgtau burung tu guna kepak untuk terbang. jadi bila kita belikan buku latihan, anak dah tau dah nak buat. kalau ikan pulak bgtau ikan hidup dalam air,ada ekor, insang dan yg berkaitan. sekali sekala boleh bawak anak pergi zoo, lg pengetahuan die akan berkembang.mudahkan nak ajar sains. warna pon sama. kalau anak pakai baju merah pujila, "cantikla baju adik, warna merah, ada gambar bola la kat baju adik, bola warna putih. bola bentuk bulat kan. nanti kita main bola. " dari sehelai baju kita boleh ajar anak warna, bentuk, dan benda. disamping tu boleh belikan puzzle gambar binatang. kita main sekali. kenalkan nama binatang. biarkan anak cari mana tempat sepatutnya. flash card pon ok.

macam mana nak ajar moral pulak. sebelum makan kita bgtau perlu basuh tangan dahulu supaya tangan bersih nak pegang makanan. kan dah moral tu. bila makan perlu duduk. terangkan kenapa perlu duduk kalau sedang makan berlari nanti tersedak. ni bagi anak yg dh mula faham. umur setahun dah boleh paham dah sikit2. kalau anak buat salah, biasakn dia supaya mintak maaf. kalau anak x mahu kita pujuk die, dan ingatkan jangan ulang lagi. kalau kita tebersin kita cakap alhamdulilah depan dia. nanti anak pon akan rasa nak buat perkara yg sama. bila menguap depan anak, bg die nampak kita tutup mulut. sebab anak2 akan ikut setiap perbuatan ibu ayah, jadi kena hati2 la dalam setiap perlakuan kita.

mudahkan nak ajar anak, x perlu nak tunggu anak masuk sekolah baru anak nak tau semua perkara sebab kita sendiri pon boleh ajar. xperlu ada ijazah, master ,diploma segala bagai nak ajar anak, cukup kita tau membaca dan mengira kita sendiri boleh ajar, cume ibu bapa perlu kreatif. 

ok, cukup setakat ni aku nak share dengan korang semua, harap boleh membantu serba sedikit.

3 comments:

  1. Didik anak memang kena dari awal lagi kan? Semoga anak Armila membesar jadi seorang anak yang berjasa kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. memang apa yang dikatakan itu mama setuju.. ajar anak lebih-lebih lagi kita yang ajar mereka..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi singgah sini. Terima kasih jugak komen anda semua. Terharu ade feedback macam ni

    ReplyDelete