Friday 14 November 2014

TIPS : PROSES AWAL MEMUDAHKAN  ANAK BELAJAR MEMBACA.

Salam ceria semua pembaca! Agak lama aku tak update blog atas sebab tak dapat dielakkan selain mood up side down je. Kadang tahap  nak quit je dari dunia blog ni....haaaa....nampak tak ada sesuatu disitu....tak pe jangan dilayan owner blog ni...hahaha....

Okey...jom aku nak share tips mudah ajar anak membaca.

TIPS : PROSES AWAL MEMUDAHKAN  ANAK BELAJAR MEMBACA.

1) mulakan sejak lahir.
Biasakan nyanyi lagu abc. Mudah je. Nyanyi abc masa tengah siapkan anak lepas mandi. Diikuti alif ba ta dan nombor. Nyanyi tanpa jemu. Tp memang best.

Korang akan nampak hasilnya bila anak dah mula bercakap. Dan tak mustahil anak akan nyanyi abc dengan turutan yang betul

2) tampal poster abc yang ada gambar kartun

Okey..waktu terbaik nak tampal kat dinding bila anak dah pandai tunjuk sesuatu. Sesekali nyanyi sambil tunjuk huruf kat poster.

3) Pasang cd atau gadget

Download atau beli cd abc. Bagi die dengar. Sekarang ni dah banyak cd cepat pandai membaca

4) tunjuk flash card
Tunjuk satu2. Biarkan anak main dengan flash card

5) bunyikan setiap huruf

Maksudnya bila kita bagitau sesuatu huruf contohnya "b" bunyinya "bbehh"

Biasakan dengan membunyikan huruf.

6) beli puzzle abc
Ajar anak letak abc di tempat yang betul

7) beli buku "cara membaca" yang sesuai
Saya syorkan beli set buku "bacalah anakku". Pada entry sebelum ni aku ade tulis tentang set buku ni. Sangat bagus. Mudah. Ringkas. Senang anak nak paham buku ni.

Entry set buku Bacalah Anakku
http://armilastyle.blogspot.com/2014/05/ajar-anak-membaca-dengan-buku-bacalah.html

Ni la sedikit sebanyak tips yang aku boleh share. Harap bermanfaat.

5 comments:

  1. setakat ni masa tak mengizinkan sebab saya ibu bekerjaya tapi yg saya buat setiap hari adalah pasang ayat alquran ketika merka tidur

    ReplyDelete
  2. Salam pkenalan...

    Nice tips...ble try kt anak2 sy gak neh...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan hana dan sham...pasangkan ayat alquran memang bagus untuk anak. Semoga anak menjadi insan diredhai Allah.

    TIPS : PROSES AWAL MEMUDAHKAN  ANAK BELAJAR MEMBACA. http://armilastyle.blogspot.com/2014/11/tips-ajar-anak-mudah-membaca.html

    ReplyDelete
  4. wow bagusnya tips. boleh amalkan ni untuk anak-anak =) Thanks sharing =)

    ReplyDelete
  5. ibu bapa pun kena rajin membaca jugak :)

    ReplyDelete