Friday 24 April 2015

Buku aktivit sains mudah difahami

         Salam ceria semua! Okey kali ni aku bukak tajuk buku aktiviti sains mudah. Kenapa awal2 aku dah kabokan mudah? Uihhhhhhh...memang sesangat mudah, sempoi, mempoi, ringkas. Buku ni memang bersesuaian bagi kanak2 berumur awal 3 tahun yang baru nak berjinak2 belajar sains. Kalau yang masih x boleh membaca pon sesuai sebab kebanyakan aktiviti tak perlu menulis, hanya memadankan.

         Buku ni lebih menekankan kepada penggunaan warna. Antara aktivitinya, setiap latihan diberikan satu kumpulan benda, dan diminta untuk mewarnakan mengikut arahan, kalau biru, semua gambar warna biru, kalau kuning, semua gambar warna kuning. Aktiviti sains buku ni boleh la aku katakan merangkumi pelbagai aspek sekeliling kita. Merangkumi, bentuk, saiz, ukuran, kehidupan. Pada aku mudah untuk kanak2 faham. Tapi bagi kanak2 yang memang dah tahu membaca, aku rasa tak ada masalah kalau die sendiri yang buat latihan tu tanpa kita perlu ajar. InsyaAllah. Tapi macam mana sekalipon, masih perlukan bimbingan kita.

    Buku ni aku beli kat PASARAKU dalam Amart kempas, Johor Bahru. Buku ni terbitan Pasarayaku jugak. Hebat wo, Pasarayaku terbit sendiri. Harga memang murah sesangat la. Hanya RM 2.20. Murah x???. Buku ni x tebal sangat manje2 je bilangan helaian die. Tapi padat la. Jadi bagi sesape yang tercari2 buku sains untuk permulaan nak ajar anak, jom kita cari dalam Pasarayaku. Okeylah, sekian perkongsian aku. Bye!

2 comments:

  1. TERIMA KASIH kerana beli di PasarayaKu, online shopping di KU boutique akan datang dengan harga yang berpatutan. sila klik LIKE di facebook page kita untuk detail.
    https://www.facebook.com/pages/KU-boutique/859118184155994?sk=info&tab=page_info&section=web_address&view


    KU BOUTIQUE by Pasaraya KU

    ReplyDelete
  2. Terima kasih singgah di sini. Tq info facebook pasarayaku

    ReplyDelete