Sunday 4 January 2015

Buku aktiviti bentuk - potong, gam dan tampal

   Salam ceria semua. Aku nak share buku shape atau bentuk yang aku beli baru- baru ni. Pada entry sebelum ni aku ada tulis entry tentang kenali bentuk dengan buku ni tapi aku tak cite pasal buku ni.

Cara mudah kenali bentuk  http://armilastyle.blogspot.com/2014/12/cara-mudah-kenali-bentuk.html

    Tapi untuk entry ni aku nak cadangkan buku aktiviti ni. Buku ni ada 4 buah untuk satu siri. Aktiviti buku ni sangat mudah. Korang tak payah susah2 nak gunting gambar sebab gambar ni dah ade potongan die, cume nak ceraikan je, lepas tu gam. Sangat mudah.

    Selain dari tu, bentuk- bentuk yang disediakan sangat menarik seperti bulat, bujur, segitiga, dan segi empat. Gambar2 pon memang best. Pada setiap gambar dinyatakan keterangan gambar. Sekaligus dapat memahirkan anak untuk membaca dan mengenal nama setiap gambar.

    Harga untuk setia buku tak sama. tapi antara RM 2.50 -RM3.50 je. Tak mahal, berbaloi beli untuk anak korang. Buku ni aku beli kat Mydin.

    Kesimpulannya, buku aktiviti bentuk ni memang best, aku dah pon beli semua 4 buah. Dan aku kompem, anak korang akan rasa nak buat dan buat lagi sampai habis,. Wokeh ni jela untuk kali ni. Bye!

No comments:

Post a Comment