Friday 28 November 2014

Tingkatkan IQ anak dengan bermain puzzle

Salam ceria semua! Ape aktiviti korang bersama anak sekarang ni? Ce jawab! Ce jawab! Mesti penat melayan kan?. Tu belum lagi nak menjawab soalan cepu emas die tambah pulak kalau anak yang umur 2 tahun ke atas...fuhhh!!  Memang bikin ribut daaaaa!!!!

Wokeh, kali ni aku nak citer pasal puzzle plak. Pada entry sebelum ni pon aku ada buat sikit entry tentang puzzle. Sebenarnya puzzle ni sangat membantu IQ kanak2 yang sedang membesar. Sebab dapat menguatkan dan menguji daya ingatan kanak2. Biasanya puzzle ni dah boleh biasakan bila anak umur 2 tahun. Kalau awal dari tu pun boleh tapi memang sampai ke sudah la puzzle tu dah terbang merata tempat. Heheheh...bergantung la pada kanak2. Pada aku umur 2 tahun tu dah sesuai.

Tak perlu la nak beli yang mahal. Beli kat kedai rm2 pon dah cukup. Lagi macam2 ada. Untuk permulaan belikan puzzle yang simple. Kita bagi die warm up dulu. Bila anak tu dah boleh buat yang simple baru buat yang susah sikit.

Yang penting gambar puzzle tu mesti menarik dan jelas.

Kat sini aku share panduan nak bagi anak bermain puzzle. Yela..kalau anak yang baru umur 2 tahun ni biasanya diorang ni kurang sabar.

Panduan:

1) sebelum nak mulakan main puzzle kita ajak dulu anak ke kedai buku untuk beli puzzle. Sebabnya kanak2 yang baru umur 2 tahun ke atas ni akan ada keinginan untuk bertanya dan tahu. Sudah tentu dia akan tanya puzzle tu apa. Nak main macam mana. Masa ni la kita jelaskan puzzle tu. Kita boleh cakap puzzle tu mainan sambung semula gambar. Bagitahu juga main puzzle tu best dan ada gambar kartun yang comel2. Jelaskan la ikut kreativiti korang.

2) bila puzzle dah ada depan mata dan kita dah bersedia nak bermain, kita tunjuk dulu gambar puzzle. Contohnya: gambar seekor burung. Selain burung ada gambar awan di atas kemudian bahagian bawah ada gambar bunga. Simple. Ni penting untuk proses ingatan dia.

3) selepas dah terangkan gambar puzzle, kita sama2 ceraikan puzzle tu dengan penuh rasa gembira. Sesekali buat la ayat teruja seperti, " bestnye main puzzle ni kan kakak?"

4) bila dah ceraikan kita tunjuk bahagian penting. Bahagian penting tu ialah bahagian yang ada rata. Rata yang kita akan susun di bahagian tepi kiri dan kanan dan bahagian atas bawah. Bahagian rata ada dua jenis petama rata yang ada satu bahagian. Kedua rata yang ada 2 bahagian yang kita akan letakkan di setiap penghujung. Semasa proses penjelasan ni, biarkan anak rasa bahagian rata tersebut.

5) kemudian kita minta anak carikan yang rata dahulu. Minta anak susun dahulu bahagian rata kemudian barulah bahagian yang tidak rata.

6) bantu ingatan anak dengan mengingatkan kembali kedudukan gambar.

7) ulang proses sehingga anak paham. Yang penting lakukan dengan penuh keterujaan dan gembira seolah olah puzzle tu sangat seronok. Jangan matikan keseronokan anak. Jika anak putus asa kita bimbing lagi

8) berikan pujian setiap kali anak berjaya cantumkan.

Selamat bermain puzzle semua!

No comments:

Post a Comment