Sunday 29 June 2014

Bestnye UTC!

Salam ceria semua! Sihat? Ok, entry kali kali nak share gambar masa aku pegi UTC untuk kali kedua kat ipoh perak. Sape penah pegi UTC.? ada apa plak la dalam UTC ni kan? Selalu dengar lagu je kat tv. Heheh...ok dalam ni macam2 pusat perkhidmatan ada. Antaranya:

- tnb
- indah water
- pejabat tanah
- kedai buku
- klinik
- balai polis
- kiosk gambar
- bahagian perumahan awam

Senang citer kalau korang nak berurusan apa2, semua boleh buat dalam UTC. X perlu nak pegi banyak tempat. Boleh bayar bil air, bil elektrik, bayar saman, senang citer mudah sangat. Tempat pon  memang selesa dan cantik. Syok je masuk dalam UTC. Bangunan ni asalnya pasaraya Super Kinta. Bagi penduduk ipoh memang tau la pasaraya ni. Sebab tepi jalan je. Berhadapan bangunan ni ada mc donald. Senang sangat nak cari. Parking pulak park je dalam bangunan cume kene letak tiket. Jangan risau tiket ada dijual berdekatan dengan bangunan ni.

Ok la, sekian saje la Sana Sini aku setakat ni. Ta ta...

Wednesday 18 June 2014

Aktiviti kreatif

Jom tampal lagi!

Salam ceria semua pembaca blog!

Pepetang hari ni memang mengantuk. Tapi basirah ni x ngantuk langsung, tapi die nampak macam bosan je. Jadi aku cuba jugak cari xtvt untuk die. Sebelum tu aku tanya dulu, basirah nak main kaler x, bila dia angguk kata nak, aku pon sediakan la apa yang perlu. Macam biasa dia dah tau nak kene duduk kat mana. Xtvt ni dah lama fikir nak buat, tapi masih lagi mencari idea untuk bagi lagi menarik.

Bila semua barang yang nak digunakan dah ada, maka bermula la our journey. Kali ni aku gunakan tisu muka yang petak kecik tu. Korang boleh tengok macam mana rupe bentuknye pada gambar yang aku sertakan ni. Xtvt ni mungkin agak sama macam sebelum ni cume, ada kelainan sikit.

Bahan-bahan:

Gam
Water kaler
Berus
Kertas lukisan
Tisu muka
Bebola berbulu bewarna

Cara-cara:

Kita mulakan untuk buat awan. Letak kan sedikit gam kat lukisan, kemudian tampal tisu muka. Boleh carik sama ada nak besar atau kecik. Tampal sini sikit, sana sikit, tapi pastikan bahagian atas, sebab kita nak buat awan.

Bila dah siap tampal, warnakan awan tadi dengan warna putih. Kemudian tampal lagi satu di hujung sudut untuk buat matahari. Kemudian kita warnakan matahari. Ajar anak cara yang betul.

Kemudian di bahagian bawah pula kita akan buat dahan pokok. Ajar anak korang macam mana nak lakar dahan. Kita tunjuk dulu cara nak lukis dahan. Kemudian minta anak lukis dahan yang sama. Bila bahan dah siap lukis, warnakan dengan water kaler.

Kemudian, ambil bebola berbulu tadi,gam kan, kemudian tampal di setiap hujung dahan. Biarkan anak kita yang pilih nak warna apa. X kisah la die nak letak selang seli ke, asalkan anak kita sendiri yang pilih. Semua ni penting untuk kretiviti anak kita. Secara x langsung  anak kita bebas membuat keputusan sendiri tanpa menunggu arahan dari kita.
Sambil anak pilih warna yang die suke, jangan lupa tanyakan warna yang dia pilih, untuk pastikan anak korang kenal warna tersebut atau tidak.

Sekarang dah siap. Bila dah siap jemur sekejap bagi gam kering. Ok, sekian sahaja xtvt untuk hari. Selamat mencuba.

Tuesday 17 June 2014

Padankan di anggota badan

Salam ceria semua! Wah, memalam hari aku update blog pulak ye. Almaklum la anak2 dah tido. Jadi tengah x de buat ape aku update ape yg patut. Sebenarnya xtvt kali ni aku nak buat bila gambar dah cukup, tp si basirah ni dok merengek nak buat jugak sebab die dah lama nampak aku gunting gambar. Ikutkan die dah ngantuk bebeno tadi, tapi die nak jugak buat. Alahai...aku pon buat jugak la xtvt ni.

Kali ni aku gunting gambar yang ada kaitan dengan benda yang kita pakai di anggota badan kita. Contohnya jam pakai kat pergelangan tangan, baju pakai kat badan, kasut pakai kat kaki dan lain2 lagi.

Sebelum nak mulakan xtvt ni, pastikan anak korang tau gambar yang korang tunjukkan. Kemudian tanya anak korang di bahagian mana gambar tersebut ada. Pastu kalau anak dah bagi jawapan betul, biar die yang gam kan. Mudah kan?

Jadi kepada yang memang x tau nak buat apa dengan anak korang, korang boleh la gunting gambar. Ok, ni je post kali ni. Seperti biasa, aku sertakan gambar basirah tadi. Bye!

Monday 16 June 2014

DIY: Pinggan kertas...

Salam ceria semua pembaca!

Ok, just nak share dengan korang next xtvt yg basirah buat. Kali ni aku ajak basirah buat pinggan kertas. Kalau korang masih ingat zaman sekolah rendah dulu korang pernah buat benda ni. Memang best, sebab main dengan paper, air, gam. Bab mengotorkan tangan memang best kan..hahahah...!

Ok apa yg korang perlu ada? Seperti yang aku tunjukkan dalam gambar:

- gam
- water colour
- kertas surat khabar
- air
- berus mewarna

Cara-cara:
- koyak kertas surat khabar kecik2
- rendam kertas surat khabar dalam air
- tampal kertas surat khabar atas pinggan
- gam kan di atas surat khabar, tampal lagi
- bila dah penuh keliling pinggan, keringkan
- dah kering warnakan

Perlu di ingat, biarkan anak korang yang pilih warna. Tanya die nak warna apa. Tengok betul atau tidak warna yang die cakap tu. Kalau salah betulkan. Biar anak korng tentukan nak warnakan macam mana. Nanti die x terkongkong, dan sekali gus melatih anak and berfikir sendiri dengan kreatif. Dan anaj korang lebih kenal warna. Bantu anak korang sekiranya diperlukan.

Ok, sekian saje entri kali ni.. Harap korang enjoy baca.