Wednesday 15 October 2014

Kenali kumpulan benda hidup dengan buku bergambar

Salam ceria semua! Aku nak share buku yang aku beli ni. Best woooo....tambah kalau kanak-kanak tengok. Aku cakap best sebab buku ni tentang kumpulan benda hidup. Ade kumpulan burung, haiwan di laut, di darat, bunga, sangat bagus. Lepas tu plak, gambarnya sangat menarik. Ditambah pulak dengan kulit buku yang tebal. Walaupon buku ni nipis je, tapi padat dengan gambar.

Buku ni aku beli kat mr diy. Pada entry sebelum ni pon aku ada cerita buku yang aku beli kat mr diy jugak. Boleh klik sini nak tengok buku tu. ( Kene beli ke? Ooo..beli buku latihan.... http://armilastyle.blogspot.com/2014/10/kene-beli-ke-ooobeli-buku-latihan.html)

Harga pulak sememangnya murah. RM1.90 je. Buku ni memang anak tak jemu nak tengok. Percayala, anak korang akan dengan sendirinya nak tengok gambar dalam buku ni walaupon anak korang baru setahun. Secara tak langsung korang boleh ajar anak kenal kumpulan benda hidup. Yela, kalau nak tunjuk benda hidup yang real memang susah nak jumpa, jadi buku ni la penyelesaiannya. Gambar memang real punya. Nanti anak korang sendiri yang teruja tanya itu ini. Maka bersiap la dengan jawapan korang.

Okey, seperti biasa aku sertakan gambar buku. Selamat membeli.

Kene beli ke? Ooo..beli buku latihan....

Salam ceria semua! Harap korang semua sihat hari ni. Agak lama x update entry berkenaan label didik anak ni, actually, banyak benda nak share tapi dek disebabkan aktiviti harian aku yang agak penuh, aku terpaksa hold dulu. Kalau ade yang follow aku time kasih bebanyak.

Okey, hari aku nak share berkenaan buku latihan abc, numbers, jawi untuk kanak2 seawal 2 tahun. Penting ke sebenarnya buku ni? Untuk ape? Nak kene beli yang macam mana! Pastu nak beli kat mana pulak? Haaaaa.....okey, meh aku share. Sebenarnya buku latihan ni terutama yang trace huruf, nombor atau jawi ni amat berguna untuk kita latih anak kita menulis dengan betul. Bagi anak yang baru nak belajar tulis tu, buku latihan macam ni la yang sangat senang, nanti anak kita pon tak de la jemu, sebab diorang hanya ikut balik je.

Berkenaan buku yang aku nak share ni plak, sesuai bagi kanak-kanak yang dah tau cara nak tulis, tapi nak berlatih lagi, jadi kene pilih buku yang ada banyak petak kosong dan bukan yang jenis trace. Seeloknya, pilih yang tempat kosngnya tak banyak. Bukan apa, takut nanti anak akan cepat bosan sebab diorang kene tulis banyak huruf. Kang mau ade yang kene baling buku ke dinding. Tambah kalau budak baru umur 3 tahun. Umur sedang ni lagi la, pikir nak main je.

Kenapa aku pilih buku ni? Sebenarnya banyak lagi buku latihan yang lain. Aku beli sebab murah. RM 1.50 je satu. Murah kan? Nak beli banyak pon boleh sebab bila dia dah abis siap satu buku, nanti die boleh praktis buku yang sama lain kali pulak. Pastu buku ni sangat la simple. Cute plak tu. Senang nak bawak ke mana-mana. Lupe nak bagitahu, buku ni aku beli kat MR Diy. Situ barang-barang kan murah-murah belaka. Jadi, selain dapat beli buku dapat jimat duit. Bestkan?....okey,aku rase dah panjang ni. Seperti biasa aku belanja gambar buku yang aku beli. Bye korang!