Friday 6 March 2015

Homeschool: Aktiviti tampal stiker bergambar

     Salam ceria semua. Agak lama x tulis. Bz sikit, homeschool seperti biasa cuma nak update aktiviti x berapa nak sempat. Ok, kali ni aku nak share aktiviti menggunakan buku " MY FIRST STICKER BOOK ". Aktiviti ni simple je, kanak2 memang suka, hanya tampal stiker bergambar pada gambar pembayang yang betul. Apa yang kanak2 akan dapat dari aktiviti ini? Jom kita baca apa yang aku listkan:

- dapat kenal warna. Sebab buku ni dah asingkan dengan warna yang berlainan untuk setiap muka surat. Korang boleh tengok ada gambar yang aku lampirkan

- dapat mengenal setiap objek

- dapat melatih kanak2 menampal gambar dengan betul

- dapat membezakan dan mencari persamaan antara stiker dengan gambar yang di beri

- dapat melatih anak membuka pelekat bergambar dengan cara yang betul

Banyak faedahnye daripada aktiviti ni. Dan x rugi beli. Wokeh, selamat beraktiviti. Bye korang!

No comments:

Post a Comment