Thursday 8 January 2015

Kraf Kreatif- Padankan pakaian dengan patung kertas

     Salam ceria semua! Kali ni aku buat aktiviti kraf. Biasanya kanak2 memang suka sangat buat kraf sebab diorang akan buat sendiri. Tambah kalau diorang nampak ada gunting, gam, warna. Kompem nak bodek mintak pegang punye. Tak percaya? Ikut korang la sebab selalu sangat jadi kat aku. Hahahah...okey, apa ye nama aktiviti aku kali ni. Aku namakan padankan pakaian di patung kertas. Panjang tol nama aktivitinya, tak pe yang penting apa yang nak di lakukan.

Bahan yang diperlukan:

- patung kertas. Sama ada buat sendiri guna manilakad atau beli siap. Macam dalam gambar yang korang tengok tu, patung kertas tu aku beli kat Mr DIY. Dalam satu bungkusan ada 15 keping patung orang. Besar woooo.. Pastu harganya pulak hanya RM 3.90. Walaweeee....why so murah! Jimat kan?? Sesuai sangat bagi yang memang homeschool macam aku ni.

- foam sheet atau kertas warna. Mana nak beli? Kat Mr DIY  pon ada jual foam sheet. Pada aku lagi senang guna foam sheet dari kertas warna sebab tebal. Anak nak pegang pon senang.

- double sided.

- mata. Korang boleh beli kat Mr DIY jugak. Hanya RM 1- RM 3, mengikut saiz. Dan dalam satu bungkusan memang banyak biji mata. Berbaloi - baloi tau!

- gunting opkos la kan untuk gunting foam tu nanti.

Panduan aktiviti:

- korang potong siap pakaian yang korang suke dan juga rambut atau tudung beserta mulut, ikut kreativti memasing

- tampal double sided kat belakang pakaian

- Kalau dah siap gunting, korang padankan dahulu pakaian tersebut pada patung kertas

- minta anak lihat dahulu. Kemudian asingkan pakaian tadi dari patung kertas. Biarkan bercampur aduk

- kemudian minta anak korang padankan semula.

- bila padanan dah betul barulah minta anak tampal sepenuhnya

Siap!

Tujuan aktiviti:

- menguji daya ingatan anak dalam menyuaipadan pakaian kepada patung kertas

- melatih anak cara menampal dengan betul

- dapat melakukan banyak pergerakan tangan

- dapat mengajar anak meletakakan pakaian di tempat yang sepatutnya

- dapat mewujudkan komunikasi dua hala. Sebab, sepanjang aktiviti ni berjalan, anak korang akan tanya macam2, soalan yang akan timbul, ini apa? Mata nak letak mana? Kenapa baju putih? Dan bermacam soalan. Jadi, disini dah melatih anak supaya banyak bercakap, x adalah pasif je. Korang pon kena bagi jawapan logik bukan jawapan tangkap muat

- dapat menghasilkan satu penceritaan dari aktiviti tersebut. Contoh mudah: Ini kakak dan adik. Kakak dan adik mahu pegi ke klinik. Di klinik kakak dan adik berjumpa dengan jururawat. Mudahkan! Walaupon anak korang hanya belajar kat rumah tapi tak bermakna korang x boleh ajar anak korang bercerita.

Sekian saja perkongsian aku. Harap bermanfaat. Bye korang!

No comments:

Post a Comment