Sunday 26 April 2015

Homeschool: Perpustakaan di UTC Ipoh

     Salam ceria semua! Hari ni baru berkesempatan nak tulis tentang pengalaman pertama Basirah dan Awfiyah ke perpuastakaan di dalam UTC kat Ipoh.

      Datang sini atas urusan nak bayar bil jadi sementara nak menunggu ini la peluang naj kenalkan basirah maksud perpustakaan. Korang pon patut join aktiviti macam ni. So far die excited la tengok suasana dalam ni, ada banyak buku, pc, kaunter, meja, ruangan nak duduk bawah. Di sini jugak die tau yang die tak boleh cakap kuat2. Di sini jugak die tau boleh pinjam buku bawak balik yapi kene pulangkan semula. Secara kesimpulannya mudah nak bagi kanak2 umur 4 tahun paham tentang perpustakaan ni.

      Dah namanya pon budak,kejap dia tukar buku lain. Bacanya tajuk je. Mungkin seronok sangat agaknya tengok buku banyak.

       Okeylah korang, cukupla banyak ni aku share. Selebihnya macam biasa aku belanja gambar. Bye korang!

Friday 24 April 2015

Buku aktivit sains mudah difahami

         Salam ceria semua! Okey kali ni aku bukak tajuk buku aktiviti sains mudah. Kenapa awal2 aku dah kabokan mudah? Uihhhhhhh...memang sesangat mudah, sempoi, mempoi, ringkas. Buku ni memang bersesuaian bagi kanak2 berumur awal 3 tahun yang baru nak berjinak2 belajar sains. Kalau yang masih x boleh membaca pon sesuai sebab kebanyakan aktiviti tak perlu menulis, hanya memadankan.

         Buku ni lebih menekankan kepada penggunaan warna. Antara aktivitinya, setiap latihan diberikan satu kumpulan benda, dan diminta untuk mewarnakan mengikut arahan, kalau biru, semua gambar warna biru, kalau kuning, semua gambar warna kuning. Aktiviti sains buku ni boleh la aku katakan merangkumi pelbagai aspek sekeliling kita. Merangkumi, bentuk, saiz, ukuran, kehidupan. Pada aku mudah untuk kanak2 faham. Tapi bagi kanak2 yang memang dah tahu membaca, aku rasa tak ada masalah kalau die sendiri yang buat latihan tu tanpa kita perlu ajar. InsyaAllah. Tapi macam mana sekalipon, masih perlukan bimbingan kita.

    Buku ni aku beli kat PASARAKU dalam Amart kempas, Johor Bahru. Buku ni terbitan Pasarayaku jugak. Hebat wo, Pasarayaku terbit sendiri. Harga memang murah sesangat la. Hanya RM 2.20. Murah x???. Buku ni x tebal sangat manje2 je bilangan helaian die. Tapi padat la. Jadi bagi sesape yang tercari2 buku sains untuk permulaan nak ajar anak, jom kita cari dalam Pasarayaku. Okeylah, sekian perkongsian aku. Bye!

Sunday 19 April 2015

Buku lagu Anak Kecil

   Salam ceria semua! Hari ni nak share buku lagu pulak. Tak penah penah beli buku lagu kan, tapi kali ni aku beli. Eh eh..,tetibe  jekan belikan anak buku lagu. Hehehehe.... Sebenarnya dah lama nak cari buku lagu. Ala, lagu yang zaman kanak2 dulu, yang belajar masa sekolah. Siap kelas muzik kooooo!  Sekarang aku tak pasti la sekolah rendah ade subjek muzik ke x.

   Meh aku cite sikit pasal buku ni. Memula nak kabo harga. Murah je RM 4.50. Ada 24 muka surat. Buku ni aku beli kat kedai buku. Pada pandangan aku, buku ni menarik la sebab gambar2 kartun die macam best je bebudak nak tengok. Gambar dan lagu memang saling berkaitan la. Pastu plak, tulisan buku ni pon besar, siap warnakan suku kata lagi. Haaa.... Best kan..jadi bgi bebudak yng baru boleh membaca tu, senang sikit la kan.

   Ni aku listkan lirik lagu yang ada dalam buku ni:-

Bapaku pulang
Ais kacang
Rasa sayang
Lenggang kangkung
Air pasang pagi
Enjit-enjit semut
Anak itik tok wi
Katak lomoat
Timang tinggi-tinggi
Bangun pagi
Ikan kekek

       Ha..... Banyak kan lagu nyee... Semuanya lagu2 zaman kita sekolah dulu. Anak aku pon suke lagu2 dalam buku ni. Jadi klu korang nak beli, cari la kat kedai buku. Okey, bye korang!

Monday 13 April 2015

Art: Lorry

Salam ceria semua. Hari ni nak share aktiviti dengan anak untuk sesi homeschool. Setelah sekian lama x buat art and craft jadi hari ni aku buat. Buat ape??? Heheheh buat lori. Rasanya korang pon tau macam mana nak buat lori ni..tau kan? Kan? Ok la aku tunjukkan cara nak buat.

Bahan-bahan
Kotak 2
Gam
Gunting
Kertas warna
Double side

Cara-cara
- balut kotak ikut warna ank korg suka
- potong bulat untuk tayar dan 4 segi untuk tingkap kemudian balut dgn warna
- dah siap tampal double sided unt cantumkan bahagian kepala dengan badan lori. Last sekali tampalkan tayar.
- siap.

Haaaa....kan senang sangat tuuuu...jadi selamat mencuba..... bye korang!

Wednesday 8 April 2015

Buku aktiviti Sains

Salam ceria semua. Lagi buku pilihan. Buku SAINS PRASEKOLAH. Terdapat 4 siri untuk buku sains ni. Harga hanya RM 2.90 aku beli kat MYDIN. Buku ni terbitan Mind to Mind (M) Sdn Bhd. Apa yang menariknya buku ni, setiap latihan diberikan mengikut topik. Seperti Bahagian - bahagian badan haiwan, Cara pembiakan haiwan, pergerakan haiwan dan lain2 lagi. Setiap siri mempunyai topik yang berbeza. Tetapi latihan yang diberikan sangat mudah untuk difahami untuk kanak2 seawal 3 tahun. Bukan tu je, gambar yang disertakan jugak agak jelas dan memudahkan kanak2 mengenal setiap gambar.

    Aku sangat2 syorkan buku ni untuk korang beli. Memang tak rugi beli. Sangat membantu. Pelajaran sainsnya sangat mudah dan pendekatannya juga tak mengelirukan. Jadi bagi korang yang konpius lagi nak beli buku sains ape, boleh la dapatkan buku latihan ni.

    Sekian perkongsian aku. Bye korang!