Monday 30 March 2015

Buku mewarna RM 1.

Salam ceria semua! Aku nak share dengan korang buku mewarna yang sangatlah murah ni. Apalagi skroll le ke bawah nak tengok bukunye. Haaaaaa.....best x? Tak best? Xpela kalo x best, janji pada aku best. Antara sebab musababnya, harga buku ni hanya RM1 je,murah weh. Buku ni aku beli kat PASARAYAKU dalam pasaraya A mart. Gambar2 dalam buku agak menarik. Sesuai bebeno le dengan bebudak yang seawal usia 2 tahun. Buku ni xde la tebal sangat tapi nipis sangat pon tak. Kiranya sesuai la dengan harga. Jadi apala sangat kalo nak beli sampai 10 buah buku kan. Ok la, bye korang!

Aktiviti mewarna

Salam ceria semua! pepagi buta ni aku nak update blog tentang aktiviti mewarna. Pada entry sebelum ni pon aku ade share pasal mewarna. Sekadar nak kongsikan hasil mewarna ni. Sekarang ni beliau dah semakin kerap menyukai aktiviti mewarna ni. Tambah kalau buku mewarna baru dan ada pensel warna baru. Jadi untuk korang, layan jela anak korang kan. Asalkan aktivitinya berfaedah. Bye korang.

Sunday 29 March 2015

Buku aktiviti Suku Kata 1, 2, 3, 4

    Salam ceria semua. Kali ni aku nak share Buku Aktiviti Suku Kata. Sangatlah mudah dan agak menarik setiap aktiviti yang disediakan dalam buku ni.

    Buku ni terdiri dari 4 buah buku yang berbeza. Tapi setiap buku, konsep latihan yang diberikan sama. Setiap buku mengikut tahap dari suku kata yang mudah dan yang lagi panjang. Ianya sangat teratur. Antara aktiviti yang diberikan:-

- tulis kembali suku kata
- padankan suku kata yang sama
- gabungkan suku kata menjadi perkataan
- pecahkan suju kata menjadi perkataan
- sambungkan huruf2 menjadi gambar kemudian pilih perkataan yang bersesuaian dengan gambar
- warnakan suku kata
- pilih suku kata dari perkataan yang diberikan

       Sememangnya tersangatlah mudah bagi kanak2 seawal usia 3 tahun. Harga setiap buku sangatlah murah hanya RM 2.20. Buku yang sederhana tak tebal dan tak nipis. Buku ni boleh beli kat dalam PASARAYAKU. Kalau kedai buku aku tak pasti pulak. Korang jangan tak tau, PASARAYAKU tu bukan setakan jual kain baju je, tapi buku2 dan alat tulis pon ada dan harganya pon sangatlah mampu milik. Jadi tak perlu nak beli buku mahal2 asalkan buku tersebut bermanfaat.

       Okeylah, sekian dari aku. Bye korang!

Saturday 28 March 2015

Buku silang kata bergambar

     Salam ceria semua. Okey, yang ni buku silang kata. Setiap muka surat disertakan gambar sama ada perlu isi secara melintang atau menegak. Best jugak buku ni. Sebab dah ada gambar. Jadi tinggal nak isi tempat kosong je.

    Buku ni beli kat Mydin. Harga sangat la murah RM 3.90. Buku ni xde la tebal sangat dan tak la nipis, kira puas la nak buat latihan.

     Okey, tu je nak share.

Buku aktiviti ASMAUL HUSNA

Salam ceria semua. Aku nak kongsikan lagi buku untuk kali ni. Yang ni buku aktiviti asmaul husna. Buku ni simple je. Buku tentng 99 nama Allah. Buku tentang mengenal nama Allah. Tulisan dalam buku ni memang besar dimulai dengan nama Allah dalam tulisan jawi diikuti bahasa melayu. Dan latihannya sangat mudah, hanya tulis semula nama dan warnakan. Lebih kepada santai.

     Harga buku hanya RM 5.90. Yang ni dibeli kat Badan Cemerlang dalam Angsana, Johor Bahru. Rasenya mana2 kedai buku ada. Buku ni memang tebal sebab setiap satu nama Allah untuk satu helai muka surat. Jadi kalau korang minat boleh beli untuk anak.

Sunday 15 March 2015

Bilik HOMESCHOOL

Salam ceria semua! Hari ni nak share dengan semua bilik khas untuk "HOMESCHOOL". Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru kali ni berpeluang nak deco bilik khas untuk homeschool. Bilik ni aku baru je siapkan. Mak aihhh! Penat jugak nak buat dari pagi sampai la ke petang, baru siap. Ape pon aku happy la sebab dapt jugak sediakan bilik khas hanya untuk homeschool. Perasaan anak aku?? Memang happy sesangat. Asyik nak masuk bilik je. Bila kawan datang kemain lagi tunjuk bilik dia. Siap cakap kat kawan dia, " cantik tak bilik kakak?"....hahahha....kemain lagi dia.

Wokeh korang, bersama entry ni aku dah sediakan gmbar bilik homeschool tu.. Bye korang!

Friday 6 March 2015

Kenali "PASAR"

Salam ceria semua!

      Okey, aktiviti ni mudah sebab secara indirect. Motif utama kita nak ajar die apa itu "PASAR". Aktiviti senang, bila dah sampai pasar korang bagitahu sekarang sedang berada di pasar. Tunjukkan barang yang dijual seperti sayur, ayam, daging, makan, baju, kasur dan lain2. Ajar secara santai je nak bagi anakmpaham maksud pasar. Biar die rasai sendiri.

      Nak uji diorng ni paham ke tak, bile dah balik rumah tanya semula tadi pergi mana, kat pasar jual apa dan soalan yang korang rasa perlu. Mudahkan. Jadi selamat beraktiviti. Bye korang!

Buku MY FIRST STICKER BOOK

Salam ceria semua! Ok, aku nak share buku stiker ni. Nama buku ni "MY FIRST STICKER BOOK". Harga buku ni RM 3.80 yang aku beli kat MR DIY. Buku ni agak best jugak sebabnya, meh aku list kan:

- banyak stiker bergambar

- warna menarik

- harga buku murah

- nak bukak sricker mudah, smooth je nak tarik sticker tu

Tu la antara sebab aku rase buku ni best. Bebudak pon suka. Orait, kalau korang rase macam best, korang beli la ye. Bye korang

Homeschool: Aktiviti tampal stiker bergambar

     Salam ceria semua. Agak lama x tulis. Bz sikit, homeschool seperti biasa cuma nak update aktiviti x berapa nak sempat. Ok, kali ni aku nak share aktiviti menggunakan buku " MY FIRST STICKER BOOK ". Aktiviti ni simple je, kanak2 memang suka, hanya tampal stiker bergambar pada gambar pembayang yang betul. Apa yang kanak2 akan dapat dari aktiviti ini? Jom kita baca apa yang aku listkan:

- dapat kenal warna. Sebab buku ni dah asingkan dengan warna yang berlainan untuk setiap muka surat. Korang boleh tengok ada gambar yang aku lampirkan

- dapat mengenal setiap objek

- dapat melatih kanak2 menampal gambar dengan betul

- dapat membezakan dan mencari persamaan antara stiker dengan gambar yang di beri

- dapat melatih anak membuka pelekat bergambar dengan cara yang betul

Banyak faedahnye daripada aktiviti ni. Dan x rugi beli. Wokeh, selamat beraktiviti. Bye korang!