Thursday 26 February 2015

Buku aktiviti MAZE BUZZ- sesuai untuk pengenalan huruf

Salam ceria semua!

Baru- baru ni aku berkesempatan lagi ke kedai buku Harris kat dalam Pasaraya Aeon. Okey, aku nak cadangkan buku aktiviti MAZE BUZZ SMALL LETTER. Bagi yang biasa beli mesti dah tahu buku aktiviti ni macam mana. Pada entry sebelum ni pon aku ade tulis tentang buku IQ, jadi buku yang ni pon sama je, cuma yang bezanya, maze yang ni lebih kepada trace huruf dari A hingga Z. Memang sesuai sangat2 la bagi korang yang nak mula ajar anak kenal huruf atau membaca.

    Setiap maze yang diberikan sangat menarik dan tersangat mudah memang sesuai sesangat untuk kanak2 yang berusia 3 tahun. Setiap arahan di tulis dalam bahasa inggeris.

    Buku ni keluaran EPH yang berharga RM 4.90 sahaja. Terdapat 46 muka surat dan di muka surat terakhir disediakan jawapan. Selain dari buku MAZE BUZZ SMALL LETTER ni, terdapat juga buku aktiviti maze yang lain seperti kategori MAZE BUZZ SUKU KATA, MAZE BUZZ NUMBER, MAZE BUZZ WORDS, MAZE BUZZ CAPITAL LETTER, DAN MAZE BUZZ DALAM BAHASA CINA.

     Harap bermanfaat untuk korang. Bye!

HOMESCHOOL: Sains; Kenali bahagian badan kura-kura

      Salam ceria semua! Hari ni nak ajak semua belajar sains. Ala, mudah je, tak yah ajar yang heavy sangat, yang senang faham je, lagipon kita nak ajar budak kecil. Seperti yang korang dah maklum, tajuknya bahagian badan kura2. Jadi apa yang kita perlukan? Teori ke praktikal? Haaaaaaaa..... Untuk aku, aku pilih teori dan praktikal. Praktikal maknanya kura2 kena ada sekali la. Kebetulan pulak aku memang ada bela 2 ekor kura2. Jadi lagi senang proses pembelajaran sains untuk anak.

     Sebelum nak ajar praktikal, korang ajarlah teori. Cari buku yang ada gambar kura2. Terangkanla sikit:

- kura2 ada 4 kaki
- ade cengkerang yang keras di belakang badan
- mata
- mulut
- ekor
- hidup di air dan darat
- jalan seperti merangkak
- boleh masukkan kaki dan kepala ke dalam cengkerang
- makan sayur

Haaaaa...nampak tak banyak benda yang korang boleh ajar sains dekat anak korang. Gambar kura2 tu tak kisahlah, kartun ke atau gambar sebenar. Nak lagi bagus biarlah gambar yang ada keterangan sikit. Kalau tak ada pon tak ape.

Sekarang we move to praktical. Nak ajar apa pulak? Macam mana nak mulakan? Senang je, ikut kreativiti korang. Boleh terangkan; mulakan dengan ayat, "jom kita belajar sains, hari tu kita dah tengok gambar kura2kan. Sekarang jom pegang"

- tanya anak bahagian badan kura2 untuk uji die masih ingat atau tak pembelajaran secara teori sebelumnya. Biasanya anak kecil akan ingat sebab ingatan diorang tajam.

- biar anak usik setiap bahagian badan kura2

- minta anak rasa cengkerang kura2, disini kita dah boleh ajar anak bezakan benda yang keras dan lembut. Kena pantau bebetul, kang di tekannye sekuat hati kura2 tu, naya pulak. Hahahah...

- tanya lagi, kura2 boleh hidup kat mana. Kalau korang memang bela kura2, anak akan tahu sendiri kura2 boleh hirup dalam air dan tanah. Sebab die lihat sendiri kehidupan kura2 tu.

- biarkan anak korang explore kura2 tu. Bagi la can die nak main dalam setengah jam ke. Tapi korang kena pantau sekali. Kalau tak nazak kura2 tu.

- bila dah habis belajar tentang kura2, pastikanlah  basuh tangan ye.

Haaaa.....best tak???? Kepada yang tak ada kura2 jangan risau, korang boleh ajar secara teori je. Korang ajar praktikal untuk haiwan yang ada dengan korang je. Kucing ke, arnab ke. Tak pon bawak je pegi zoo, lagi senang. Banyak haiwan yang die boleh tengok sendiri. Jadi selamat mengajar sains!

Wednesday 18 February 2015

Aktiviti mewarna dengan buku mewarna

Salam ceria semua!

     Buku mewarna atau dalam bahasa inggeris colouring book. Ni lah aktiviti paling santai sekali, tak perlu nak tau membaca, atau mengira, hanya perlu kenal warna je untuk aktiviti macam ni.

