Wednesday 18 February 2015

Tips : Panduan ajar anak buat aktiviti cari kata

Salam ceria semua!

Pada entry sebelum ni, aku ada kongsikan buku aktiviti cari kata dan silang kata. Korang boleh baca sini untuk entry tu.

Buku cari kata dan silang kata http://armilastyle.blogspot.com/2015/02/buku-cari-kata-dan-silang-kata.html

Kali ni aku nak kongsi sedikit tips atau panduan korang nak ajar si manje expecially yang baru 3 tahun dan baru boleh membaca sikit2. Jom kita mulakan.

Panduan ajar buku cari kata:

1) Ajar anak konsep menegak dan melintang. Jika buku cari kata jenis cari huruf secara ke depan atau ke bawah, terangkn dahulu supaya anak dapat membezakan.

2) Contoh, perkataan POSMEN

     - cari huruf pertama iaitu "P"

3) Jika dah jumpa huruf "P", BULATKAN

4) Lihat huruf kedua, iaitu "O". Sama ada di sebelah atau ke bawah.
     - Sekiranya ada bulatkan huruf kedua.
     - Sekiranya tiada pangkah huruf awal "P" tadi bagi menandakan "P" tersebut bukan perkataan yang dicari

5) Kemudian cari huruf "P" yang lain dan ulangi langkah yang sama sehingga kesemua huruf "POSMEN" cukup.

6) Jika susunan perkataan betul dan telah di bulatkan, barulah garis perkataan tersebut dengan marker atau magic colour.

Sekian.

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Bye korang!

No comments:

Post a Comment