Sunday 31 August 2014

Buku apa pulak kali ni untuk anak? Jom baca sini!

Salam ceria semua! Harap semua sihat2 belaka. Rasanya dah 2 minggu x buat entry. Agak bz sikit. Kepada yang follow blog armila style, terima kasih banyak2. Harap informasi yang aku kongsikan dalam blog ni sedikit sebanyak dapat membantu.

Kali ni aku nak kongsikan buku bacaan yang aku beli baru2 ni. Buku Bacalah Sayang, Siri Minda optima terbitan Mind To Mind. Apa yang menariknya tentang buku ni? Pada aku buku ni memang menarik dari segi persembahan gambar, perkataan, dan ayat. Tersangat mudah dan senang untuk kanak2 seawal usia 2 tahun untuk baca buku ni.

Pada entry sebelum ni aku ada tulis mengenai ajar anak membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. (Entry Bacalah Anakku). Memang mudah ajar anak membaca guna buku Bacalah Anakku. Kiranya siri Bacalah Sayang ni lagi melengkapkan bila anak dah habis baca hingga buku lapan Buku Bacalah Anakku. Sebab buku Bacalah Sayang ni mudah je, jadi bile anak tu dah tahu sikit baca, bila di tengok buku ni, anak jadi lebih mahir tambahan pulak gambar2 yang digunakan memang menarik.

Buku Bacalah Sayang ni ada 4 buku. Setiap buku ada buku latihan. Harga pulak x mahal, cuma RM3.90. Buku ni aku beli kat Mydin. Kalau korang nak tahu, kat dalam Mydin ni macam2 jenis buku xtvt ada jual khas untuk kanak2. Banyak pilihan, dan harga pulak x mahal. Jadi sesiapa yang xtau nak belikan buku apa untuk anak boleh la cuba beli buku ni.

Ok, ni je untuk kali ni.

Tuesday 12 August 2014

Kreatif kan anak anda

Salam ceria semua!

Tengah buat pe tu? Hehehe....

Topik aku hari ni kreatif kan anak anda. Macam mana nak latih anak korang supaya jadi lagi kreatif? Apa kata korang belikan blok. Pada entry sebelum ni pon aku ada tulis pasal blok ni. Sebenarnya banyak kebaikan beli blok ni. Selain anak korang happy dapat main mainan ni, anak korang dapat juga belajar. Haaa
...belajar apa? Macam- macam....antaranya:

- kenal pelbagai warna
- bentuk
- saiz
- jumlah
- membina sesuatu seperti bangunan

Haa.... Kan banyak kebaikannya. Korang ada pilihan sama ada nak beli yng murah ke, yang mahal ke. Macam yang aku beli ni murah je, satu set rm 2, jadi aku beli dua set. Pastu beli bekas sekali kat kedai rm 2. Kan jimat tu. Modal rm 6 je. Jadi, jangan la kedekut duit beli blok ni. Yang murah ada, yang mahal pon ada. Sebaiknya korang perlu ada sekali masa anak korang main blok ni.

Bersama entry ni aku sertakan gambar yang basirah buat. Dalam gambar tu basirah buat huruf. Macam2 huruf die buat. Bile dah dapat buat satu huruf kemain lagi tunjuk kat aku. Dah lama dah die buat tapi baru sekarang dpt pos sini. Jadi, selamat mencuba.

Test IQ lagi

Salam ceria semua!

Rajin la plak nak update je kan..heheheh....tengah ade mase ni, jom le kite sharing2 ape yang patut ye. Oraitt!!!

Wokeh, ritu pegi mydin cari barang, alang2 cari sekali buku puzzle basirah tapi x de la pulak. Tapi aku jumpe buku ni. Waaaa......saya suka!  Saya suka! Disebabkan basirah dah boleh buat buku iq hari tu, yang cari barang tersembunyi tu, ( boleh tengok entri pasal buku cari barang sembunyi kat sini- sini) jadi aku pon terus beli buku ni tanpa fikir panjang sebab aku tau banyak kebaikan kalau aku beli, kalau aku x beli kompem balik rumah aku menyesal.

Haaa...kenape aku suke buku ni? Satu sebab buku ni simple je, cume cari barang tersembunyi. Tambahan pulak lukisan buku ni best jugak, x pening kepala. Basirah senang nak cari benda yang tersembunyi. Lepas tu setiap benda yang nak kene cari disediakan nama benda tu. Jadi basirah boleh baca dulu nama benda tu. Contohnya kene cari ikan. Jadi aku suruh basirah baca dulu nama benda tu apa. Benda yang nak dicari tu pon simple je, sesuai sangat la untuk basirah yang baru 3 tahun.

Masa nak bagi anak korang xtvt ni, lebih baik korang pon join sekali. Best woooo! Sama2 cari benda yang tersembunyi. Kadang basirah lagi dulu jumpe dari aku. Ape lagi kalau die dah jumpe, siap suruh aku buat high 5 lagi dengan die. Kadang geram jugak aku, bukan ape, benda yang die dah jumpe tu die x tanda dulu, tp sebab excited dah jumpe terus ajak buat high 5, penyudahnya, benda yang dah jumpe tu die x tanda dah hilang dari pandangan die. Pastu dah tercari balik. Hadoi.....tapi xpe la. Layan kan je la. Tapi memang best la buat xtvt ni. Aku rasa macam buat study group plak dengan kawan sebaya. Gaya basirah x boleh blah, macam die je yang terer mencari. Hahahahaha...

Ok la, setakat ni jela aku nak tulis. Kang tulis panjang kang korang jemu plak nak baca. Jadi, selamat membeli buku ni la ye.  Bye!

Monday 11 August 2014

Aktif anak cegas dan cerdas!

Salam ceria semua!

Lama gak x pos entry pasal didik anak sendiri ni. Bz bebeno sekarang ni....la sangattt!

Wokeh, kali ni nak cite tentang buku xtvt yang aku beli hari tu. Sebenarnye nak beli buku pizzle, tp kat kedai buku tu xde plak jual. Yang ade jenis macam ni je, puzzle nye ade 2-3 je. Tapi ok la, selain puzzle ade xtvt cari benda tersembunyi, cerita, mewarna, cari perbezaan.

Xtvt baru yang basirah belajar, cari barang tersembunyi. Die agak teruja nak cari. Cumenye, buku ni muka depan memang menarik, tapi gambar kartun dalam ni perlu lagi menarik dan kemas. Tapi ok la untuk buat xtvt anak2. Kalau kartunnya warna warni mungkin lagi menarik.

Lupe plak, harga buku ni rm 6.90, beli kat dalam kedai buku badan cemerlang.

Ok, tu je. Bye.