Monday, 13 April 2015

Art: Lorry

Salam ceria semua. Hari ni nak share aktiviti dengan anak untuk sesi homeschool. Setelah sekian lama x buat art and craft jadi hari ni aku buat. Buat ape??? Heheheh buat lori. Rasanya korang pon tau macam mana nak buat lori ni..tau kan? Kan? Ok la aku tunjukkan cara nak buat.

Bahan-bahan
Kotak 2
Gam
Gunting
Kertas warna
Double side

Cara-cara
- balut kotak ikut warna ank korg suka
- potong bulat untuk tayar dan 4 segi untuk tingkap kemudian balut dgn warna
- dah siap tampal double sided unt cantumkan bahagian kepala dengan badan lori. Last sekali tampalkan tayar.
- siap.

Haaaa....kan senang sangat tuuuu...jadi selamat mencuba..... bye korang!

Wednesday, 8 April 2015

Buku aktiviti Sains

Salam ceria semua. Lagi buku pilihan. Buku SAINS PRASEKOLAH. Terdapat 4 siri untuk buku sains ni. Harga hanya RM 2.90 aku beli kat MYDIN. Buku ni terbitan Mind to Mind (M) Sdn Bhd. Apa yang menariknya buku ni, setiap latihan diberikan mengikut topik. Seperti Bahagian - bahagian badan haiwan, Cara pembiakan haiwan, pergerakan haiwan dan lain2 lagi. Setiap siri mempunyai topik yang berbeza. Tetapi latihan yang diberikan sangat mudah untuk difahami untuk kanak2 seawal 3 tahun. Bukan tu je, gambar yang disertakan jugak agak jelas dan memudahkan kanak2 mengenal setiap gambar.

    Aku sangat2 syorkan buku ni untuk korang beli. Memang tak rugi beli. Sangat membantu. Pelajaran sainsnya sangat mudah dan pendekatannya juga tak mengelirukan. Jadi bagi korang yang konpius lagi nak beli buku sains ape, boleh la dapatkan buku latihan ni.

    Sekian perkongsian aku. Bye korang!

Buku aktivti K2 phonics- Bahasa inggeris

    Salam ceria semua. Buku kali ni adalah buku BAHASA INGGERIS- K2 PHONICS. Buku terbitan Pelangi Sdn Bhd. Harga RM 5.90. Buku ni aku beli kat mydin.

    Kenapa aku pilih buku ni? Antara sebabnya buku ni dedahkan skill nak menyebut contohnya "cl", "sh" dan lain2. Buku ni mengajar macam mana nak gabungkan bunyi awalan dengan bunyi yang berikutnya. Jadi kanak2 sangat mudah nak faham. Contohnya bunyi "sh" gabungkan nak jadi perkataan "ship". Jadi untuk perkataan yang ada bunyi "sh" kanak2 dah boleh agak macam mana nak bunyikan. Selain dari tu, latihan yang di beri sangat effective sebab menggunakan konsep berulang.

     Korang boleh tengok sendiri buku yang aku tunjukkan kat bawah ni. Buku ni ada dua siri, siri pertama K1 phonic, leboh simple, leboh kepada pengenalan huruf, siri kedua buku yang ni la. Jadi bagi aku buku ni sesuai la untuk kanak2 seawal 3 tahun yang baru nak belajar membaca.

     Ok korang, bye!

    

Monday, 30 March 2015

Buku mewarna RM 1.

Salam ceria semua! Aku nak share dengan korang buku mewarna yang sangatlah murah ni. Apalagi skroll le ke bawah nak tengok bukunye. Haaaaaa.....best x? Tak best? Xpela kalo x best, janji pada aku best. Antara sebab musababnya, harga buku ni hanya RM1 je,murah weh. Buku ni aku beli kat PASARAYAKU dalam pasaraya A mart. Gambar2 dalam buku agak menarik. Sesuai bebeno le dengan bebudak yang seawal usia 2 tahun. Buku ni xde la tebal sangat tapi nipis sangat pon tak. Kiranya sesuai la dengan harga. Jadi apala sangat kalo nak beli sampai 10 buah buku kan. Ok la, bye korang!

Aktiviti mewarna

Salam ceria semua! pepagi buta ni aku nak update blog tentang aktiviti mewarna. Pada entry sebelum ni pon aku ade share pasal mewarna. Sekadar nak kongsikan hasil mewarna ni. Sekarang ni beliau dah semakin kerap menyukai aktiviti mewarna ni. Tambah kalau buku mewarna baru dan ada pensel warna baru. Jadi untuk korang, layan jela anak korang kan. Asalkan aktivitinya berfaedah. Bye korang.

Sunday, 29 March 2015

Buku aktiviti Suku Kata 1, 2, 3, 4

    Salam ceria semua. Kali ni aku nak share Buku Aktiviti Suku Kata. Sangatlah mudah dan agak menarik setiap aktiviti yang disediakan dalam buku ni.

    Buku ni terdiri dari 4 buah buku yang berbeza. Tapi setiap buku, konsep latihan yang diberikan sama. Setiap buku mengikut tahap dari suku kata yang mudah dan yang lagi panjang. Ianya sangat teratur. Antara aktiviti yang diberikan:-

- tulis kembali suku kata
- padankan suku kata yang sama
- gabungkan suku kata menjadi perkataan
- pecahkan suju kata menjadi perkataan
- sambungkan huruf2 menjadi gambar kemudian pilih perkataan yang bersesuaian dengan gambar
- warnakan suku kata
- pilih suku kata dari perkataan yang diberikan

       Sememangnya tersangatlah mudah bagi kanak2 seawal usia 3 tahun. Harga setiap buku sangatlah murah hanya RM 2.20. Buku yang sederhana tak tebal dan tak nipis. Buku ni boleh beli kat dalam PASARAYAKU. Kalau kedai buku aku tak pasti pulak. Korang jangan tak tau, PASARAYAKU tu bukan setakan jual kain baju je, tapi buku2 dan alat tulis pon ada dan harganya pon sangatlah mampu milik. Jadi tak perlu nak beli buku mahal2 asalkan buku tersebut bermanfaat.

       Okeylah, sekian dari aku. Bye korang!

Saturday, 28 March 2015

Buku silang kata bergambar

     Salam ceria semua. Okey, yang ni buku silang kata. Setiap muka surat disertakan gambar sama ada perlu isi secara melintang atau menegak. Best jugak buku ni. Sebab dah ada gambar. Jadi tinggal nak isi tempat kosong je.

    Buku ni beli kat Mydin. Harga sangat la murah RM 3.90. Buku ni xde la tebal sangat dan tak la nipis, kira puas la nak buat latihan.

     Okey, tu je nak share.