Salam ceria semua! Apa aktiviti hari ni dengan anak korang? Aku pepagi lagi dah jalan kaki sambil tolak stroller bawak anak2, misi mencari nasi lemak. Hehehe...seperti yang dijanjikan, (sepatut aku tulis entry ni semalam, tp x sihat) aku nak share buku yang aku cakap best tu. Best sangat ke? Huihhhh...memang best. Buku ape tu! Haaaa...ni nak kabo la ni. Buku koleksi cerita-cerita pendek. Terbitan ladybug. Penulisnya A. Ralvinder Singh. Sangat sesuai untuk pembacaan awal kanak2 yang baru boleh baca sikit2.
Kenapa aku cakap best? Meh aku listkan sebabnya:
1) tulisan besar2 belaka
2) setiap suku kata diwarnakan
3) gambar sangat menarik
4) kulit buku best kalau nak selak
5) setiap cerita disertakan dengan gambar yang bersesuaian
6) jalan cerita sangat mudah untuk kanak2 nak paham walaupon budak tu baru 2 tahun
7) konsep penceritaan yang santai
Ha, sebab tu la aku beli. InsyaAllah, anak korang akan ralit mengadap buku ni. Koleksi buku ni ade 3 buku. Koleksi cerita-cerita pendek, koleksi cerita pendek kegemaran saya, dan koleksi cerita pendek terbaik saya. Terdapat lebih seratus muka surat. Dan harga setiap buku rm 9.99. Buku ni aku beli kat dalam tesco. Biasa buku macam ni jual kat kat tesco. Terpulang pada kita nak pilih yang mana sesuai, sebab kita sendiri yang tahu kemampuan anak kita.
Haaa....ni la yang aku nak kongsikan. Harap dapat membantu korang yang tengah cari buku untuk anak korang baca. Terima kasih sebab luangkan masa singgah baca kat sini. Bye!
Bagus buku mcm ni. Kimi pun mula lancar membaca selepas baca buku jenis ni.. :)
ReplyDeletebuku2 macam ni best..senang nak ceritakan dan ayat mudah faham dengan gambar2 kan...
ReplyDeleteBest kan..mak nye skli teruja, buku mcm ni mudah buat budak tertarik, x jemu baca
ReplyDeleteTulisan besar2 n colorfuk. Sesuai sgt dgn anak2 baru nak belajar ni kan.
ReplyDeleteTu la umminye yg teruja, tgk plak anak asyik bekepit je dengan buku tu. BErbaloi beli
ReplyDelete