     Rasenya korang penah jumpa buku mewarna yang macam dalam gambar ni. Di mana kanak2 perlu ikut semula warna seperti dalam gambar. Best tak? Nak tau best ke tak, tengok sejauh mana kekusyukan anak korang mewarna.

     Apa kebaikannya? Opkos la anak lagi mahir kenal warna kan. Disinila akan menguji anak korang sama ada die kenal atau tak warna. Untuk permulaan korang tak payah ajar, hanya bagi arahan mintak warnakan sama macam contoh. Biarkanla anak korang warna sampai siap. Dari situ korang akan tahu sejauh mana anak korang kenal warna.

     Jadi, bagi yang tak nak anak korang boring, sediakan lah stok buku mewarna kat rumah dengan pensel warna. Kalau diorang boring, ada jugak aktiviti nak dibuat. Walupon anak korang baru setahun, bagi je. Biar anak korang biasa dengan warna.

Wokeh, sekian saje perkongsian untuk kali ini. Bye korang!

Tips : Panduan ajar anak buat aktiviti cari kata

Salam ceria semua!

Pada entry sebelum ni, aku ada kongsikan buku aktiviti cari kata dan silang kata. Korang boleh baca sini untuk entry tu.

Buku cari kata dan silang kata http://armilastyle.blogspot.com/2015/02/buku-cari-kata-dan-silang-kata.html

Kali ni aku nak kongsi sedikit tips atau panduan korang nak ajar si manje expecially yang baru 3 tahun dan baru boleh membaca sikit2. Jom kita mulakan.

Panduan ajar buku cari kata:

1) Ajar anak konsep menegak dan melintang. Jika buku cari kata jenis cari huruf secara ke depan atau ke bawah, terangkn dahulu supaya anak dapat membezakan.

2) Contoh, perkataan POSMEN

     - cari huruf pertama iaitu "P"

3) Jika dah jumpa huruf "P", BULATKAN

4) Lihat huruf kedua, iaitu "O". Sama ada di sebelah atau ke bawah.
     - Sekiranya ada bulatkan huruf kedua.
     - Sekiranya tiada pangkah huruf awal "P" tadi bagi menandakan "P" tersebut bukan perkataan yang dicari

5) Kemudian cari huruf "P" yang lain dan ulangi langkah yang sama sehingga kesemua huruf "POSMEN" cukup.

6) Jika susunan perkataan betul dan telah di bulatkan, barulah garis perkataan tersebut dengan marker atau magic colour.

Sekian.

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Bye korang!

Thursday 12 February 2015

Buku cari kata dan silang kata

     Salam ceria semua pembaca. Kali ni aku nak share Buku aktiviti Cara kata dan Silang kata. Kalau kita tengok muka depan buku ni, dah ditulis untuk kanak2 berumur 5-7 tahun. Terbitan EPH yang berharga RM 6.90.  Tapi jangan risau, umur 3 tahun pun dah boleh buat. Yang penting dah boleh baca walaupon tak lancar. Buku ni aku beli kat kedai buku Haris / popular. Kalau kedai buku lain pon banyak buku macam ni.

     Buku ni sangat menguji minda kanak2. Sebab apa? Sebab kanak2 akan berusaha untuk mencari setiap perkataan yang diminta sehingga jumpa. Selain dari tu, dapat melatih kanak2 dengan kemahiran mengeja. Disinilah IQ kanak2 akan diuji sama ada mahu memulakan cari kata dengan cara kedepan, kebelakang, ke atas atau ke bawah. Disini peranan ibu bapa penting untuk membimbing anak.

     Setiap muka surat disediakan kumpulan atau kategori tertentu, contohnya, kumpulan sayur, buah, kenderaan dan lain2. Ini yang yang membuatkn aktiviti mencari kata lagi menarik untuk kanak2. Sekiranya anak korang dah tahu teknik yang betul, tak mustahil anak korang akan nak buat je tanpa henti. Korang boleh tengok gambar yang aku sertakan untuk aktiviti cari kata.

Untuk aktiviti silang kata pun begitu disediakan kumpulan tertentu. Yang lagi menarik disertakan gambar2 yang memang comel. Sebelum memulakan aktiviti ni korang kena ajar dulu cara nak isi huruf di tempat kosong. Jadi korang kene ajar la bebetul. Terangkan yang macam mana melintang dan menegak. InsyaAllah di entry satu lagi aku akan kongsikan cara untuk anak korang buat buku aktiviti cari kata dan silang kata ni.

Bak kata objektif buku ni, aktiviti ni dapat merangsang minat kanak2 dalam pembelajaran dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berbahasa.

Jadi, apa lagi tunggu, boleh la cari kat kedai buku.