Wednesday 6 May 2015

Mengeja sambil bermain : " Ummi nak makan apa"

     Salam ceria semua! Ok, aku nak ajak korang semua main order makanan, nak tak? Aktiviti ni santai je. Sambil korang baring pon boleh tapi anak korang kene tulis la. Main ape? Aku pon x tau spesifik mainan ni. Tapi mainan die ambik order makanan dan minuman macam yang kat kedai tu. Korang oder anak korang yang tulis. Buku yang berkaitan untutk aktiviti ni korang boleh klik link ni. Buku silang kata bergambar http://armilastyle.blogspot.com/2015/03/buku-silang-kata-bergambat.html

    Aku pecaya korang memang selalu bawak anak makan luar kan, dan anak korang pon dah didedahkan, kalau orang kedai tu datang kat korang tak de benda lain yang die tanya, soklan paling femes sekali " nak makan apa?" .Dan benda yang dia akan bawak sekali konpem kertas dengan pen, betul tak? Jadi kat sini dah memudahkan permainan ni. InsyaAllah anak korang suka sebab kanak2 suka berimaginasi dan mengajuk setiap perbuatan. Kita hanya bagi gambaran sebelum ajak main. Contohnya, "'jom kita main amik order macam kat kedai makan nak tak?". Mudahkan.

    Tujuan permainan ni nak uji kemahiran anak kita mengeja. Masa ni la nak uji kefahaman anak kita  sama ada die boleh eja sendiri atau tak tapi perlu di ingat setiap benda yang korang nak oder perlu sebut dalam bahasa baku. Jangan sesekali sebut bahasa pasar jawabnye die eja pon bahasa pasar jugak. Tak pecaya cubala.

    Kalau anak korang konpius naK eja, korang tolong la. Tapi jangan terus betul kan, bunyikan setiap huruf dengan terang bagi die dengar dan kenal huruf apa yang sepatutnya. Dan seperti biasa kalau die eja betul puji la. Bg pujian yg melambung sikit. Barula anak korang kiss korng nti.

     Okeyla, ni je aku na share untuk kali ni.

No comments:

Post a Comment