Saturday 20 December 2014

Kenali barang /benda di setiap bahagian rumah

Salam ceria semua! Agak lama x update entry gara2 charger tab rosak. Dah 3 kali beli dalam masa x sampai sebulan tapi rosak. Ni kali keempat beli charger. Harap biarlah berkekalan.

Okey, kali ni nak share aktiviti bersama anak lagi. Aktiviti ni pernah dilakukan dalam entry sebelum ni tapi kali ni lain sikit sebab dilekatkan kertas kajang di dinding. Tujuannya untuk menggalakan pergerakan tubuh badan untuk kanak2. Aktiviti ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas.

Aktiviti ni dinamakan membezakan barang atau benda di setiap bahagian rumah. Tujuan aktiviti ni untuk kenal pasti kebolehan anak untuk mereka tahu di mana tempat yang sepatutnya barang/benda tersebut disimpan. Selain dari tu untuk memahirkan anak untuk mebaca perkataan yang di tulis.  Disamping itu juga dapat melatih anak untuk menyusun gambar dengan teratur.

Seperti gmbar yang  dilampirkan:

- sediakan kertas kajang yang besar,  gam
- tulis bahagian dalam rumah seperti, bilik air, dapur, bilik, luar rumah
- cari gambar. Seeloknya katalog  pasaraya yang org selalu hantar kat rumah tu simpan sebab kita boleh gunakan untuk aktiviti seperti ini. Kemudian gunting
- mintak anak cari gambar barang di bahagian rumah. Ikut susunan. Kalau dapur, mintak anak cari barang yang biasa berada di dapur
- bila dah jumpa biar anak yang gam dan ajar cara susun yang teratur
- ulangi sehingga selesai
- pastikan anda bersama anak semasa aktiviti ini kerana pujian anda pentimg untuk proses pembelajaran ni. Berikan  apa sahaja bentuk pujian, sama ada tepuk tangan, melompat atau sebagainya

Baiklah ini sahaja yang ingin dikongsikan. Bye.

-

3 comments:

  1. Bestnya idea ni. Saya pun ada letak kertas dkt rumah..tapi untuk dilukis2 lah..sepanjang cuti sekolah ni elok ada aktiviti gini kan

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  2. Bagus idea ni. Nak terapkan kepada anak saya bila besar sikit nanti.
    Jemputlh ke blog saya:
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete