Wednesday, 31 December 2014

Buat kek bersama si kecil- Aktiviti waktu petang

Salam ceria semua! Ape aktiviti korang dengan si kecil hari ni? Best x? Enjoy x? Ke stres? Hahahaaah....biasa la tu kalau ada budak kecik. Feeling bertukar2 kan. Orait, kali ni nak share aktiviti waktu petang dengan si kecil 3 tahun ni. Aktiviti ni sangat2 di cadangkan untuk korang yang nak kelainan. Disebabkan anak suka makan kek jadi selalu jugak la ajak anak buat kek bersama. Sampaikan kalau aku dah siap tanpa ajak die buat sekali kompem die berungut sebab x ajak die sekali. Tapi hari ni aku pon ajak la die buat kek sekali.

Sebenarnya gambar step buat kek dengan anak tadi dah lengkap tapi disebabkan salah paham aku dah tedelete,makanya gambar  ni jela tinggal.

Wokeh, sedikit panduan untuk korang kalau nak lakukan aktiviti buat kek ni:

1) pastikan anak basuh tangan terlebih dahulu untuk melatih anak tentang kebersihan

2) bila barang semua dah siap minta anak yang lakukan tapi perlu di awasi. Senang cerita sepanjang aktiviti ni korang kene ada sekali. Tak boleh ke mana mana. Bahaya wooo...

3) ajar anak cara pegang peralatan dengan betul. Sesekali puji.

4) hati2 bila minta anak masukkan kek dalam oven. Lagi baik korang yang masukkan sendiri.

5) bila dah siap berikan pujian.

Percayalah, anak korang kompem teruja buat kek. Tambah pulak kalau ayahnya dah balik, lagila anak akan excited nak suruh ayahnya makan hasil tangan die. Tak percaye? Cubalah sendiri, korang akan nampak hasilnya.

Wokeh, ni jela perkogsian aktiviti aku. Harap dapat bagi idea kat korang.

Monday, 29 December 2014

Puzzle gambar anak itik yang hodoh

Salam ceria semua! Nak berkongsi tentang puzzle yang baru beli ni. Tak ada la baru sangat dah dua minggu tapi baru hari ni nak kongsi kat semua. Kali ni saya nak cadangkan puzzle yang bersaiz besar pula. Sebelum ni main puzzle saiz kecil tapi sekarang kita upgrade lagi untuk anak kita.
Sebenarnya saya masih was2  kemampuan kanak2 berusia 3 tahun bermain puzzle bersaiz besar tapi saya cuba juga beli satu.
Sebelum tu bagi yang dah mula nak upgrade anak main puzzle bersaiz besar, jom saya bagi beberapa panduan. Harap membantu:
- pilih puzzle yang bergambar objek/benda besar. Jika memilih binatang pastikan gambarnya besar.
- pilih yang berwarna menarik, warna lebih terang.
- elakkan memilih gambar yang sarat
- sebaiknya pilih puzzle yang ada panduan nama objek puzzle tersebut seperti gambar puzzle yang saya tunjukkan di sini.
- sebelum memulakan mainan, minta anak baca tajuk atau nama2 di atas papan puzzle tersebut
- sekarang dah boleh mulakan permainan. Konsep sama seperti entri saya sebelum ini. Susun yang rata terlebih dahulu. Bimbing anak korang.
Ni la yang saya dapat kongsikan untuk korang. Harap bermanfaat.

Saturday, 27 December 2014

Aktiviti membezakan kehidupan haiwan (foam sheet)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ceria semua!

Hari ni aku nak kongsikan aktiviti membezakan kehidupan haiwan. Straight to the point jela kan.

Bahan-bahan aktiviti:

- foam sheet bentuk haiwan, pokok, awan, kolam, matahari. ( boleh beli di kedai Mr.DIY atau kedai alatulis. Jika tiada bentuk awan, atau matahari, boleh beli sendiri foam sheet saiz a4, lepas tu lukis sendiri kemudian tampal bahagian belakang dengan double sided)
- kertas lukisan

Memulakan aktiviti:

- tanya anak setiap haiwan yang ditunjuk. Kemudian minta anak bezakan sama ada haiwan tersebut tinggal di darat, air atau boleh hidup di air atau di darat.
- minta anak susun gmbar benda hidup yang asas seperti kedudukan matahari di atas, awan di atas, kedudukan kolam. Biarkan anak yang tentukan. Sekiranya salah, betulkan.
- bila kedudukan sudah betul, barulah bukak double sided dan tampal.

Mudahkan? Aktiviti seperti ini kanak2 biasanya akan suka untuk buat. Aktiviti seperti ini dapat memahirkan pengetahuan kanak2 tentang kehidupan tempat tinggal haiwan. Di samping membiasakan kanak2 u tuk menyusun atur kedudukan dengan teratur dan kemas.

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini.

Tuesday, 23 December 2014

Cara mudah kenali bentuk


Salam ceria semua pembaca! Pada entry yang sebelum ni saya ada tulis tentang ajar anak bentuk secara tak langsung. Kali ni kita terus dengan pengajaran mengenali bentuk secara langsung dan mudah. ( eh ehhh..saya la pula ye..xpe..kali ni rase mcm nak tulis formal pulak.) Seperti yang kita ketahui, keliling kita penuh dengan bentuk dan corak. Sekaligus semua ini dapat membantu proses pembelajaran anak.

Sekiranya kita dah bersedia untuk ajar anak secara direct, sediakan peralatan yang bersesuaian. Pilihan yang anda ada sama ada anda lukis dan gunting setiap bentuk sama ada bulat, segitiga, segi empat dan lain-lain, atau anda boleh beli bentuk2 yang banyak di jual di kedai. Atau pun satu lagi cara dengan menggunakan tab. Hanya download sahaja aplikasi yang berkaitan bentuk dan terus ajar anak. Dan untuk aktiviti pengukuhan belilah buku aktiviti yang berkaitan dengan bentuk seperti dalam gambar yang saya tunjukkan disini.

Untuk memulakan proses pengenalan bentuk, sebaiknya perlu ada bahan yang berbentuk, kenalkan satu persatu setiap bentuk. Bezakan setiap bentuk, contohnya segitiga ada 3 sisi. Ajak anak kira setiap sisi untuk die bezakan dengan bentuk yang lain. Setelah kita kenalkan setiap bentuk, mulakan pertanyaan sama ada die faham atau tidak nama setiap bentuk. Berikan pujian. Pastikan kita memberi contoh benda yang sama dengan bentuk yang kita tunjuk. Contohnya, bulat seperti bulan. Segi empat sama seperti meja makan. Gunakan apa sahaja benda yang berada di dalam rumah untuk kita kukuhkan lagi daya pemahaman anak. Seeloknya kita mulakan proses suai kenal bentuk ni semasa umur setahun. Tapi lebih dari itu pon tidak menjadi masalah. Sebab tujuan kita mengajar untuk memberikan pengetahuan kepada anak.

Bila anak dah mahir, belikan buku aktiviti yang berkaitan bentuk seperti yang saya tunjukkan disini. Biarkan anak lakukan sendiri. Bantu sekiranya diperlukan. Saya rasa cukup setakat ini perkongsian saya.

Saturday, 20 December 2014

Kenali barang /benda di setiap bahagian rumah

Salam ceria semua! Agak lama x update entry gara2 charger tab rosak. Dah 3 kali beli dalam masa x sampai sebulan tapi rosak. Ni kali keempat beli charger. Harap biarlah berkekalan.

Okey, kali ni nak share aktiviti bersama anak lagi. Aktiviti ni pernah dilakukan dalam entry sebelum ni tapi kali ni lain sikit sebab dilekatkan kertas kajang di dinding. Tujuannya untuk menggalakan pergerakan tubuh badan untuk kanak2. Aktiviti ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas.

Aktiviti ni dinamakan membezakan barang atau benda di setiap bahagian rumah. Tujuan aktiviti ni untuk kenal pasti kebolehan anak untuk mereka tahu di mana tempat yang sepatutnya barang/benda tersebut disimpan. Selain dari tu untuk memahirkan anak untuk mebaca perkataan yang di tulis.  Disamping itu juga dapat melatih anak untuk menyusun gambar dengan teratur.

Seperti gmbar yang  dilampirkan:

- sediakan kertas kajang yang besar,  gam
- tulis bahagian dalam rumah seperti, bilik air, dapur, bilik, luar rumah
- cari gambar. Seeloknya katalog  pasaraya yang org selalu hantar kat rumah tu simpan sebab kita boleh gunakan untuk aktiviti seperti ini. Kemudian gunting
- mintak anak cari gambar barang di bahagian rumah. Ikut susunan. Kalau dapur, mintak anak cari barang yang biasa berada di dapur
- bila dah jumpa biar anak yang gam dan ajar cara susun yang teratur
- ulangi sehingga selesai
- pastikan anda bersama anak semasa aktiviti ini kerana pujian anda pentimg untuk proses pembelajaran ni. Berikan  apa sahaja bentuk pujian, sama ada tepuk tangan, melompat atau sebagainya

Baiklah ini sahaja yang ingin dikongsikan. Bye.

-