Sunday 29 March 2015

Buku aktiviti Suku Kata 1, 2, 3, 4

    Salam ceria semua. Kali ni aku nak share Buku Aktiviti Suku Kata. Sangatlah mudah dan agak menarik setiap aktiviti yang disediakan dalam buku ni.

    Buku ni terdiri dari 4 buah buku yang berbeza. Tapi setiap buku, konsep latihan yang diberikan sama. Setiap buku mengikut tahap dari suku kata yang mudah dan yang lagi panjang. Ianya sangat teratur. Antara aktiviti yang diberikan:-

- tulis kembali suku kata
- padankan suku kata yang sama
- gabungkan suku kata menjadi perkataan
- pecahkan suju kata menjadi perkataan
- sambungkan huruf2 menjadi gambar kemudian pilih perkataan yang bersesuaian dengan gambar
- warnakan suku kata
- pilih suku kata dari perkataan yang diberikan

       Sememangnya tersangatlah mudah bagi kanak2 seawal usia 3 tahun. Harga setiap buku sangatlah murah hanya RM 2.20. Buku yang sederhana tak tebal dan tak nipis. Buku ni boleh beli kat dalam PASARAYAKU. Kalau kedai buku aku tak pasti pulak. Korang jangan tak tau, PASARAYAKU tu bukan setakan jual kain baju je, tapi buku2 dan alat tulis pon ada dan harganya pon sangatlah mampu milik. Jadi tak perlu nak beli buku mahal2 asalkan buku tersebut bermanfaat.

       Okeylah, sekian dari aku. Bye korang!

1 comment:

  1. Buku ini memang bagus untuk menambah pengetahuan anak-anak :).

    ReplyDelete