Wednesday 8 April 2015

Buku aktiviti Sains

Salam ceria semua. Lagi buku pilihan. Buku SAINS PRASEKOLAH. Terdapat 4 siri untuk buku sains ni. Harga hanya RM 2.90 aku beli kat MYDIN. Buku ni terbitan Mind to Mind (M) Sdn Bhd. Apa yang menariknya buku ni, setiap latihan diberikan mengikut topik. Seperti Bahagian - bahagian badan haiwan, Cara pembiakan haiwan, pergerakan haiwan dan lain2 lagi. Setiap siri mempunyai topik yang berbeza. Tetapi latihan yang diberikan sangat mudah untuk difahami untuk kanak2 seawal 3 tahun. Bukan tu je, gambar yang disertakan jugak agak jelas dan memudahkan kanak2 mengenal setiap gambar.

    Aku sangat2 syorkan buku ni untuk korang beli. Memang tak rugi beli. Sangat membantu. Pelajaran sainsnya sangat mudah dan pendekatannya juga tak mengelirukan. Jadi bagi korang yang konpius lagi nak beli buku sains ape, boleh la dapatkan buku latihan ni.

    Sekian perkongsian aku. Bye korang!

No comments:

Post a Comment