Thursday 26 February 2015

Buku aktiviti MAZE BUZZ- sesuai untuk pengenalan huruf

Salam ceria semua!

Baru- baru ni aku berkesempatan lagi ke kedai buku Harris kat dalam Pasaraya Aeon. Okey, aku nak cadangkan buku aktiviti MAZE BUZZ SMALL LETTER. Bagi yang biasa beli mesti dah tahu buku aktiviti ni macam mana. Pada entry sebelum ni pon aku ade tulis tentang buku IQ, jadi buku yang ni pon sama je, cuma yang bezanya, maze yang ni lebih kepada trace huruf dari A hingga Z. Memang sesuai sangat2 la bagi korang yang nak mula ajar anak kenal huruf atau membaca.

    Setiap maze yang diberikan sangat menarik dan tersangat mudah memang sesuai sesangat untuk kanak2 yang berusia 3 tahun. Setiap arahan di tulis dalam bahasa inggeris.

    Buku ni keluaran EPH yang berharga RM 4.90 sahaja. Terdapat 46 muka surat dan di muka surat terakhir disediakan jawapan. Selain dari buku MAZE BUZZ SMALL LETTER ni, terdapat juga buku aktiviti maze yang lain seperti kategori MAZE BUZZ SUKU KATA, MAZE BUZZ NUMBER, MAZE BUZZ WORDS, MAZE BUZZ CAPITAL LETTER, DAN MAZE BUZZ DALAM BAHASA CINA.

     Harap bermanfaat untuk korang. Bye!

No comments:

Post a Comment