Saturday, 22 November 2014

Tips anak minat belajar

Salam ceria semua. Entry sebelum ni ada tulis tentang TIPS : PROSES AWAL MEMUDAHKAN  ANAK BELAJAR MEMBACA. http://armilastyle.blogspot.com/2014/11/tips-ajar-anak-mudah-membaca.html. Hari ni nak share tips supaya anak minat belajar terutama sekali bagi anak yang baru berumur 2 tahun ke atas. Semoga bermanfaat.

Tips:
1) ajar guna lagu. Paling berkesan guna cd pasang kat tv atau download je guna tab. Tapi perlu bijak nak cari cd berlagu. Kene menarik. Biasanya budak lebih suka dengan kartun.

Kalau kita nak ajar abc bukakan lagu abc. Begitu juga rukun iman, rukun islam, nama2 rasul. Dengan lagu sesuatu tu jadi lebih mudah untuk kanak2 belajar.

2) nyanyi bersama. Ni penting. Jadi ibu2 kena la nyanyi dengan penuh semangat dan hepy sekali siap ada gaya. Barula anak teruja. Kalau kat sekolah pon kalau kita tengok cikgu2 punyala semangat kalau nyanyi dengan anak murid kan.

3) gunakan perkataan main bagi menggantikan belajar. Contohnya..." jom kita main abc nak tak." Dalam erti kata yang lain kene kreatif nak tackle anak supaya anak minat belajar.

4) buat bahan belajar bersama anak. Contohnya...kalau kita nak ajar shape atau bentuk, kita perlu buat sendiri bentuk tu sama ada bulat, segi empat , bujur atau sebagainya. Kita lukis bentuk tersebut kemudian gunting. Biar anak tengok proses kita menyiapkan bentuk tersebut. Anak2 akan rasa teruja. Sambil buat kita bagitau bentuk apa yang kita sedang buat.

Tapi sebelum buat tu kita ajak la anak main gunting2 bentuk.  Mesti anak teruja .

5) bila kita bersedia nak ajar anak,pastikan ayat ajakan kita tu menarik penuh dengan keterujaan. Contohnya, kakak jom kita main bentuk nak. Ibu ada banyak bentuk. Semua cantik2. Cuba tengok ni, bestt! Pastikan kita betul2 teruja.

6) berikan pujian setiap kali anak berjaya lakukan sesuatu.

Ni la tips yg aku nak share. Semoga bermanfaat.

1 comment: