Friday 1 May 2015

Bilik HOMESCHOOL part 2

    Salam ceria semua. Ape aktiviti korang hari ni. Kali ni aku nak share bilik homeschool yang aku ubah lagi. Kalau korang ade follow aku mesti ade tengok bilik homeschool yg sebelum ni. Tapi kalo x tengok lagi blh tengok sini http://armilastyle.blogspot.com/2015/03/bilik-homeschool.html.

    Ikutkan baru je lagi buat bilik ni awl bulan 3. Sebelum ni letak buku dan mainan kat rak tinggi yang beli kat IKEA RM56.90. Dah lama beli rak tu.Tapi disebabkan si kecik selalu panjat dan agak bahaya la untuk die jadi aku terpaksa cari inisiatif lain beli rak kecik. Kalau ikut plan asal memang nak cari rak kecik macam ni sebab nampak lagi kemas tp bile tengok kat umah dah ada rak tinggi macam membazir pula nak beli lagi. Tapi bile dah letak bahaya pula. Makanya cari jugak la. 

    Rak ni aku beli kat kedai perabot dalam Giant Plentong JB. Satu RM 15. Aku rase ni la rak yang paling murah setakat ni. Rak ni dah siap pasang. Kata tauke ni gune gam tembak. X kisah la gam tembak ke gam lastik ke janji nampak ok dan boleh letak buku dan mainan. So far ok la. Nampak kukuh. 

    Kalau bilik sebelum ni aku cume letak meja belajar satu je yang kecik. Tapi disebabkan ank dah berebut nak meja yg satu jadi cari jugk meja yang sesuai untuk berdua. Plan asal nak cari meja petak yg kat IKEA RM 29. Tapi disebabkan tak tau bile nak pegi, jadi cari jugak la kat JB. DAN TERJUMPA LA MEJA BULAT ni kat Aeon Big, Pandan JB . Harga ok kot RM89.90. Boleh guna untuk 2 orang.

     Gambar kartun yang aku tampal tu plak aku beli kat kedai RM 2 & 2N Shop, harga antara RM 2 je RM 4 je. Murah. Lukisan yang buah tu pl bli kat MRDIY, tu anak aku yang warna gambar buah tu. 

     Ok...sekian je unt kali ni

2 comments: